BAB 04

11.9K 498 14
                                    

"Hoii sedap betul dating dengan Encik Crush dalam kelas eh?"sergah Nana. Punggung dilabuhkan disalah satu tempat duduk yang ada di situ.

"Mana ada. Dia ajar aku matematik sahaja pun tadi."nafi Maira. Ayam goreng yang dibeli dari kantin digigitnya. Sedap!

"Eh jomlah masuk kelas. Kelas tambahan dah nak mula ni. Kan kena denda pula sebab masuk lewat."Eyliz menarik tangan Maira dan Nana lalu berlari masuk ke dalam kelas.

"Iyalah. Perlahanlah sikit. Eh sekejap! Bukan ke hari ni cikgu tak ada? Maksudnya kelas tak ada lah kan?"soal Nana. Serta merta Eyliz berhenti berjalan laju. Berkerut dahinya seketika mengingat kembali tentang itu.

"Haah betul juga. Lupa pula aku. Apa-apa pun, jomlah masuk kelas. Membawang dalam kelas je."Eyliz terus ketawa. Dasar kaki membawang!

Mereka bertiga duduk di tempat masing-masing dan bermulalah sesi mengupas bawang mereka. Meja Maira tiba-tiba ditendang kasar oleh seseorang. Kepala didongak memandang gerangan yang menendang mejanya.

"Kau dah kenapa Elina? Dah tak ada adab ke nak tendang meja orang sesuka hati kau?"soal Maira geram.

"Aku cuma nak bagi amaran dekat kau. Jangan rapat dengan Harrash! Dia milik aku!!"

"Ouhh iya ke? Kepunyaan kau lah sangat! Ada aku kesah?"Maira menyilangkan tangannya didada seraya mengukirkan senyum sinis.

"Ish kau ni kan! Berlagak betul! Ka--"Elina menghentikan kata-katanya apabila mendengar suara garau dari arah pintu kelas. Bulat matanya memandang susuk tubuh Harrash di hadapan pintu.

"Maira! Jom!"panggil Harrash dengan nada mendatar. Kelam kabut Maira mengambil buku dan alat tulisnya di dalam beg lalu menghampiri Harrash.

"Kau lambat, aku denda kau lari dekat padang 2 round!"

Kata-kata Harrash petang semalam masih tergiang-giang di dalam kepalanya. Ada juga yang koyak rabak kain nanti kalau lambat. Maira mengulang kaji subjek matematik sebab Harrash paksa dan bukannya kerelaan dia.

"Alaa awak! Tak naklah buat permintaan karut, tak masuk akal, tak berguna tu haaa. Saya betul-betul dah putus asa dengan matematik!"rengek Maira sebaik sahaja mereka tiba di perpustakaan.

"Ah tak ada, tak ada! Aku nak kau buat juga!! Lagi tujuh minggu Maira..."bantah Harrash. Maira mencebik menyampah.

"Apa-apa sahajalah! Loceng dah berbunyi. Saya lapar. Sambung nantilah."Maira sengih menampakkan barisan gigi hadapannya.

"Aipp tadi baru makan. Nak makan lagi?"Harrash mengerutkan dahi. Bela saka ke apa lapar memanjang macam ini?

"Iya. Tadi punya tak kenyang. Jomlah. Lagipun ramai yang lepak dekat kantin masa ni."kata Maira lagi memberi alasan. Sengaja mahu mengelak sebenarnya. Harrash mengeluh halus.

"Iyalah! Banyak songeh betul! Jom aku belanja."ajak Harrash. Mengalah sekali sekala tidak apa!

"Serius awak?! Betul ni? Betul ni?"Maira sudah teruja dengan mata membulat. Harrash hanya mengangguk.

Sudah datang bersama, kenapa pula tidak semeja? Mestilah satu mejakan? Maira sedar orang di sekelilingnya memandang diribya berkali-kali namun dia hanya buat tidak peduli. Telinganya sempat menangkap kata-kata daripada pelajar di sekelilingnya.

THE KING AND THE QUEENWhere stories live. Discover now