Ep 16 [Ketua Pegawas]

573 76 15
                                    

Ting tong ting tong

Solar dan Icy pun turun dari kereta kuda setibanya mereka di sekolah

Mereka melangkah masuk ke dalam dan terus menghentikan langkah mereka apabila melihat dua orang yang dikenali di depan bangunan sekolah

"Lepaskan abang! Abang nak balik!"

"Tidakkk! Abang jangan pergi😭sekurang-kurangnya tunggulah sampai jam 10 ya?"

"Apa? Jam 10 malam?!Kamu gila ke Thorny?! tidak,abang nak balik"

Pelajar-pelajar yang berada di luar bangunan sekolah itu memandang pelik dua orang adik-beradik yang sedang tarik-menarik itu

Seorang gadis berambut hijau dan seorang lelaki berambut kuning

"Jangan libatkan abang dalam kerja pengawas kamu!" Kata Blaze cuba menarik tangannya yang di tarik oleh Thorny

Solar terus terkejut mendengar kata-kata Blaze

"Dia..pengawas?.."

"Thorny tak suruh pun tolong,Thorny cuma nak abang temankan Thorny di perpustakaan😭😭lagipun hari ni Rin tak ada sebab dia cakap ada urusan di kerajaannya" kata Thorny panjang lebar masih menarik Blaze

"Thorny..jangan macam ni! Lepaskan abang! Abang tak perduli pun"

"Abang!!Thorny mohon jangan pergiii!!😭"

"Budak ni! Bukan kamu dah terbiasa kah sendirian di perpustakaan tu? Lepaskan!"

"Tak!! Abang tak faham!! Huhu Ketua Pengawas,tak sangkah😭" Thorny pun memeluk abangnya membuatkan Blaze semakin rimas

"Apa yang kamu merepek ni? Kenapa dengan ketua pengawas? Rimaslah abang di peluk-peluk,lepas!" Kata Blaze menolak muka Thorny untuk menjauh darinya

Solar tersenyum nipis melihat pergaduhan di depannya dan Icy memandang pelik kedua-dua adik-beradik itu

"Nanti abang ambil jam 10 oke?"

"Huaaa!! Tidakk!!" Teriak Thorny semakin kuat memeluk Blaze

"Thorny..le..pas..kan!"

"Tak akan!!"

"Abang cakap lepas!"

"Thorny tak nak!!"

"Le-"

"Ehem!"

Serta merta kedua-duanya berhenti tarik-menarik dan terus memandang ke arah suara itu

Blaze dan Thorny terdiam memandang Solar dan Icy di depan mereka

Dengan pantas blaze melepaskan pelukan Thorny lalu memegang bahu adiknya itu

"Nanti abang datang jam 10 oke? Bye" kata Blaze lalu terus berlari ke kereta kuda mereka

"Abang!" Teriak Thorny mengangkat tangannya tapi malang kerana kereta kuda mereka dah berjalan meninggalkan kawasan sekolah

Thorny pun menurunkan tangannya lalu memandang Solar dan Icy

Thorny memberikan senyuman janggal lalu terus berlari masuk ke dalam bangunan sekolah

Icy membalas senyuman Thorny dan Solar hanya diam memandang Thorny yang berlari masuk ke dalam

"Tak sangkah dia pengawas perpustakaan" kata Solar tiba-tiba

"Abang tak tahu?" Kata Icy membuatkan Solar memandang Icy terkejut

"Kau tahu?"

"Icy tak pernah nampak wajah dia tapi Icy pernah nampak nama dia di dinding papan bertugas,nama dia Thorny kan?"

"Ya..." kata Solar dan tak lama lepas itu dia tersenyum penuh makna

————
————

[Thorny Pov]

"Huh! Abang ni..kenapa lah tak pandai faham.." kata ku kesal sambil menyusun buku-buku ke rak

Dengan malas aku berjalan ke meja belajar di situ lalu duduk dan meletakan wajahku ke meja

Aku pun mengunakan tangan sebagai bantal lalu memerengkan kepalaku ke tepi

Memandang kosong tingkap luar perpustakaan yang gelap menandakan hari dah malam

Entah kenapa..aku rasa menyesal ambil kerja pengawas ni TvT

"Abang pun satu hais..dia tak tahu ke aku nak mengelak dari dia...?" kata ku memegang buku-buku di tepi meja

Aku tahu dia sekolah sini..tapi tak sangkah dia dah berjaya jadi ketua pengawas...

Sejujurnya..aku dah lama tengok dia dari jauh..mestilah,aku pengawas dan dia pun pengawas. Kalau ada perjumpaan kami pasti ada tapi dia je yang tak sedar kehadiran ku

Aku bahkan selalu tengok dia sebelum aku tahu yang dia...anak kepada Darkness....

Memang lah aku terkejut dan geram bahkan tak percaya tapi lama-lama perasan benci tu mula hilang sikit demi sikit...

Aku jadi pengawas pun..sebab dia..tapi malang sebab pengawas sekolah dah penuh TvT jadi aku ambil pengawas perpustakaan

"Asalkan berada di dekat dia..aku happy" kata ku lalu tersenyum

"Dekat siapa?"

[Author pov]

Thorny terus berdiri lalu memandang tepinya dan terkejut melihat Solar sedang berdiri di hadapan meja belajar ini

"A-apa awak buat di sini?" Tanya Thorny masih terkejut

Solar pun berjalan ke arah Thorny lalu mengambil perlahan buku di tangannya

"Saja,nak tengok kau buat kerja ke tak?" Kata Solar tersenyum sinis

"Dan nampaknya..tak" kata Solar membuatkan Thorny memegang belakang kepalanya sambil tersengih

Dengan cepat Thorny berjalan ke timbunan buku-buku di lantai sana lalu sambung menyusunnya

"Jadi..kau pengawas huh? Kenapa aku tak pernah nampak kau di perjumpaan?" Kata Solar yang sudah berada di tepi Thorny

Thorny terus menghentikan kerja penyusun bukunya,terlihat raut wajahnya sedih di situ

"Nampaknya betul..dia tak pernah sedar aku..sakitnya.." bisik hati Thorny

"Mungkin sebab awak tak nampak saya" kata Thorny perlahan

"Sebab kau duduk jauh dari aku" kata Solar pula

"Rasanya begitu lah" kata Thorny mengangkat bahu lalu meneruskan kerjanya

Tiba-tiba Solar nencabut kasar lencana di tepi bahu Thorny menbuatkan gadis itu terus memandangnya terkejut

"Apa yang awak buat ni? Bagi balik!" Kata Thorny cuba merampasnya tetapi Solar terus mengundur satu langkah

Solar pun melihat sekejap lencana itu lalu terus menggenggamnya

"Aku tak sangkah Puteri dari Lightning ada sekolah di sini. Kenapa lah aku boleh tak sedar kan?"

"Kalau ya kenapa? Apa..yang..kau nak buat?"Kata Thorny mula mengunakan bahasa yang kasar

Solar diam memandang Thorny lalu memasukkan lencana Thorny ke poket bajunya

"Hey! Apa yang kau buat tu? Bagi balik lah lencana aku!" Kata Thorny lalu cuba mengambil lencananya di poket Solar

"Aduh!" Tetapi Solar terus memegang kasar tangan Thorny dan memandang gadis itu tajam

"Apa yang aku akan buat?kalau kau nak tahu,aku akan buat kau merana..sedikit..demi..sedikit" kata Solar dingin membuatkan Thorny memandangnya tak percaya

Dia pun melepaskan tangan Thorny

"Kau harus hormat aku sebagai ketua kau,kau hanya lah pengawas kelas rendah dan sebagai hukuman aku akan simpan lencana kau" kata Solar lalu berjalan keluar dari perpustakaan

Bam!

Thorny memandang kosong pintu perpustakaan yang sudah tertutup itu lalu memegang hatinya terasa remuk

[TBC]

You and Me Where stories live. Discover now