BAB 32

9.2K 342 0
                                    

Maira memandang ke kiri dan kanannya sebaik sahaja bangun daripada tidur. Melihat kelibat Harrash yang tiada di sebelahnya, dia mula merasa takut. Takut dia akan ditinggalkan bersendirian lagi sekali. Sticky note yang dilekatkan pada bantal Harrash diambil.

'Pakai baju ni sayang. Mandi-mandi dulu. Hubby ada dekat luar.'

Maira memandang gaun mengandung yang berwarna putih di sebelahnya. Cantik. Senyuman nipis diukir sebelum dia bergerak ke bilik air. Usai mandi, Maira terus keluar dari bilik. Shawl biru muda yang labuh menutup dada dibetulkan sedikit.

"Hubby pergi mana eh? Nak pergi kanan ke kiri ni?"keluhan halus terbit dari bibir Maira. Dia tidak tahu menahu tempat di dalam istana ini. Tangan kanannya naik memegang perut. Dia berasa tidak selamat. Bimbang pula ada apa-apa terjadi pada anak-anaknya.

Maira menoleh ke arah belakang hingga menyebabkannya hampir terlanggar dengan Tengku Alyssa. Beg kertas yang dipegang oleh Tengku Alyssa sudah pun terjatuh ke atas lantai. Maira mahu mengambilnya namun tidak kesampaian kerana perutnya. Tengku Alyssa mengukirkan senyuman dan lantas mengambil beg kertas miliknya.

"Maaf Mak Cik. Maira tak sengaja. Mak Cik ada cedera mana-mana tak?"soal Maira dengan nada lembut. Tengku Alyssa menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu saya pergi dulu ya."pinta Maira sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Tengku Alyssa hanya mengangguk dan menyambut huluran tangan Maira. Maira melemparkan senyum sebelum beredar. Tidak sempat Tengku Alyssa mahu membuka mulutnya.

"Dah besar makin comel."gumam Tengku Alyssa.

"Aduh mana hubby ni? Nanti sesat, dia juga yang susah."omel Maira.

"Sayang? Buat apa dekat situ? Sini..."panggil Harrash. Maira mengecilkan matanya seketika cuba untuk mengenal pasti Harrash. Menyesal tak pakai cermin mata!! Kakinya dihayun menuju ke arah Harrash.

"Hubby, orang cari dia merata tahu tak tadi? Letihlah."rungut Maira lalu duduk di sebelah Harrash.

"Aloo kesian dia. Nak makan tak?"Harrash mencubit pipi Maira. Maira menggeleng.

"Tak naklah. Tak ada selera."keningnya dikerutkan tanda tidak mahu.

"Pula dah. Haa sayang, kenalkan ni Izzuan. Sepupu hubby."ujar Harrash seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah Izzuan. Izzuan sengih sambil melambaikan tangan. Kepala Izzuan laju diketuk oleh Harrash.

"Sakitlah."cebik Izzuan. Kepalanya yang diketuk oleh Harrash diusap.

"Jangan nak acah comel sangat. Nak buat, pergi buat dekat Eyliz dahlah."kata Harrash. Eyliz memandang Harrash dengan pandangan tajam.

"Hubby tak baiklah ketuk kepala orang macam tu. Tapikan rasa macam pernah tengok je muka sepupu hubby ni."ujar Maira.

"Memang pun. Muka dia bersepah dekat mana-mana je. Dah nama pun raja."Harrash menjuihkan bibirnya.

"Ra–raja?? Hubby biar betul? Habis tu hubby bawa Maira datang dekat istana ni kenapa?"soal Maira cuak. Harrash ketawa kecil.

"Dah ini tempat tinggal hubby. Nanti hubby jelaskan ya?"

"Hai kak Maira!!"sapa Mellysa yang sedari tadi memerhati lalu melabuhkan punggung di sebelah Maira. Tadi duduk elok-elok sahaja sebelah Eyliz, beralih pula ke sebelah Maira.

"Hubby, ni siapa?"soal Maira sambil memandang ke arah Harrash.

"Adik hubby yang palingg... ehem hodoh. Nama dia Mellysa."balas Harrash memperkenalkan Mellysa kepada Maira. Mellysa mencebik.

"Jahatlah abang ni. Kak, ni warna mata kakak yang asal kan? Comel lah."puji Mellysa. Maira sengih lalu mengangguk.

"Mama mana?"Harrash menukar topik.

THE KING AND THE QUEENWhere stories live. Discover now