TIGA PULUH TIGA 🌸

1.5K 138 1
                                    

Tangannya lancar menyiram pusara itu sambil hatinya menahan sebak. Sudah berkali dia ke sini namun matanya mesti basah. Mesti menangis. Dia terlalu berdosa pada lelaki itu.

Dia lantas bangun dan berjalan. Di hadapannya ada pemandunya yang sedang menunggu.

" Suhailah!!" panggilan itu membuatkan kakinya jadi kaku untuk melangkah. Derapan kaki dari arah belakang membuatkan Suhailah sedar. Dia sudah tertangkap.

" Suhailah kan?" Jamilah berjalan laju. Ingin sekali dia melihat siapa gerangan yang sering melawat pusara Arshad itu tapi tidak pernah bertemu. Cuma hari ini Allah gerakkan hatinya hendak melawat pusara Arshad pada pagi hari.

" Suhailah!" jeritnya lagi tatkala dia sudah berdiri di hadapan wanita.

" Milah... " Suhailah hanya menyambut begitu. Pucat bibirnya tatkala memandang wajah merah Jamilah.
______________________________________

" Kak Su minta maaf." Itu yang diucapkan Suhailah saat melangkah ke rumah penuh kenangan itu. Jamilah yang sedang menyelak langsir memandang Suhailah yang berjubah hitam itu.

" Sebab?"

" Melawat pusara tanpa izin Milah." jawab Suhailah lagi.

Jamilah tersenyum sinis sahaja.

" Bukan kerana kau tinggalkan abang aku? Anak-anak saudara aku? Bukan begitu?" soal Jamilah lagi. Sengaja menyakiti hati bekas kakak iparnya. Di luar Jamilah terpandangkan pemandu Suhailah sedang menunggu bersama sebuah kereta mewah.

" Dan kau dah dapat apa yang kau impikan." ujar Jamilah perlahan menyimpan rasa terkilan. Betullah kata orang selama ini, Suhailah lari kerana inginkan kemewahan yang tak mampu abangnya sediakan.

" Kak Su tahu Kak Su silap. Kak Su tak sempat nak meminta maaf pada abang. Kak Su tahu semua orang benci Kak Su. Kak Su cuma.... Kak Su rindukan anak-anak Kak Su."

Suhailah sudah mula menangis.

" Anak-anak kau tu dah belajar terima hidup tak punya ibu. Abang Long tak pernah nak kahwin lain. Dia risau kalau-kalau tak ada perempuan yang boleh menjaga Amir dan Syuhada sebaik-baiknya. Dia cuma percaya hanya ibu kandungnya yang mampu menjaga Amir dan Syu dengan baik. Tapi kau tak pernah balik. Entahkan melawat anak kau pun tak pernah. Kau menghilang bersama jantan yang kau puja tu kan? Sebab tu aku sudi nak menjaga mereka. Sebab aku sedih ibu mereka sendiri tak pedulikan mereka lagi."

" Tapi Milah, Abang Long sendiri yang tak kasi Kak Su datang sini lagi... "

" Kau tak payah nak jelaskan apa lagi lah. Sekarang anak-anak kau tu dah ada kehidupan masing-masing. Kau baliklah. Balik kepada kehidupan kau."
Jamilah benar-benar penat memandang wajah itu. Bencinya usah dicakap. Benci sungguh!

" Ini ke anak-anak Kak Su?" soal Suhailah mengambil sebuah bingkai di situ. Ianya sebuah gambar perkahwinan seorang gadis. Yang dia kenal wajah Arshad dan yang lelaki berbaju melayu yang tidak senyum itu mungkin Amir.

" Cantiknya anak ibu... " jemari Suhailah mengusap wajah Syuhada.

" Anak ibu dah kahwin."

Jamilah memandang sekilas Suhailah yang masih memegang bingkai gambar itu. Dan mata Suhailah jatuh pada wajah suami Syuhada.

Dani Syahar?

" Milah, siapa suami Syuhada ni?"

" Dani. Budak tu duduk kat Kuala Lumpur. Syuhada kenal dekat sana agaknya." balas Jamilah begitu.

" Kak Su lama lagi ke kat sini? Milah nak balik rumah ni. Nak kunci rumah ni." Dalam erti kata lain Jamilah tak mahu Suhailah berlama di situ.

Suhailah mengerut dahi. Semacam pernah dilihat wajah itu. Dan suara hatinya tak mungkin salah!
______________________________________

 PEMATAH HATI Where stories live. Discover now