6

133 29 36
                                    

A/N: Selamat membaca. Update pertama untuk minggu ini 💝
__

" Nama yang cantik seperti orangnya "

Meletus tawa kecil dari bibir munggil gadis itu. Kakinya diangkat untuk menaiki anak pagar. Disebabkan tapak kasut terpijak hujung gaunnya dia lantas jatuh. Mujur pegangan tangan Jungkook padanya begitu kuat.

Jika tidak? Sudah semestinya dia jatuh kedalam laut.

Dia menjerit ketakutan. Manakan tidak dia cuma berpaut pada tangan Jungkook. Hidup mati nya bergantung pada kekuatan Jungkook.

" Aku akan tolong kau. Jangan risau. Aku pegang kau. Aku takkan lepaskan. " Ujar Jungkook berbaur janji.

Jeritan demi jeritan dari bibir Junghyo sedikit sebanyak membakar semangat Jungkook untuk tetap kuat.

Malah jeritannya juga sempat didengari oleh beberapa penjaga kapal tersebut. Lantas mereka berlari ke arah datangnya suara jeritan itu.

" Tarik badan kau ke atas Hyo "

Pinta Jungkook. Dadanya sudah melekat erat pada pagar. Junghyo sedaya upaya untuk mengangkat badannya ke atas.

" Ya. Macam tu " Jungkook bersuara setelah melihat Junghyo berusaha untuk naik dan akur dengan permintaannya

Dengan kekuatan yang Jungkook ada. Lantas tangan gadis itu ditarik sehingga tubuh Junghyo jatuh ke atas badannya.

Beberapa orang yang baru sahaja tiba diburitan kapal itu terkejut melihat aksi yang menjamah pandangan mata.

" Jauhkan diri kau dari Cik muda " Jerit salah satu lelaki disitu. Jungkook menolak tubuh Junghyo perlahan dan berdiri.

Kedua dua tangannya diangkat keudara. Junghyo pulak sudah berdiri dan membetulkan bahunya yang terdedah.

__
Chanyeol memeluk tubuh aku yang sudah tersarung selimut tebal. Pipi aku diusap lembut.

" Awak okay? " Anggukkan sahaja yang aku berikan.

" Apa yang patut kami buat pada lelaki ni tuan? " Soal setiausaha Chanyeol yang bernama Oh Sehun.

Wajah lelaki yang sudah menyelamatkan nyawa aku dipandang lama. Tangannya digari seolah olah dia mempunyai kesalahan yang berat. Tiada langsung raut wajahnya yang kelihatan takut atau sedih. Tenang sahaja.

" Hukum dia " Mata aku membulat. Lantas aku dongak memandang Chanyeol

" Awak! Dia dah selamatkan nyawa saya " ujarku geram.

" Kalau begitu dia sepatutnya diberikan ganjaran dan layak dipanggil hero " Oh Sehun bertepuk tangan dan membuka gari tangan Jungkook.

Chanyeol ternganga melihat perbuatan setiausaha nya.

" Jadi bos apa ganjaran yang kita patut bagi pada hero kita ni " Soal Sehun sambil tersenyum nakal. Aku yang dipeluk Chanyeol menahan tawa dari meletus.

Chanyeol berdehem sekejap.

" Bagi dia ₩ 2813" aku tersenyum sinis.

" Jadi itu nilai nyawa saya yang telah dia selamatkan? "Soalku, tangannya yang mendarat dibahu aku tepis perlahan.

Dia kelihatan tergamam. Hembusan nafas kasar keluar dari mulut.

Dia mara ke arah Jungkook. Bahu Jungkook ditepuknya berkali kali

" Sebagai tanda terima kasih kau dah selamatkan nyawa bakal isteri aku. Aku jemput kau untuk makan malam bersama kami esok "

Kata kata yang dilafaz Chanyeol sebentar tadi membuatkan aku menarik nafas lega, mujur sahaja dia berfikiran waras kali ni. Kalau tidak sudah lama aku campak dia ke laut!

Chanyeol memeluk bahuku matanya mengisyaratkan aku untuk ikut dia. Aku hanya akur. Lagi pun aku dah tak tahan hembusan angin yang membolehkan tubuh aku kesejukan.

Aku sempat pandang belakang. Jungkook mengenyitkan sebelah matanya ke arah aku bersama senyuman menggoda. Lantas, Jantung aku berkerja keras mengepam darah didalam badan.

__

Jungkook tersenyum suka kerana berjaya melihat raut wajah terkejut dari Junghyo.

Kasutnya dicapai. Disarung kekaki. Oh Sehun dan seorang lelaki diditu hanya memandang tingkah lakunya.

" Sempat lagi kau rupanya nak buka kasut masa nak selamatkan cik muda tadi. " Lelaki berkulit gelap disamping Sehun mula bersuara.

Jungkook angkat kening sebelah dan senyum sinis " Aku ada cara tersendiri "

Seraya itu suara lunak menyapa gegendang telinga lelaki bergigi arnab itu.

" Jungkook!! Oh my god apa yang terjadi pada mu nak. Siapa yang memperlakukan anakku seperti ini!! " Tubuh Jeon Jungkook didakap erat sehingga lelaki itu sesak nafas.

" Kau okay? Aku dengar kau cuba nak rogol orang. Betul ke? " Kim Taehyung menyoal cemas. Belum sempat Jungkook menjawab ada suara yang menghalangnya

" Salah faham je. Dia jadi hero sebenarnya. Dia selamatkan nyawa teman wanita pemilik kapal ni " Kesemua memandang Jimin dengan riak wajah terkejut, termasuk Jungkook

" Macam mana Hyung tahu? "

Jimin memuncungkan bibirnya ke arah dua figura lelaki yang sudah berlalu pergi.

" Dia cerita "

" Perempuan mana kau selamatkan. Yang tadi petang kita nampak tu ke? " Soal Hoseok ingin tahu. Melihat Jungkook mengangguk mereka semua menepuk dahi

" Beruntung kau. Aku lambat! Alahai kalau aku yang selamatkan dia tadi confirm dia akan jatuh cinta dekat aku " Ujar Taehyung. Tidak semena mena dia dapat tamparan maut dikepala dari Suga.

" Kau ingat ni drama? Hero selamatkan heroin lepastu falling in love. Gitu? " Taehyung angguk. Tampak sangat noob disitu. Suga menarik nafas kuat sebelum dihembus kasar.

" tapi kan Hyung, teman lelaki Junghyo ajak aku makan malam esok dengan diorang"

" What!!? " Membulat mata Hyung-hyung nya mendengar. Jungkook tersengih dan garu kepala sambil mengangguk.

" Weh nak ikut! Boleh la aku rasa makanan sedap sedap esok " Bersinar mata Hoseok memandang Jungkook. Tangannya memegang kemas lengan adik bongsu meraka itu.

" Tak tahu malu. Jungkook je la yang kena jemput bukannya korang. Dah jom blah, sejuk ni, tak pasal pasal korang free free jadi patung disini " bebel Suga.

" Jom kook. Kau jangan risau. Aku akan jadikan kau lelaki paling kacak esok. " Kim Seokjin menarik Jungkook untuk mengikutinya.

Esok adalah hari dimana Jungkook bakal bertemu dengan Junghyo buat kali ketiga. Dia begitu berharap agar waktu berlalu dengan pantas.

Hatinya meloncat gembira. Kesabarannya semakin membuak buak.

Duhai Jungkook. Bawa bertenang dan bersabar.

💖⛵

[₩2813 jumlah wang malaysia cuma rm10 💵 ]

[OG] Titanic | Jungkook Where stories live. Discover now