BAB 72

6.2K 239 1
                                    

Harrash dan Maira membuka pintu perlahan-lahan. Kebiasaannya pintu masuk istana ke ruang tamu itu tidak akan berkunci dari dalam. Maira dan Harrash sudah berasa risau mendengar tangisan di dalam istana itu. Mereka kenal suara tangisan itu milik siapa. Tidak lain tidak bukan, tangisan si kembar.

"Kenapa ni baby? Nak air?"soal Hannif lembut. Pipi Airish yang menangis teresak-esak diusapnya.

"Aarash nak apa? Kenapa mengamuk malam-malam ni?"soal Qayyum pula. Sedari tadi dia cuba memujuk. Namun langsung tiada hasil. Diajak tidur pun tidak mahu.

"Assalammualaikum. Ummi dan baba dah balik ni. Kenapa anak-anak ummi menangis ni?"Maira melangkah ke arah Airish. Airish lantas didukungnya. Aarash pula didukung oleh Harrash.

"Waalaikumusalam."serentak Hannif dan Qayyum membalas.

"Aku tak tahulah apa tak kena dengan mereka berdua ni. Mungkin bermimpi buruk. Dah nak sejam mereka mengamuk macam ni."jelas Hannif.

"Ni bila masa pula kau orang balik? Awal sangat balik."soal Qayyum. Rambutnya serabai menandakan dia baru bangun tidur. Mata pun kuyu menandakan dia mengantuk.

"Tengahari tadi. Kau orang pergilah tidur balik. Dah pukul 3 pagi dah ni."ujar Harrash.

"Habis tu Airish dengan Aarash macam mana?"Hannif meneguk air sejuk sedikit untuk menghilangkan dahaga.

"Tak apalah. Aku bawa dia masuk tidur sekali."balas Maira. Harrash dan Maira terus masuk ke dalam bilik setelah mendapat anggukan daripada Hannif. Aarash dan Airish diletakkan di tengah-tengah antara mereka. Tidak sampai beberapa minit didodoikan oleh Harrash dan Maira, kembar itu sudah lena dijemput mimpi.

"Sleep tight hubby."ucap Maira. Mata yang sudah semakin kuyu itu memandang wajah Harrash yang tersenyum.

"Sleep tight too sweetheart."balas Harrash sebelum mereka sama-sama diulit mimpi.

Keesokkannya, Aisyah berjalan menuju ke dapur. Dahinya berkerut melihat seorang wanita sedang memasak. Setahunya, hanya dayang sahaja yang akan memasak pada waktu pagi. Jarang pula orang lain akan masuk ke dapur pada waktu pagi.

"Eh Aisyah? Awal ke dapur."tegur Maira dengan senyuman.

"Bila kau balik?"Aisyah mengukirkan senyuman membalas senyuman Maira. Dia turut membantu Maira mengacau bihun goreng. Orang di dalam istana ini bukannya sedikit, tetapi ramai. Jadi makanan pun mestilah dalam kuantiti yang banyak.

"Semalam baru sampai."balas Maira sambil tangannya lincah memasak bubur.

"Ouh. Bubur tu untuk siapa?"soal Aisyah pelik. Tidak pernah-pernah pula dia tengok orang dalam istana ini makan bubur pada waktu pagi. Lainlah kalau ada yang sakit.

"Untuk Airish dengan Aarash. Semalam mereka meragam, hari ini mesti nak makan bubur. Biasalah kegemaran mereka."Maira tersengih. Teringat akan perangai si kembar itu. Airish suka makan bubur ayam yang ada sayur lobak. Tiada lobak, dia tak mahu makan. Aarash pula suka makan bubur ayam yang ada cendawan shiitake. Tak ada salah satu, mulalah merungut tak mahu makan.

"Ummi..."Harrash memanggil. Kiri kanan dia mendukung Airish dan Aarash.

"Ya? Dah bangun dah putera dan puteri ummi ni."ujar Maira. Pipi Aarash dan Airish diciumnya. Wangi!! Pasti Harrash sudah memandikan mereka.

"Ummi, Rash nak ubur awan. (bubur cendawan)"Aarash sudah memuncungkan mulutnya. Airish pula menyembamkan mukanya pada leher Harrash. Kantuk masih menguasai diri walaupun baru sahaja mandi.

"Ummi sejukkan dulu sekejap. Mari ummi dukung. Kesian baba, Aarash dah berat tahu?"usik Maira. Aarash diambil dan didukungnya. Aarash hanya tersengih. Leher Maira dipeluknya.

THE KING AND THE QUEENWhere stories live. Discover now