SEPULUH🌸

1.4K 112 5
                                    

Dani memandu dengan tenang saat meninggalkan rumah Pak Cik Arshad. Sungguh dia tak pernah sangka ini sebabnya Syuhada melarikan diri. Kenapa Syuhada perlu lari? Baik jujur saja kalau tak cintakan dia lagi. Kan mudah?

Bukan Dani jenis yang tak boleh menerima keadaan, tapi kalau Syuhada cuba jujur mungkin dia boleh berlapang dada. Dan yang lebih susah macam mana dia nak bagitahu mama yang Syuhada lari ikut lelaki lain?

Terpaksalah dia memberitahu walaupun nanti mulut mama mesti bising.
______________________________________

Ehsan tersenyum senang. Segalanya mengikut rancangannya. Dan apa yang paling lucu? Mereka mempercayai katanya tanpa minta bukti sekalipun. Dan keengganan Syuhada pulang lagi memudahkan kerja dia.

Ehsan tidak pernah bertemu dengan Dani. Pertemuan tadi pun membuatkan dia lagi tidak suka dengan Dani. Budak bandar begitu mana sesuai dengan Syuhada. Entah pandai makan lauk kampung ke tidak?

Kenapa tak pilih Ehsan saja? Pilih Ehsan kan senang. Sekampung saja. Dia dan Syuhada sama-sama boleh menjaga abah. Tak ada apa yang nak dipeningkan.

Entah kenapa Ehsan rasa berani nak membuat cerita macam tu. Mungkin kerana sokongan Amir sendiri iaitu abang kepada Syuhada. Teringat perbualannya bersama Amir hari tu.

Amir tiba-tiba datang berjumpa dengan Ehsan di tempat kerja selepas Syuhada menghilangkan diri.

" Kau tahu Syu pergi mana?" Amir menyoal sambil menyandar pada kereta. Dia singgah dahulu di sini sebelum pulang ke KL.

" Tak tahu, bang. Kenapa?" soal Ehsan gugup seketika. Amir tersengih melihatkan riak wajah Ehsan.

" Aku tak kisahlah kau nak menipu ke tak dengan aku. Tapi aku nak mintak satu perkara je dekat kau." Ujar Amir sambil mengeluarkan sebatang rokok.

" Apa dia, bang?"

" Aku tak nak Syuhada balik. Dia nak balik boleh tapi pastikan selepas tarikh kahwin dia dengan Dani. Masa tu baru boleh balik."  Ehsan terkejut mendengarkan Amir.

" Tapi kenapa bang?"

" Kita sama-sama lelaki, San. Aku faham sangat. Kau sukakan Syu kan?" tebak Amir sambil ketawa. Ehsan hanya diam dengan liurnya ditelan kesat.

" Aku sebenarnya lagi suka kalau kau jadi adik ipar aku, San. Aku tak suka orang luar. Budak bandar. Macam si Dani tu. Aku tak suka. Cuba kau fikir. Kalau kau kahwin dengan Syu, kau tetap di sini. Boleh jaga abah." Amir jujur tanpa tapisan. Itulah niat utama. Ada orang menjaga abah kerana dia sememangnya tidak mahu disusahkan dengan perkara remeh seperti menjaga abah. Sikit-sikit kena balik bila abah sakit. Dia rimas.

" Tapi saya nak buat apa?" bingung Ehsan menyoal.

" Buat apa saja. Asalkan mereka tak bersama. Itu je. At least, perkahwinan tu terbatal." senyum Amir menuturkan itu. Dia tahu yang Ehsan tahu di mana Syuhada. Cuma dia tidak mahu ambil kisah.

" Abang okay ke?" teragak-agak Ehsan menyoal.

" Eh, aku mestilah okay. Bahagia lagi. Ingat tau. Ini rahsia antara kita. Aku balik dulu. Aku restu kau dengan Syuhada." Itu ayat akhir Amir sebelum beredar dari kilang itu.

Dan kerana itu Ehsan merancang semua ini. Kerana dia sangat menyayangi Syuhada dan ini saja peluangnya.

Dia fikir Pak Cik Arshad tentu malu dengan keluarga Dani bila Syuhada lari bersama lelaki lain. Lari dengan membawa duit milik Dani pula tu.

Keluarga Dani mesti tak suka lagi pada Syuhada selepas mendengar berita itu. Dah selepas itu siapa lagi yang bakal memiliki gadis itu?

Tentulah dia, Ahmad Ehsan Ahmad Kamil!
______________________________________

 PEMATAH HATI Where stories live. Discover now