Bab 20

7.5K 511 28
                                    

Arian mengetuai perjalanan ke bawah tanah itu. Sebaik sahaja turun di tangga yang terakhir, laluan itu diterangi dengan lilin yang menyala sendiri.

"Daebak lah! Atuk buat tempat macam ni," kata Luna teruja.

"Tulah pandai gila pengetua. Gaisss... macam jalan mati je," kata Syazwan.

Mereka berhenti di hadapan sebuah dinding. Terdapat sebuah mesin yang melekat di dinding tersebut.

"Kena masukkan kata laluan lah," rungut Riz.

"Hermmm... cuba try birthday pengetua," cadang Dayat.

Riz menekan papan kekunci mesin itu, 12/5/73.

Mesin itu memberi tindak balas
'Error'.

Riz mengeluh berat.

"Mesin ni boleh masukkan nombor je. Hermm... cuba try birthday Nurin pula," cadang Fina.

Riz memandang Nurin dengan pandangan meminta sesuatu.

"8 Julai 2001," kata Nurin.

Riz menekan tarikh lahir Nurin tetapi tetap 'Error'.

Riz mengeluh lagi.

"Try birthday Fina pula," cadang Luna.

"11 Februari 2001," kata Fina.

Riz menekan papan kunci itu lagi sekali.

Tetapi...

Tetap 'Error'.

"Eeee mesin ni, nak attention ke apa? Aku bagi penumbuk jugak karang," bengang Eric.

"Sayang, dari bagi dekat mesin baik bagi dekat I," kata Faniq lembut.

"Hermmm ok sayang. Apa-apa je untuk you," balas Eric.

"Ok sayang, balik nanti kita dating eh?" kata Faniq lagi sambil tersengih nakal.

Kemudian mereka ketawa sendiri. "Hahahaha!"

"Apalah korang ni, gay tak bertempat," perli Mia.

"Kenapa you jealous eh? Dinda jangan marah-marah, takut nanti lekas tua. Kanda setia orangnya, takkan pernah mendua," kata Faniq sambil menyanyi.

Mia memutarkan matanya. Geram pulak dia dengan perangai Faniq.

"Diamlah tak terpikat pun dengan suara sengau kau tu," bidas Mia.

Faniq menjeling.

"Riz cuba try birthday Fatin pula," cadang Mia.

"17 Julai 2001," kata Fatin.

Riz menekan lagi sekali tetapi hasil tetap sama. 'Error'.

"Aku rasa takde kena mengena dengan birthday korang. Apa kata masukkan tarikh Devil Queen ditubuhkan," cadang Dayat.

"Pandai jugak kau," kata Fatin.

"Aku memang pandai plus handsome kau je yang tak tau," puji Dayat sendiri.

"Stupid, menyampah aku," kata Fatin selamba.

"Dah lah, bising tau tak?" marah Fina.

"13 Januari 1989 tak silap," kata Nurin.

"Bismillah, kalau tak boleh jugak sumpah aku nak rosakkan mesin ni," kata Riz.

Riz menekan papan kekunci mesin itu dan yessssss finally it's correct!

Mereka semua melompat kegembiraan.

Tiba-tiba...

Dinding itu terbuka sendiri dan terdapat sebuah bilik disebalik dinding. Mereka masuk bersama-sama.

Di dalam bilik itu terdapat sebuah meja yang berbentuk bulatan dan agak besar. Di atas meja itu pula terdapat sebuah kotak. Mereka menghampiri kotak itu.

"Nurin bukalah," arah Riz.

Nurin mengambil kotak itu. Jarinya terketar-ketar sedikit. Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Terdapat satu peta di dalamnya.

"Peta," gumam Nurin.

Mereka melihat peta itu bersama-sama.

"Ini bukan ke dekat bangunan lama yang orang kata berhantu tu?" kata Luna.

"Huwaa janganlah, aku takut hantu betina kat sana tergoda dengan kekacakan aku," kata Syazwan sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Perasantan betul, muka macam Bangla jual karpet adalah," perli Luna.

"Eh sayang, kenapa nak perah santan? kita kan dekat bawah tanah bukan kedai runcit," balas Syazwan sambil tersengih.

"Eh kau ni, memang nak mati awal ke? Aku tembak kang tak sempat nak bertaubat," kata Luna dengan nada geram.

"Sudahlah tu gaduhnya, aku rasa memang dekat situ. Patutlah kena balik Malaysia, huarggg malas nak sekolah," kata Eric sambil mengeliat kecil.

"Harap je pengawas, hampeh betul," sindir Fina.

"Luna yang start dulu, huh!" rungut Syazwan. Dirinya masih tidak berpuas hati.

"Eh, kau yang mula dulu! Nak gaduh jomlah," bengang Luna.

"Baik korang berhenti sebelum aku bunuh dua-dua," kata Nurin berbaur amaran tegas. Pandangannya juga turut tajam.

Terus diam yang lain apabila melihat Nurin sudah mula serius. Termasuk Luna dan Syazwan yang dari tadi bertekak.

"Jomlah keluar, pergi jalan-jalan ke? esok nak kena balik," kata Faniq.

Mereka semua mengangguk setuju. Sebelum balik esok dan mendapat tekanan lebih baik mereka tenangkan fikiran hari ni.

Done Bab 20 🌈🎈

Don't forget to vote and comment 💕😁

Yeaaaa, author dah berjaya edit 20 bab 👏

Lagi sepuluh bab cerita ni nak tamat 😁

1 | 5 Prince Vs 5 Troublemaker ✔️On viuen les histories. Descobreix ara