Bab 6

5.1K 410 9
                                    

Please vote and follow me before read.

Niat nak publish malam ni. Tapi disebabkan author tak sabar so here we go.

***

Haidar berjalan mendekati Ryan, Isyraf dan Firash. Jacket hitam diletakkan di tangan. Sebelah tangan di dalam kocek seluar.

Tidak lupa juga Medina dan Lily disitu.

Mereka memandang Haidar dari jauh.

Haidar seorang.

"Mana Lasyira?" Soal Ryan. Sepatutnya gadis itu pergi sekali.

Haidar tersenyum pahit. "Lasyira tak jadi pergi. Dia tak sihat. Tadi muntah-muntah." Dia menahan tawa.

HAHAHHAHAHAHA.

"Kalau macam tu kita tak perlu pergi lah. Kesian dia." Kata Lily.

Medina mengangguk. Kaca mata rosegold dibuka lalu diletakkan di atas kepala.

"Kita batalkan." Kata Firash pula.

"No kita pergi je. Dia suruh. Dia kata tu permintaan terakhir dia." Kata Haidar sayu. Kasihan sekali adiknya itu.

Bukk

"Hotak kau permintaan terakhir." Lasyira menampar kepala Haidar dari belakang. Tak guna punya abang. Berani dia ditinggalkan. Sudahlah kunci kereta drivernya disembunyikan. Tak pasal dia kena naik grab. Nak naik kereta takda lesen.

Semua berkerut wajah lalu memandang Lasyira terkebil-kebil. Tak silap orang kan?

Lasyira wearing hijab. Bidang 60!

Tergamam mereka yang melihat termasuk Haidar. Lagi labuh daripada Lily.

Wuih hidayah.

Firash tersenyum sendirian. Lasyira memakai tudung dusty rose pilihannya.

"Waaa you. Sumpah you nampakk lawa gila." Kata Medina.

"Kau kenapa nak panggil you i, i you bagai dengan dia. Aku ja boleh. Kan you kan." Kata Isyraf.

Medina mencebik. Dasar sepupu gedik.

Lasyira hanya senyum.

"Eh wait. Kita lupa something." Ryan memandang Haidar tajam.

Mereka semua juga memandang Haidar tajam. Tak guna punya manusia.

Haidar ketawa kuat. Huhu kena tipu.

Semua menayangkan wajah malas. Menyakitkan hati betul.

"Okay okay sorry. Ooo kemain ea nak batalkan lah apa lah kalau Lasyira tak pergi. Cuba kalau aku." Haidar membuat roll eyes.

"Memang." Isyraf menjeling Haidar sebelum menarik tangan lelaki itu kedalam pelukan.

Ryan merapati Haidar. "Kau perasan tak 12 orang lelaki dekat belakang kita." Bisik Ryan.

Haidar menoleh belakang kemudian memandang Ryan semula. "Tujuh orang bodyguard Lasyira. Lagi lima aku tak tahu."

"Bodyguard Medina." Kata Isyraf.

Ryan ketawa. Kesian gila pergi mana-mana kena ada bodyguard. Nasiblah dia lelaki.

20 minutes ago..

Ryan membawa kereta laju melanggar pagar rumahnya. Dia tidak kesah. Sekarang yang dia kesah dia tidak mahu bodyguard dirinya mengikutnya sekali.

"Yes." Ryan menjerit girang. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan rumah agam itu.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now