Ep 9 [Penyelamat]

669 69 20
                                    

"Woi!"

Boboiboy pun mengerutkan dahinya perlahan apabila dia terdengar suara seseorang

"Bangun lah!cepat bangun!"

Dengan perlahan dia membuka matanya dan dia terus melihat pokok-pokok yang diliputi salji di atasnya

"Eh?.." serta merta dia bangun lalu melihat sekeliling

"Aku...selamat?.." kata Boboiboy sendirian lalu memegang dadanya dan melihat sekeliling

"Mestilah kau selamat bod*h,aku yang selamatkan kau"

Boboiboy terus menoleh dan terkejut melihat siapakah orang itu

Lelaki tadi!

Lelaki yang menghalang jalan mereka tadi

Kejap,jadi..cahaya tadi tu..dia ke?

Tak mungkinlah..

Boboiboy terus bangun dan mengundur perlahan

"Kenapa?nak lari?" Tanya lelaki itu tersenyum sinis

Boboiboy diam,memandang was-was lelaki itu lalu melihat belakangnya yang dipenuhi pokok-pokok

"Cubalah untuk lari" kata Lelaki itu dan terus Boboiboy memusingkan badannya dan berlari masuk ke dalam hutan

"Huh! Lembab" kata lelaki itu lalu menghilang menggunakan kuasa bayangnya

"Apa aku nak buat ni?...Taufan..mana kau?" Kata Boboiboy takut lalu terus menyorok di salah satu pokok di situ

Dia pun duduk lalu mengambil nafas sebanyak mungkin

"Ah!" Dia memegang dadanya sakit

"Kenapa dengan aku ni..sakitnya" kata Boboiboy menekan kuat dadanya,tepatnya di jantungnya

"Jantung aku seperti mengeras...apa ini sebab Taufan tak bawa aku ke sini?.."

"Sakitnya.." Boboiboy masih cuba menahan rasa sakit itu

"Taufan...sesiapa..tolong..." bisik hati Boboiboy dan terus dia melihat cahaya hitam di depan matanya lalu membentuk tubuh seseorang

"Cahaya tu...cahaya yang keluar waktu aku jatuh..."

Akibat penglihatannya yang kabur,dia tidak dapat melihat dengan jelas siapakah orang itu

Dengan sedaya upaya,dia mendongak dan terkejut melihat lelaki itu sedang berdiri di depan matanya

"Kau kenapa?" Tanya Fang lalu membongkok

Boboiboy hanya diam sambil memegang jantungnya,kelihatan nafasnya tersekat-sekat membuatkan Fang menjadi sedikit panik

"Woi,jangan mati. Aku tak nak jadi pembunuh" kata Fang risau lalu mengangkat Boboiboy

"Jan-jantung aku..sakit..tolong..ark!" Kata Boboiboy sedaya upaya lalu memegang kembali jantungnya

"Cis,tak guna" Fang pun lalu mengeluarkan kuasa bayangnya lalu melingkarkan ke arah Boboiboy agar rasa sejuk tak terlalu masuk ke tubuhnya

"Bertahanlah,aku akan bawa kau ke istana" kata Fang lalu menggunakan kuasa bayangnya untuk menghilang

"Tak!" Taufan yang dari tadi di situ terus keluar tetapi malang kerana

Dia dah terlambat,Fang dan Gegem dah hilang di depan matanya

"Tak...habislah" kata Taufan lalu mengusap kasar rambut hitamnya

Dia pun mengunakan kuasa anginnya untuk terbang menuju ke istana Darkness

You and Me Where stories live. Discover now