BAB 03

12.5K 528 8
                                    

Harrash memandang sekilas ke arah Maira yang sedikit menggigil dan mata yang cuba ditahan dari tertutup. Mengantuk betul bila demam menyerang. Penyaman udara pula kuat. Harrash yang sedar akan keadaan Maira lantas mematikan penyaman udara. Berharap agar kesejukan Maira dapat berkurang.

"Kau tidurlah dulu. Nanti aku bangunkan kau kalau dah sampai."kata Harrash. Mata dikalihkan semula ke arah jalan raya yang sedikit sesak itu.

"Tak apalah. Lagipun awak tak tahu rumah saya dekat mana."tolak Maira lembut. Bukan sahaja disebabkan dia menyangka Harrash tidak mengetahui lokasi rumahnya, tapi dia juga takut jikalau Harrash buat benda yang bukan-bukan kepadanya.

"Aku tahu. Jadi, kau tidur sahajalah. Tak payah risau. Aku janji, aku akan hantar kau ke rumah dan sampai dengan selamat."ujar Harrash yakin. Sememangnya banyak yang dia tahu tentang Maira. Bukan mengintip tapi memang sudah tahu pun.

"Okay."balas Maira sepatah. Belum sempat dia mahu memejam mata, suara Harrash kedengaran.

"Tunggu sekejap. Kau pakai hoodie ni dulu. Sejuk kan?"hoodie dihulur kepada Maira apabila lampu isyarat bertukar merah. Tanpa banyak bercakap, Maira mengambil hoodie itu lalu dipakainya. Kalau membantah, kena paksa juga nanti.

Kereta mewah milik Harrash diberhentikan di hadapan tepat di hadapan rumah Maira. Maira yang masih lena dibuai mimpi dipandangnya lama. Mahu dibangunkan, nanti ganggu tidur pula. Nama pun bangunkan, memang terganggulah tidur.

"You're so beautiful dear. I love you. Forever till I die. Semoga cepat sembuh."bisik Harrash. Kalau boleh, mahu sahaja dia mengucup pipi milik gadis itu, tetapi dia masih lagi ingat batasnya. Semasa kecil bolehlah dia mahu mencium pipi Maira sesuka hati.

Keesokkannya, Maira terbatuk kecil sebaik sahaja bangun daripada tidur. Tekaknya terasa perit. Air kosong yang terletak di atas meja dicapainya lalu diteguk rakus. Matanya sedikit menyepet apabila disapa cahaya matahari.

"Bila masa aku sampai dalam bilik aku ni?"Maira menyoal sendiri. Leher yang terasa gatal digaru sambil memerhatikan segenap bilik tidurnya. Bunyi pintu dibuka menggamit perhatian Maira. Wajah Tuan Izram dan Puan Aina yang tersenyum menyapa pandangannya. Maira bangun dan duduk bersandar di kepala katil.

"Ibu, siapa angkat adik masuk bilik?"soal Maira ingin tahu. Dengan ibu dan ayahnya, memang dia akan bahasakan dirinya sebagai adik memandangkan dia anak tunggal.

"Ayah yang angkat."balas Tuan Izram selamba.

"Ayah jangan buat lawak boleh tak? Adik tak rasa nak ketawalah. Ayah dah tua, manalah larat nak angkat adik."Maira memuncungkan mulut.

"Suka hati adiklah nak percaya ke tak nak. Tengok ni, ayah masih larat nak angkat ibu. Kenapa tak boleh nak angkat adiknya?"tubuh Puan Aina terus diangkatnya membuatkan Puan Aina terjerit kecil.

"Ishh apa abang ni!! Nanti patah tulang belakang tu, Ina malas urut."geram Puan Aina. Maira dan Tuan Izram ketawa kecil. Tuan Izram mendudukkan Puan Aina di birai katil.

"Ermm adik dah lama kenal ke dengan Iz... Eh apa dah nama dia? Haa... Harrash,"soal Puan Aina. Kalut dia membetulkan percakapannya.

"Tak ada lah lama mana pun ibu. Dekat dua bulan je. Adik pun tak rapat sangat dengan dia. Masa dia hantar adik tu, kebetulan je sebab masa tu adik tengah ulang kaji matematik dengan dia."jelas Maira.

THE KING AND THE QUEENWhere stories live. Discover now