Bab 2

6.1K 514 15
                                    

P/s : Please vote before read. Thank you.

Sekolah.

Siapa ja rasa teruja nak pergi sekolah. Belajar? Tak seronok gila.

Manusia mana yang seronok belajar? Rasa nak hempuk dekat dinding.

Apa yang buatkan kita rasa nak ke sekolah ialah kawan.

Sedihnya dia tak ada kawan yang buatkan dia bersemangat nak pergi sekolah.

Lasyira melangkah malas keluar dari kereta Mika.

"Bak sini beg. Aku tolong galaskan." Kata Haidar selepas melihat adiknya yang tiada mood. Seperti jasad tak bernyawa sahaja.

Lasyira tersenyum lalu membaling beg sekolah pada abang kesayangannya.

Kaki kanan melangkah masuk ke dalam kelas. Tempat duduk dituju.

"Bestnya jadi girlfriend Haidar. Dia tolong angkatkan beg." Bisik perlajar lain.

"Aku adik dia! Abang kau tak buat macam ni ea?" Bebel Lasyira dalam hati. Geram betul dengan manusia.

Beg diletakkan. Haidar mengusap rambut Lasyira. "Belajar rajin-rajin. Nanti dah besar belikan aku kereta baru." Bisik dia perlahan.

Lasyira menolak Haidar menjauhi dirinya kemudian ketawa kuat. Dasar iblis bertopengkan manusia.

Haidar turut ketawa kemudian menuju tempat duduknya.

Isyraf membaling kertas yang sudah dironyokkan. "Apa kau ni. Dengan adik pon sweet. Jealous ar aku kalau macam ni. Kau boleh sweet dengan aku ja."

Haidar mengelak kertas buruk lagi jijik itu. Kening diangkat. Apa benda si monster ni. Gay duh.

"Aku pon jealous." Kata Ryan Irfan.

"Kau pon satu. Dah kenapa." Soal Haidar.

"Yelah kau selaku bakal abang ipar aku jangan la rapat sangat dengan dia."

"Aku tak restu lah bodoh." Haidar menyinga. Dia menampar kepala Ryan Irfan. Memang tak lah nak bagi Lasyira kahwin dengan playboy malaya ni.

"Aku akan buat dia suka aku." Kata Ryan yakin sambil tersenyum.

"Ryan. Kau takkan berjaya." Kata Firash Aryan perlahan namun masih dapat didengari. Tangan menulis sesuatu di buku diary miliknya. Diary itu bukan diary biasa. Tersimpan banyak kisah tentang dirinya. Ya dia seorang yang misteri.

"That true. Lasyira bukan macam perempuan lain. Otak dia maju lima tahun daripada kau." Kata Haidar. Dia kenal adiknya. Memang tak lah nak suka lelaki.

Lasyira menampar meja perlahan membuatkan Firash memandangnya. Mata dia memandang mata Ryan Irfan."Okay kita tengok siapa yang suka siapa dulu. Ingat kau jangan sesekali menyesal..

Bila kau dah jatuh dalam genggaman aku." Kata Lasyira.

"Duh scary gila Lasyira. Meremang bulu aku bodoh. Aura devil girl betul." Isyraf ketawa.

"Dah la dah EXpired." Kata Lasyira sebelum duduk ditempatnya kembali.

"Expired?" Soal Ryan pelik.

"Ex." Jawab Haidar sambil mata memandang Lasyira menuju tempat duduk. Dia ketawa kecil. Disebabkan itu lah dia tidak berani couple. Kang kena cop Expired and secondhand. Mulut Lasyira tu sudah la menyakitkan hati.

"Habis lah kau Ryan. Kau pergi cari pasal dengan Lasyira kenapa. Tak pasal nanti viral."

"Viral about what?" Soal Ryan pelik. Dia memang dah viral okay. Hotstuff.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now