Bab 5

5.2K 465 65
                                    

Please vote and follow me before read.

~avianaarmelle

***

Ryan berdiri disebelah pintu rumahnya. "Selamat datang ke bumi." Pintu dibuka luas.

Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah agam mewah itu. Siapa sahaja yang tidak kenal pemilik rumah itu. Seorang yang berpengaruh besar dalam bidang ekonomi. Mempunyai pusat penyelidikan haiwan laut sendiri di tengah-tengah lautan.

Seorang kanak-kanak perempuan berlari menuruni anak tangga lalu memeluk kaki Ryan. "Nia rindu Ian."

Memang sengaja Ryan mengajar anak sedaranya itu memanggil dirinya Ian. Memang tak la nak suruh anak sedaranya itu memanggil dirinya Pakcik. "Ya Ian pon rindu Nia. Nia datang dengan siapa ni?" Soal Ryan pada gadis kecil itu. Mata meliar mencari kelibat kakaknya.

"Ada dekat atas. Ian bawak balik kawan?" Soal Nia yang petah berkata-kata. Umurnya baru meningkat 8 tahun. Mata memandang rakan-rakan Ryan tidak berkelip.

Ian bawak balik abang-abang hensem! Dia tersenyum sendirian.

Senyumannya mati apabila memandang Lasyira yang sememangnya lebih cantik daripada dirinya.

Musuh!

Ryan mengangguk. Seraya dengan itu dia menyuruh mereka semua duduk dahulu. Ryan bergerak ke dapur mencari kelibat ibunya.

Nia menjerit kuat lalu menolak kaki Firash yang mahu melabuhkan punggung di sofa rumah itu. Memang tolakannya tidak menunjukkan apa apa kesan pon. Tapi tak apa. Janji ada usaha.

Firash memandang rendah gadis kecil yang menolak kakinya itu.

"Tepilah. Abang hensem pijak kawan Nia. Abang hensem jahat." Rengek Nia. Kaki Firash ditampar berkali-kali dengan tangan ciliknya.

Firash mengundur kebelakang. Ternyata dia memang terpijak sesuatu.

Patung kecil yang bersaiz 6cm sahaja.

Nia mengambil patung itu. Dia membelek tubuh patung itu berkali-kali. Gergasi pijak mestilah sakit. Waa mesti nanti Ian marah dia. Nanti Ian dah taknak jadi boyfriend dia lagi.

Firash duduk bertinggung untuk menyamai paras ketinggian Nia. "I'm sorry."

Nia mencebik kemudian timbul idea jahat. Dia tersengih-sengih sendiri. Kepala diangkat memandang sekeliling memastikan Ian tidak ada.

Tak salah ada scandal bukan?

Lasyira menahan tawa. Dari reaksi wajah budak itu. Dia pasti budak itu sedang merancangkan sesuatu.

"Ingat dengan kata-kata maaf abang boleh pulihkan keadaan jadi seperti biasa? Siapa yang ajar abang. Luka dalam hati Nia ni macam mana?" Nia bercekak pinggang. Sebelah kening diangkat berkali-kali.

Meletus kuat tawa Isyraf dan Haidar. Mereka berdua berlawan tampar satu sama lain. Kalau dah besar nanti tak dapat A+ Bahasa Melayu tak tahulah nak kata apa. Ayat kemain.

"Okay dah tu abang nak kena buat apa?" Firash memandang Nia tak puas hati. Berani betul budak ni mencari pasal dengan dirinya. Ada yang kena gantung dekat pokok epal depan rumah tu nanti kang.

"Be my boyfriend." Selamba Nia mengeluarkan kata-kata itu namun perlahan kerana takut didengari Ian. Jari memandang kuku tangannya yang lawa. Haruslah. Ian je yang boleh potong kuku dia.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now