Bab 50

49.6K 2.3K 425
                                    

ALVIAN tarik kerusi lalu punggung dihenyak di situ. Meliar matanya tercari-cari seseorang. Sesekali skrin telefon yang menyala itu dijeling. Mana Lily? Malam tadi Lily ada menghantar kiriman SMS kepadanya mahu berjumpa hari ini. Katanya berkaitan bayi yang dikandung gadis itu. Alvian cuma bersetuju bila Lily melibatkan soal bayi.

   Sepuluh minit kemudian, Lily muncul dengan senyuman manis. Duduk dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan doktor kacak itu.

   "Sorry, lambat. Tak sedap badan sikit awal pagi tadi." Lily beralasan. Alvian angguk kepala, mengerti.

   "Saya faham... morning sickness kan?"

   Lily mengangguk. Wajah polos dan suci dia tayang sehabis baik. Hari ini rancangannya bermula. Malas lah dia nak tunggu lama-lama macam dalam drama yang sampai beratus episod. Lagipun, dendam dia dekat Joviana memang tak boleh ditanggung lagi.

   "Ada apa awak nak jumpa saya? Macam penting aje?" soal Alvian usai pelayan berlalu mendapatkan pesanan. Lily berdehem dulu sambil jemarinya di atas meja dimainkan sendiri. Nafas dihela perlahan.

   "Parents saya. Dia orang dah tau pasal anak yang saya kandung ni."

   "Jadi?"

   "Dia orang suruh saya gugurkan kandungan ni."

   "No!"

   Alvian pula yang menggelabah. Sungguh perkara yang dia paling tak mahu dengar ialah soal gugurkan kandungan. Dia tahu perkara itu bukan lah benda baru. Malah dah jadi benda biasa. Menggugurkan kandungan macam benda remeh dan normal pula. Orang lain bersusah payah untuk dapatkan zuriat, yang lain pula sewenang-wenangnya membuang. Ingat macam buang anak kucing ke apa?

   "Saya dah tak tahu nak buat apa lagi, doktor. Keluarga saya tak mahu ada bayi hadir dalam keluarga kami. Saya dah menconteng arang ke muka dia orang, doktor. Bayi yang saya kandung ni mungkin akan bawa malang..."

   "Bawa malang?"

   Alvian gelak sinis.

   "Cara awak bercakap macam tak bertuhan kan? Awak sewenang-wenangnya tunding jari pada bayi dalam perut awak dengan mengatakan dia adalah pembawa malang. Awak tahu tak, bayi tu tak diminta untuk membesar dan bernyawa dalam rahim awak kalau bukan kerana izin Allah? Awak tak rasa bayi dalam perut awak tu anugerah terbesar ke dalam hidup awak?" Alvian tayang muka serius. Lily hela nafas.

   "Anugerah terbesar? Saya tak pernah impikan untuk mengandung sebelum saya kahwin, doktor. Kalau bukan sebab saya dirogol dengan lelaki durjana, tak ada maknanya saya bawa anak sekarang ni. Salah ke apa yang saya cakap? Anak ni memang pembawa malang pun. Buat hidup saya kucar-kacir. Saya hampir dibuang keluarga, doktor." Lily kesat hujung mata yang berair. Alvian diam dulu. Susah juga nak tenangkan fikiran mangsa lelaki tak guna ni. Perempuan mana aje yang boleh terima yang dia mengandung tanpa rela?

   "Keluarga awak mesti faham keadaan awak. Awak dirogol, Lily. Awak tak diminta pun untuk mengandung. Takkan lah keluarga awak langsung tak bertimbang rasa?"

   "Doktor tak kenal keluarga saya macam mana. Dia orang bukannya peduli pun sakit dan susah saya. Yang dia orang peduli, maruah keluarga harus dijaga. Anak dalam perut saya tak boleh hidup." Lily renung Alvian di depan.

Alvian diam. Dia nak sangat anak di dalam perut Lily itu terus hidup dan membesar macam kanak-kanak yang lain. Dia begitu berharap agar Lily lahirkan anak itu.

    "Keluarga saya boleh terima anak dalam perut ni... tapi bersyarat."

   "Apa syaratnya?"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now