Bab 5

10.1K 664 15
                                    

5 Troublemaker pergi ke rooftop untuk menyejukkan hati yang panas. Masing-masing berwajah dingin dan tegang.

"Eeeee, pondan punya lelaki! Geram aku!" jerit Fatin.

"Sabarlah wei, ada ubi ada batas ada hari kita balas," kata Nurin dengan senyuman sinis.

Krek!

Pintu rooftop dibuka.

5 Prince mendekati 5 Troublemaker. Si gadis sekadar memerhati sambil berpeluk tubuh.

"Kau nak apa? nak hantar kitaorang pergi bilik disiplin lagi sebab ponteng kelas?" sindir Fina.

"Kitaorang datang sebab nak minta maaf," kata Eric perlahan.

"Huh! Pergi mampuslah dengan maaf kau tu," kata Nurin dingin.

"Kasarnya bahasa, ingat sikit kau tu perempuan bukannya lelaki. Jangan berlagak kasar kalau dah memang sifat wanita ni dijadikan lemah lembut dan sopan santun," tegur Riz Aiman.

"Erghhh, Fine! Tapi dengan satu syarat." Nurin merengus kasar sebelum dia mencebik sinis.

"Apa dia?" tanya Riz Aiman dengan nada malas.

"Jadi slave kitaorang selama sebulan, senang je duduk dengan kitaorang lepastu masak, basuh baju, lipat baju, senang kan?" jawab Nurin selamba.

"Kau gila ke?" Terjengil mata Syazwan dibuatnya.

"Up to you. Tapi... kalau jawatan korang kena lucut aku tak bertanggungjawab," sindir Mia dengan senyuman kemenangan.

"Ouh lagi satu, jadi driver sekali. Penatlah asik kena drive," kata Luna dengan mimik muka sedih.

" Kau ni agak-agaklah, takkan kitaorang nak tidur serumah dengan korang," luah Faniq tak puas hati.

"Rumah aku besar, cukup seorang satu bilik lagipun kita ramai-ramai bukan berduaan. Eleh, aku pun tak ingin nak kahwin free dengan kau," kata Nurin sambil menggoyangkan bahu. Riak wajah yang dirinya geli juga ditayang.

"Ok aku setuju. Lepas sebulan ni ada pertandingan menyanyi jadi aku cabar korang untuk gabung dengan kitaorang wakil sekolah. Deal?" kata Riz Aiman.

"Deal." Nurin memberikan kata putus.

"Bye, jangan lupa esok tugas korang start, so malam ni bolehlah bawa baju hantar kat rumah, bestnya lepas ni ada orang gaji," kata Fina sambil tertawa kecil.

5 Prince menjeling si gadis sebelum berlalu pergi. Tidak betah untuk berlama-lama di situ.

"Aku tak sabar nak buli diorang," kata Luna teruja.

"Aku pun." Nurin, Fatin, Fina
dan Mia berkata serentak.

5 Troublemaker masuk ke dalam kelas seperti biasa walaupun sudah lambat 1 jam.

Semasa masuk ke kelas 5 Prince sempat menghadiahkan jelingan maut

5 Troublemaker? Muka selambalah. Macam diorang kesah.

Nurin buat tidak endah apabila mendapat renungan tajam daripada Diva Girls. Who care?

"Sebelum balik, cikgu nak menjemput Riz Aiman untuk menyanyikan sebuah lagu," kata Cikgu Mirah a.k.a cikgu Muzik.

Membuntang mata Riz Aiman.

"Kenapa saya cikgu?" tanya Riz tak puas hati.

"Sebab suara kamu sedap jadi Cikgu nak kamu jadi contoh," terang Cikgu Mirah. 

5 Troublemaker masing-masing mengulum senyum. 

Riz Aiman mengeluh berat. Ini tidak adil! Dia bangun dan berjalan ke depan kelas.

"Sebelum tu saya nak jemput Nurin untuk duet dengan saya, boleh cikgu?" tanya Riz dengan senyuman penuh makna.

"Boleh, cikgu tak kisah," jawab Cikgu Mirah.

Tersedak Nurin dibuatnya. Sudahlah dia tengah minum air. Membulat mata dia apabila namanya tiba-tiba sahaja disebut.

Nurin memandang lelaki itu tajam tetapi Riz Aiman menayangkan muka selamba. Yang lain sudah bertepuk tangan mengalukan kedatangan mereka. Nurin pergi juga ke hadapan.

"Kami akan menyanyikan lagu...."

Done bab 5 🌈🍰

Don't forget to vote and comment 💕😁

1 | 5 Prince Vs 5 Troublemaker ✔️Where stories live. Discover now