Bab 45

48.6K 2.4K 450
                                    

KONSENTRASI Alden menghadap komputer riba agak terganggu bila telinganya menangkap bunyi ketukan beberapa kali di muka pintu. Alden mendengus dulu. Cukup tak suka kalau ada yang menganggu kerjanya.

   "Masuk!" laung Alden dari dalam. Saat pintu terkuak dari luar, terjengul kepala Alvian. Berkerut pelipis Alden menerima lawatan daripada abangnya itu. Langkah Alvian perlahan mendapatkannya yang masih statik di kerusi kulit. Alden sandarkan tubuhnya pada kerusi sambil mata birunya menyoroti langkah si abang.

   "Pelik. Along buat apa datang sini?" soal Alden. Buat julung-julung kalinya Alvian mencemar duli ke pejabatnya.

   "Haih, nak datang jumpa adik sendiri pun tak boleh ke?"

   "Nope, angah tak cakap pun tak boleh. Angah cuma pelik... perkara apa yang lead along ke sini? Sebelum ni, tak pernah-pernah lagi along datang." makin bertambah kerutan di pelipis Alden bila dengar tawa sinis abangnya itu. Alvian tarik kerusi di hadapan meja Alden lalu duduk dilabuhkan. Kaki disilang.

   "Lisha sihat?" soal Alvian, tiba-tiba. Alden dah rasa pelik yang bukan sedikit. Sepatutnya Alvian tanya keadaan orang yang di depan mata dulu. Tapi sekarang ni, Alvian tanyakan keadaan Delisha yang nun berada di Maris Holdings.

   "Alhamdulillah, sihat. Why?"

   "Just asking,"

   "Along, you're acting weird."

Alvian gelak. Tangan panjangnya mencapai bingkai gambar di atas meja kerja Alden. Gambar Delisha. Dalam hati dia memuji kejelitaan adik iparnya itu. Delisha cantik. Malah sejak Delisha memakai tudung, makin menyerlah pula kecantikan adik iparnya itu. Padan lah nak digandingkan dengan Alden yang tak kurang tampannya.

   "Pergi mana semalam dengan Vee?" soalan Alvian yang tiba-tiba itu buat kening Alden terjongket tinggi.

   "What? Pardon me?"

   "Vee cakap semalam dia dinner dengan angah. Just both of you,"

Alvian letak balik bingkai gambar di atas meja kerja Alden. Wajah kacak Alden ditenungnya dengan pandangan tajam.

   "Yes, memang semalam angah dinner berdua aje dengan Vee."

   "Tak ajak Lisha?"

   Alden teguk liur. Lambat-lambat kepalanya digeleng.

   "Along, jangan lah salah faham. There's nothing between me and Vee. It's just a dinner." Alden membalas. Alvian hela nafas kasar.

   "She's my wife."

   "Yes, I know... along. Angah sedar yang Vee tu isteri along. Takkan lah angah nak lupa pulak status Vee tu? Look, angah takde niat pun nak keluar berdua dengan Vee tu. Angah dah suruh Vee ajak along sekali tapi Vee cakap along busy. Awalnya kita orang cuma plan nak minum aje. Tapi Vee yang beria-ria ajak angah dinner alang-alang kita orang dah keluar. Angah setuju aje lah sebab Vee merayu," terang Alden, tak mahu Alvian salah faham. Tak mahu kalau Alvian tuduh dia cuba menggoda kakak ipar sendiri pulak! Eei!

Alvian diam. Rahangnya bergerak-gerak. Satu persatu kata-kata Alden dihadamnya. Vee cakap dia busy? Macam mana Vee tahu dia busy atau tidak kalau satu panggilan yang dia buat pun, langsung Vee tak angkat? Vee seolah-olah menjauhkan diri daripadanya semalam.

   "Lisha macam mana?"

Alih-alih bangkitkan soal Delisha! Alden jadi panasaran.

   "Why do you keep bringing up my wife in this matter?"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now