Bab 32

42.7K 2.4K 147
                                    

"LEPASKAN aku!" cengkaman pada kedua-dua belah pergelangan tangannya begitu kuat dan menyakitkan. Dengan air mata yang sudah merembes keluar, sedaya upaya dia cuba memboloskan diri dari cengkaman lelaki itu. Tubuhnya kini di bawah lelaki asing itu. Delisha ketakutan.

"Diam lah perempuan! Kau nak kena tampar ke?!" jerkah lelaki tersebut. Wajah Delisha diciumnya rakus. Semakin Delisha meronta dan menjerit, semakin lelaki tersebut hampir hilang kesabarannya.

"Lepaskan aku! Alden!"

"Hey, kau boleh berhenti sebut nama jantan tu tak?! Kalau kau panggil dia sekalipun, dia takkan datang selamatkan kau lah. Kau ingat dia hero ke? Kau silap Delisha... malam ni aku ratah kau cukup-cukup. Takkan ada sesiapa yang akan datang selamatkan kau. Ni bukan drama melayu lah." menyeringai lelaki itu ketawa. Pijama yang tersarung di tubuh Delisha dikoyak kasar. Delisha menjerit sekuat hati. Berharap ada yang datang selamatkannya walaupun ianya adalah seekor harimau. Dia tak rela diperlakukan begini.

"Jangan buat aku macam ni. Tolong lah! Lepaskan aku! Lepaskan aku!" kaki Delisha dah menendang-nendang angin. Tangannya yang dicengkam ke tanah menyukarkan dia untuk meloloskan diri.

"Aku akan lepaskan kau bila aku dapat apa yang aku nak." serentak itu leher jinjang Delisha dikucup. Delisha menjerit sekuat hati. Sakit di tekak tak sama sakit di hati. Dengan sisa tenaga yang ada lengan lelaki itu digigitnya kuat. Giliran lelaki itu pula yang menjerit. Saat tangannya terlepas dari cengkaman lelaki itu, Delisha mengambil kesempatan memukul kepala lelaki itu sekuat hati. Tapi usahanya itu tidak lama bila tubuhnya kembali ditolak ke tanah dan pergelutan kembali berlaku.

"Lepas! Lepas! Lepas!" Delisha meronta. Tubuhnya sudah terasa kedinginan.

"Welcome to the heaven, sayang..."

"Lepaskan aku!"

Matanya terbuka luas. Kipas siling yang berputar di atas dipandangnya kosong. Peluh sudah merenik di dahinya. Perlahan-lahan Delisha bangun dari pembaringan lalu bersandar pada dinding. Air mata sudah perlahan-lahan berlinang keluar. Dia tak tahu kenapa kejadian malam itu kembali menghantuinya. Puas dia cuba melupakannya tapi dia gagal. Wajah diraupnya beberapa kali. Jam yang tergantung pada dinding dijelingnya. Jam dua pagi. Ruang bilik tetamu kecil itu dipandang. Atas ihsan Mak Khadijah, dia diizinkan untuk menginap di kamar ini walaupun tiada katil. Hanya ada toto dan beberapa biji bantal sahaja.

Delisha berjalan keluar menuju ke arah tandas yang terletak bersebelahan kamar tidurnya. Usai membasuh muka dan mengambil wudhuk, Delisha berura-ura mahu kembali ke kamar. Namun baru beberapa langkah, telinganya menangkap suara tangisan bayi. Bulu roma Delisha tiba-tiba sahaja menegak. Pukul dua pagi dan tiba-tiba dengar suara tangisan bayi... kau rasa? Tapi kakinya melangkah ke arah sebuah lagi bilik tetamu yang terang benderang. Makin jelas suara bayi berselang-seli dengan suara perempuan memujuk si bayi. Pintu yang tidak bertutup rapat itu ditolaknya sedikit.

"Kakak?"

Delisha hampir ternganga. Dipandangnya seorang perempuan yang sedang mengendong seorang bayi. Dia kenal budak perempuan tu. Budak perempuan yang menanti masa untuk melahirkan ketika dia ke sini dengan Alden dulu.

"Masuk lah, kakak." ramah budak perempuan itu menjemput Delisha masuk. Teragak-agak Delisha mahu melangkah masuk. Sesekali budak perempuan itu melantunkan zikir supaya anaknya itu berhenti menangis.

"Kenapa dia menangis?" Delisha menyoal perlahan. Bayi di dalam gendongan budak perempuan itu diintai. Comelnya.

"Dia dahaga susu."

"Then, kenapa awak tak breast feeding? Dia tengah dahaga tu."

Budak perempuan itu menggeleng sambil tersenyum nipis. Ada riak sayu di wajah itu.

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now