TIGA🌸

1.7K 117 0
                                    

Syuhada tersenyum melihat penampilannya di hadapan cermin. Baju kurung kapas Jepun pemberian Dani yang tersarung di tubuh dibelek sekali lagi. Okaylah tu. Sopan lah jugak tu.

" Babe!!" Mona tiba-tiba menjerit dari arah pintu biliknya. Terkejut Syuhada memandang sahabatnya yang baru tiba tu. Mona mendekat pada Syuhada.

" Cantiknya baju kurung kau." puji Mona teruja.

" Dani bagi."

" Wuuu...dahlah hensem taste baju pun hebat." ujar Mona membetulkan letak selendang Syuhada.

" Okay ke? Aku pakai je ni. Tak taulah nampak cantik ke tak?" soal Syuhada pada diri sendiri diri. Mona memeluk bahu sahabatnya itu.

" Mestilah cantik kawan aku ni. Kau jemput sapa je ni? Macam tak ramai." ujar Mona melihat sekeliling. Tadi kat dapur nampak Mak Su Jamilah dengan beberapa jiran lain.

" Kalau kawan, aku ajak kau jelah." balas Syuhada lagi. Di kampung ni dia mana ada ramai kawan. Dah tu inikan cuma majlis kecil. Nanti kahwin baru dia hendak jemput sekampung.

" Encik Ehsan?" soalan Mona mengundang rasa hairan Syuhada.

" Buat apa aku nak ajak dia?" soal Syuhada acuh tak acuh saja. Dioles bibirnya dengan gincu.

" Sebab dia kawan kau?" soal Mona lagi. Padahal dia cuma hendak kata yang Ehsan tu mungkin frust kerana Mona sendiri tahu yang Ehsan sudah lama sukakan Syuhada.

Yang Syuhada pun takkan tak perasan langsung?

" Tak payah kut. Biar nanti aku kahwin baru aku ajak dia." balas Syuhada mudah. Mona menggeleng perlahan.

" Takkan kau tak tahu yang Ehsan tu sukakan kau, Syu?" soal Mona separuh berbisik. Syuhada yang mendengar tersenyum saja.

" Aku tahu."

" Dah tu?"

" Tapi dia tak pernah confess dekat aku, Mona. Dia tak pernah cakap dekat aku yang dia sukakan aku. Dia tak berani. Jadi salah ke kalau aku dengan orang lain sedangkan Ehsan tak pernah berusaha nak bagitahu aku tentang perasaan dia tu? Aku kerja kat kilang tu dah dua tahun, Mona. Sekalipun dia tak pernah luahkan perasaan dia. Dan aku pun dah penat menunggu." balas Syuhada lagi. Dia memang jujur. Dia tahu perasaan Ehsan cuma dia tidak mahu perkara yang sia-sia terjadi.

" Tapi kau serius kan dengan Dani ni? Maksudnya kau memang sayang dia kan?" Syuhada mengerut dahi mendengarkan itu. Ada sahaja soalan Mona yang panas-panas macam ni.

" Serius. Aku sukakan Dani." Dan Syuhada tersenyum tatkala mengucapkan itu.
______________________________________

Perbualan rancak antara Jamilah dan Pn.Nita kedengaran. Dan Dara Manisa jadi gembira bila mama nampak okay dengan keluarga Syuhada. Keluarga Syuhada tu keluarga yang kecil sahaja. Syuhada cuma ada abahnya dan abangnya, Amir.

Dara memandang Syuhada yang tersenyum di sisinya. Cincin pemberian mama tadi sudah siap tersarung di jari manisnya. Manakala Dani masih berada di bawah rumah. Thaqif lah yang menjadi tukang bincang bagi pihak lelaki. Nasib Thaqif boleh ngam dengan abah Syuhada tu.

" Mak Syuhada mana ya? Tak nampak pulak?" soalan Pn. Nita mematikan perbualan rancaknya itu. Jamilah menelan liur.

" Dia dah tak ada. Sayalah yang menjaga Syu dari kecil." tersenyap Syuhada seketika dengan jawapan mak su. Apa maksudnya tak ada? Meninggal? Kalau meninggal mana kuburnya?

" Tak ada?" ulang Pn. Nita sendiri.

" Sudah bercerai." balas Jamilah perlahan. Jamilah perasan dengan wajah keliru anak saudaranya itu tapi dia malas hendak ambil kisah
Biarlah.

 PEMATAH HATI Where stories live. Discover now