7

44 77 30
                                    

Tepat jam 10 malam, semua peserta trip dan guru - guru pengiring sudah berkumpul duduk mengelilingi unggun api.

Memandangkan aku menggedik nak duk sebelah Junior paling kiyut dekat sekolah, terpaksalah aku duduk sekali sebelah musuh sejak azali aku si Jeon Jungkook.

"Suyeon, semuanya ada kat sini dah?" soal miss Suzy menerima anggukan daripada Suyeon sebagai jawapan.

"Baiklah, aktiviti terakhir kita sebelum tidur hari ni ialah 7 wow di mana nombor - nombor yang terdapat dalam sifir tujuh adalah dilarang sama sekali dan diganti dengan perkataan wow contohnya 1, 2, 3, 4, 5, 6, wow, 8, 9, 10, 11, 12, 13, wow dan yang seterusnya. Siapa tersebut nombor terlarang tu dan tidak menyebut perkataan wow akan ditendang keluar dari permainan dan dikenakan denda tertentu untuk keseronokan permainan." terang miss Suzy panjang berjela.

"1!" permainan dimulakan dengan cikgu Kai yang turut sekali trip kali ni untuk merawat hati yang berduka.

Maklum, baru putus cinta dengan warden asrama, si Jennie tuh.

"2"

"3"

"4"

"5"

"6"

"7" wah, bertuahnya aku *fake laugh*.

"Wehh, patutlah aku terbau malang dekat sebelah aku HAHAHAHHA" sakat Jungkook. Peha Jungkook aku cubit geram.

"Cikgu, apa ni?! Game baru start kott-" adu aku.

"No, Bong. It's your fault, bukannya miss Suzy tak bagi tahu rules, kan? Get out and buat denda kamu." aku merengek geram.

"Tak naklah buat denda! Saya buat ke tak buat tetap juga kena keluar en?" rungut aku lagi.

"Adoo, minah ni banyak songehlah! Kan dah kata tadi, just for fun-" ekor kudaku ditarik pelan oleh Jungkook.

"Haah, Bong. Keluar jelah. Kita orang tak bagi denda susah - susah punya." sahut cikgu Sehun tersenyum - senyum.

Mahu tak mahu, aku terpaksa juga akur memandangkan Doyeon dan Aera sudah tarik aku keluar.

"Ok, sekarang ni kita orang nak kau pilih antara truth or dare?" soal Yugyeom tersenyum nakal.

"Memandangkan kau tu pengecut, aku sarankan kau pilih truth." ujar Jungkook buatkan aku mencebik benci.

"Aku pilih dare!" Jungkook menggeleng kesal. Ceh, dia ingat aku ni apa nak turutkan saja apa yang dia kata?!

"Noona kena jadi girlfriend Jungkook hyung!" tudia! Budak paling kiyut dalam sekolah mula buka mulut. Boleh tahan puaka jugak eh-

"Uwuuuu!"

"Argh tak nak aku tukar pergi truth!" laju saja aku membantah sambil menggeleng keras.

"Ok, soalannya bila kau nak confess dekat Jungkook?"

Hurgh, I'm done with this trash! JAHANAM MANA YANG CAKAP AKU SUKA JUNGKOOK?

---Lovenemy---

Pengalaman 3 hari 2 malam trip pergi air terjun tahun ni memang menyeronokkan tapi tulah..

Sedangkan kalau nak buat anak pun penat ni kan pulak pergi melancong. K, melalut. Mohon ampunkan beta.

"Macam mana trip?" aku mengangguk cuma mendengarkan soalan omma.

"Good and smooth."

"Dah dapat kawan?" aku menggeleng buatkan omma mengeluh berat.

"Bongchan.. Lepas Bongra meninggal, kamu langsung tak nak berkawan dengan siapa - siapa. Bermusuh adalah. Sudahlah, memang tak ada yang dapat gantikan Bongra tapi sampai bila nak kamu berseorangan?"

Bongra, adik kembar aku dulu. Ya, aku rapat sangat dengan dia. Dialah friendenemy aku. Dialah api, dialah air. Tapi tulah.. Hidup dia tak lama.

Dia meninggal waktu usia kami masih 11 tahun. Kehilangan kembar buat selama - lamanya umpama jiwa aku hilang bersama jasad Bongra yang terkubur di dalam tanah.

Tapi aku rasa bersyukur masih ada omma, appa dan keluarga Jungkook termasuk Jungkook sendiri yang sentiasa sokong aku.

Ya, Jungkook..

Dia mungkin musuh abadi aku, tapi kadang dialah pendengar terbaik aku kalau aku betul - betul rasa down.

Walaupun aku rasa dia cuma lakukan perkara tu semata - mata nak tunaikan janji dia pada Bongra tapi aku rasa selesa.

Selesa dengan bekas bakal adik ipar aku. Memang tak ada siapa yang expect sebenarnya Jungkook dan Bongra ni ada affair sedangkan aku dan Jungkook adalah musuh abadi.

Tapi itulah kenyataannya.

"Bong, tolong belikan omma lobak merah dekat pasar." aku menoleh memandang omma setelah sedar ke alam nyata.

"Eo? Ok, jap Bong nak angkat beg dulu."

---Lovenemy---

Semua sayur aku dah habis tilik semua dah. Omma kata lobak merah ni panjang, tapi yang aku jumpa yang gemuk gedempol je. Yang warna merah ada tangkai dengan daun macam epal tuh.

Walaupun aku dah tanya pekerja kedai, aku rasa pekerja kedai tu sendiri buta sayur. Ada ke dia tunjuk aku sayur warna oren? Dah terang - terang namanya lobak merah en? Mestilah warna merah!

"Yaishh, menyusahkanlah lobak ni. Aku be-"

"Apa benda kau nak beli?" terhinjut bahu aku sebaik sahaja ditegur oleh satu suara garau.

Aku mendongak sedikit cuba mengenal pasti pemilik suara. Cehh, Jungkook rupanya.

"Lobak merah. Tapi tulah, pekerja market ni bebal semuanya. Aku minta lobak merah dorang tunjuk aku sayur oren. Mana tak bebalnya tu? Entah masuk tadika entah tidak." mendengarkan penjelasan aku, Jungkook terus menggeleng.

"Bong, pekerja tu tak bebal, tapi kau yang bebal! Betul lah yang dia tunjuk tu lobak merah walaupun warna dia tak merah." sepaket sayur oren yang pekerja kedai tadi tunjuk pada aku Jungkook ambil lalu dia masukkan ke dalam bakulnya.

"Kau nak berapa paket?" aku buat isyarat 1 dengan jari telunjuk aku.

"Dah, jom cepat." aku hanya akur mengikuti langkah Jungkook menuju ke kaunter pembayaran.

"Kau buat apa dekat sini?" soal aku.

"Beli makanan Gureum." balas Jungkook.

"Apa Reum?" maaflah, pendengaran aku tak berapa nak jelas sekarang ni. Ail teljun manyak masuk telinga maa-

"Gureum, anjing aku." aku mengangguk faham.

"Kira sekali.."

"Ehh, tak pay-"

"Biarlah aku bayarkan, nanti aku ada benda nak minta dekat kau."

Haaa, sudah! Inilah namanya terhutang budi tergadai bodi. Cehh-

Lovenemy ; jjkWhere stories live. Discover now