BAB 47

7.5K 287 0
                                    

Tegang sahaja situasi di markas itu. Shafiq dan Idham sudah ke Tapak Pertahanan Selatan untuk melihat pengawal-pengawal mereka yang mengalami kecederaan. Eyliz pula cuba merancang stategi baharu untuk menyerang pihak lawan di markas.

"Strategi ni dah elok. Saiful, beri tentera simpanan kelengkapan senjata yang baharu."arah Eyliz. Saiful hanya akur. Setelah semua bersiap sedia, mereka mula bergerak menuju ke Tapak Pertahanan Selatan.

Eyliz terkedu tatkala melihat mayat tenteranya bergelimpangan di atas tanah. Ada juga tentera yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan dan mengalami kecederaan yang serius. Tentera yang sudah berbaki sedikit masih lagi cuba menewaskan pihak musuh. Betapa sayangnya mereka terhadap negara mereka.

"Attaque!! (Serang!!)"jerit salah seorang tentera musuh sambil mara ke arah mereka.

"Serang!!"jerit Eyliz dengan suara lantangnya. Dia terus mara ke hadapan untuk melawan tentera musuh yang sudah berkurangan akibat bertempur dari malam tadi. Sungguh huru-hara keadaan di situ. Warna tanah sudah bertukar menjadi merah. Mayat-mayat semakin banyak bergelimpangan di atas tanah.

Satu pihak menggunakan taktik kejam untuk satu muslihat yang tidak diketahui. Tetapi yang pastinya, ia berkaitan dengan Florensia. Satu pihak lagi berjuang bermati-matian untuk negara mereka. Sanggup berkorban demi keamanan dan kesetiaan kepada negara.

Badan Eyliz sudah tercalar-balar. Tipulah hendak kata badannya tidak akan tercedera apabila bertempur. Badannya bukanlah kebal. Shafiq dan Idham pun turut tercedera.

Pagi sudah menjadi petang. Tentera musuh sudah pun berkurangan. Tentera Florensia pula mula menjumpai cahaya kemenangan apabila bilangan mereka melebihi bilangan tentera musuh.

Zapp!! Perut Shafiq dikelar oleh salah seorang tentera musuh yang masih berbaki. Pedih sekali rasanya. Belum sempat musuhnya itu hendak menikam dadanya, Shafiq lebih pantas menghayunkan pedang ke arah orang itu.

Tiada seorang pun tentera musuh yang hidup di kawasan itu. Kalau ada pun, yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja. Tentera Florensia yang masih terselamat sudah melakukan sujud syukur. Bersyukur kerana mereka berjaya memenangi pertempuran.

Rakan-rakan seperjuangan mereka yang sudah cedera dibawa ke hospital untuk diberi rawatan. Eyliz, Shafiq dan Idham turut membantu para tentera walaupun mereka sendiri cedera parah saat ini. Idham menghampiri Saiful yang terbaring lemah di atas tanah. Lantas tangan Saiful ditariknya untuk tolong berdiri.

"Congrats bro!! Kita semua menang."ujar Idham. Mereka berdua tersengih kecil. Bangga dapat menyelamatkan tanah air mereka.

Sritt!! Satu anak panah tajam menusuk tepat pada bahu kanan Idham. Saiful tersentak. Dengan menggunakan kudratnya yang semakin lemah, Saiful memanah ke arah orang yang telah memanah Idham.

"Susah betul nak mampus."geram Saiful. Mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta Idham yang terparkir elok. Mereka harus ke hospital. Saiful yakin, anak panah pada bahu Idham sudah disapu racun.

Eyliz dan Shafiq yang berada di hospital memerhatikan tentera mereka yang sedang dirawat sekilas. Mahu mendapatkan rawatan, hospital itu sudah sesak dengan tentera mereka. Pastinya doktor tidak mencukupi.

"Kau orang semua okey tak?"soal Idham setibanya di situ.

"Okey. Kau kenapa?"dahi Shafiq berkerut hairan melihat bibir Idham sudah membiru.

"Tuan Idham terkena anak panah beracun sebelum datang ke sini. Rasanya racun itu mula merebak dalam badan Tuan Idham. Bahu Tuan Idham sudah membiru."jelas Saiful.

"Haish kau ni! Papah dia ke kereta. Kita rawat dekat istana je."kata Eyliz. Dia turut membantu Saiful memapah Idham menuju ke arah kereta.

Eyliz memapah Shafiq yang kelihatan sedikit terhuyung-hayang masuk ke dalam istana. Tidak sampai beberapa langkah mereka berjalan melepasi pintu, Shafiq mula batuk sehingga mengeluarkan darah. Kecederaan yang dialaminya agak serius, tetapi dia hanya diamkan sahaja.

Dia tidak mahu merisaukan orang lain. Nasib baiklah dia sempat memakai baju lain sebelum sampai ke hospital tadi. Bajunya sudah koyak rabak kerana terkena hirisan pedang dan anak panah. Tetapi, menukar baju kepada baju yang baharu tidak mengubah apa-apa. Cecair darah tetap membasahi bajunya.

"Sekejap. Berhenti."pinta Shafiq. Kakinya sudah tidak berdaya untuk melangkah.

"Astaghfirullah al-azim! Hakim, Hannif, pergi panggil beberapa orang doktor sekarang."suruh Tengku Alyssa. Mereka berdua hanya akur.

"Kami minta maaf Mak Cik sebab bawa mereka datang sini. Hospital dah penuh."ujar Eyliz.

"Tak apalah Liz. Mak Cik tak kisah pun. Keselamatan kau orang yang penting sekarang ini. Pergi bawa mereka masuk dalam bilik."balas Tengku Alyssa.

"Baik Mak Cik. Berat gila kau ni. Kau orang berdua, lepas sembuh nanti, aku nak kau orang buat latihan banyak-banyak. Bersenang-lenang kau orang eh? Mentang-mentang dah pandai menembak itu ini. Bila turun bertempur habis calar balar macam ini."bebel Eyliz.

"Woii!! Tak nak aku!!"serentak Idham dan Shafiq berkata. Harrash menggelengkan kepala.

"Kau pun apa kurangnya? Cedera jugakan?"protes Idham.

"Dah tak payah gaduh!! Kesimpulannya, kau orang bertiga akan buat latihan sama-sama. Jangan nak mengelak!!"Harrash memberikan arahan.

"Aku Ketua Tentera!! Takkan kena juga?"geram Eyliz. Shafiq memulas tangan Eyliz secara tiba-tiba membuatkan Eyliz menjerit kuat. Sakit betul rasanya.

"Sakitlah setan!!"marah Eyliz.

"Tengok! Tangan kau pun terkehel. Paha dengan bahu pun cedera."Shafiq mencebik. Izzuan yang baru sahaja tiba membulatkan matanya mendengar kata-kata Shafiq.

"Tak boleh jadi ni. Dah jom masuk dapatkan rawatan dulu."ajak Izzuan. Eyliz ditariknya masuk ke dalam bilik untuk dirawat.

•••

Izzuan melangkah masuk ke dalam bilik tetamu yang menempatkan Eyliz. Langsung tiada senyuman meniti di bibirnya. Dia risaukan keadaan Eyliz. Maira dan Tengku Alyssa yang berada di situ mula keluar untuk membiarkan Izzuan dan Eyliz bercakap. Doktor yang sudah menyelesaikan tugasannya turut keluar.

"Awak dah makin okey ke?"soal Izzuan. Eyliz mengangguk lemah. Telefon yang berada di atas meja lampu cuba dicapainya untuk menelefon seseorang, namun Izzuan lebih pantas mencapai telefon itu.

"Rehatlah dulu. Pasal kerja awak tu, tak boleh ke tinggal sekejap?"ujar Izzuan. Geram pula dia dengan Eyliz. Sudah sakit parah pun masih lagi hendak mempedulikan perihal kerja.

"Bagi telefon saya balik. Sekejap je."pinta Eyliz. Izzuan melepaskan keluhan berat.

"Okey. Sekejap je. Lepas tu tidur, rehat."suruh Izzuan. Telefon diberi kepada Eyliz setelah mendapat anggukan daripada Eyliz. Lantas Eyliz mendail nombor anak buahnya yang terselamat.

"Semua orang yang tercedera dah dapat rawatan ke?"soal Eyliz. Dikala sakit, dia masih lagi mementingkan anak buahnya yang merupakan Tentera Florensia. Kerana merekalah, tanah air mereka mendapat keamanan. Merekalah pewira yang sebenar dan merekalah keluarga Eyliz.

"Sudah Cik."balas Hamdan.

"Baguslah. Aku nak kau minta bantuan beberapa orang tentera dari Tapak Pertahanan Timur untuk usung mayat rakan-rakan kita yang telah terkorban. Mereka layak mendapat penghormatan yang sewajarnya."arah Eyliz. Sebak terasa apabila mengingati tenteranya yang telah terkorban.

"Baik Cik. Ada apa-apa lagi?"soal Hamdan. Matanya masih sibuk meneliti senarai nama rakan-rakan seperjuangan mereka yang masih lagi selamat.

"Ada satu lagi, arahkan tentera TPU untuk berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan berkawal dekat TPU dan satu lagi dekat TPS. Itu sahaja."

"Baiklah Cik."balas Hamdan. Mendengar balasan daripada Hamdan, Eyliz terus menutup telefonnya.

"Awak dah sudah telefon kan? Saya nak, awak serahkan telefon tu dekat saya. Saya akan pegang."ujar Izzuan.

"Eh? Tapi kenapa pula?"soal Eyliz pelik.

"Tak payah banyak tanya. Serahkan sahaja telefon awak tu. Sekarang tidur."suruh Izzuan seraya mengambil telefon dari tangan Eyliz.

"Iyalah."balas Eyliz mengalah. Matanya juga sudah kuyu dari tadi lagi. Mungkin disebabkan kesan daripada ubat.

"Sleep tight. I love you."ucap Izzuan.

"I love you too."sempat Eyliz membalas. Izzuan mengukirkan senyuman walaupun Eyliz tidak melihatnya.

THE KING AND THE QUEENWhere stories live. Discover now