DUA PULUH TIGA🌸

2.2K 206 16
                                    

Hye. Selamat membaca.😁

" Abang dah dapatkan kerja untuk Syu?" terbeliak mata Syuhada seketika. Dani angguk. Macam biasa malam je dia berani lepak rumah Syuhada ni. Itupun senyap-senyap tutup kepala dengan hoodie. Serupa orang nak mencuri lagaknya!

" Haah. Dekat kafe Alya."

" Alya?"

" Kawan aku. So esok aku hantar kau okay? Tunggu jauh sikit lah. Jangan dekat rumah.

" Susah tak kerja kafe tu?" soal Syuhada. Dia pun cari jugak kerja siang tadi. Tapi tak dapat.

" Alah, nanti Alya ajarlah kau. Kerja situ jelah. Tak payah pergi tempat lain. Kang dengan siapa-siapa yang kau kerja entah." pujuk Dani lagi. Haraplah yang Syuhada akan bersetuju.
______________________________________

" Bagus kan idea Alia, Cik Nita?" suara Alya sungguh kedengaran ceria di talian itu. Pn Nita sudah tidak senang duduk.

" Apa yang bagusnya, Alya? Alya nak jadi bos kepada isteri Dani? Untuk apa?"

" Aduhlah, Cik Nita ni. Tulah kurang tengok cerita Melayu macam dalam televisyen tu. Sebab tu jadi macam ni. Lambat pick up."

Pn Nita yang mendengar sudah merah muka. Amboi mulut! Cili karang baru tahu.

" Habis apa yang bernas sangat ideanya?"

" Alah masa nilah kita nak tunjuk yang Syuhada tu memang bukan pilihan Cik Nita. Dan Alya pun akan tunjukkan yang Alya sebenarnya orang yang paling sesuai untuk Abang Dani. Senang sikit kita nak influence Syuhada tu kalau dekat dengannya." jelas Alya lagi. Pn Nita garu kepala.

" Haaa... Yelah. Buatlah apa Alya suka. Yang penting Cik Nita nak tengok hasilnya nanti. Jangan diaorang tu makin sayang sudahlah." Alya terkekeh ketawa apabila mendengar persetujuan daripada bakal mak mertuanya itu. Yahoooo!

" Okaylah. Alya nak tidur dulu. Nak fikir esok nak buat apa dengan Syuhada tu. Bye, Cik Nita!"

Talian dimatikan. Pn Nita memicit dahi perlahan. Aduhlah! Alya betul-betul serius sukakan Dani rupanya.

" Mama." teguran Dara membuatkan Pn Nita menoleh.

" Dara tak tidur lagi?" soal Pn Nita tersenyum. Dara geleng perlahan.

" Baru je tidurlah Fitri kejap tadi. Biar Abang Thaqif pulak yang menjaga. Diaorang pun kena bonding jugak."

Dara bersuara lagi. Matanya memandang wajah kerisauan Pn Nita.
" Mama ada masalah ke?"

" Tak adalah."

" Mama telefon siapa tadi?" Pn Nita terdiam seketika.

" Alya telefon. Saja sembang." balas Pn Nita ringkas. Dara angguk-angguk sahaja. Namun Dara tahu ada sesuatu yang dibincangkan antara mertuanya dengan Alya.
______________________________________

Syuhada menghembus nafas perlahan. Aduh! Nervous pula tatkala memikirkan yang dia bakal bekerja hari ini. Tapi bila sudah ditawarkan oleh suaminya sendiri, tentulah dia tak mahu menghampakan Dani. Kalau boleh dia mahu jadi pekerja yang terbaik!

Kedengaran bunyi hon dari kereta yang dikenali itu membuatkan Syuhada kelam-kabut menuju ke arah kereta itu.

" Fuh, penatlah nak tunggu kat situ tiap hari. Jauh tau!" bebel Syuhada tatkala dia sudah masuk ke perut kereta.

" Alah, tahanlah sikit. Dah breakfast ke belum?"

" Belum. Tak sempat." jawab Syuhada lagi. Dani mengeluarkan coklat daripada poketnya. Dihulur pada Syuhada. Syuhada menyambut dengan sengihan.

 PEMATAH HATI Where stories live. Discover now