Bab 26

7.1K 525 51
                                    

Keesokan paginya 5 Troublemaker pergi ke sekolah seperti biasa. Banyak mata-mata memandang ke arah mereka. Sedang mereka jalan, datang seorang junior ke arah mereka.

"Akak pengetua panggil," kata junior itu.

5 Troublemaker mengeluh, ni mesti si minah jebon tu mengadu. Dasar sotong!!

Mereka bergerak ke pejabat. Lupa nak bagitau lepas atuk diorang meninggal, abang sepupu mereka yang mengambil alih, Tengku Haris Iskandar.

Mereka masuk ke dalam bilik pengetua, kelihatan Diva Girls dan 5 Prince sudah tiba.

Dhiya tersenyum sinis manakala Nurin buat roll eyes.

"Ingat dah mampus, hidup lagi rupanya," kata Nurin dalam hati.

"Apa kamu semua buat semalam?" tanya pengetua dingin.

Nurin mengetuk dagunya. Berpura-pura berfikir.

"Buat apa eh semalam? Hermmm... ouh macam biasalah buat kerja sekolah separuh. Hermm... buat ke? rasanya tak, tidur pun ye, makan? of courselah perkara wajib. Lagi buat apa eh semalam girls?" jawab Nurin selamba.

"Hermm... Ouh! Satu kau tertinggal Nurin, memancing sotong," kata Fina sambil tersenyum mengejek ke arah Diva Girls.

"Yeahh, pengetua nak tau tak semalam kitaorang tangkap sotong guna jaring, lepastu basuh dia biar bersih daripada segala kekotoran lagi-lagi dekat hati tu, lepastu kitaorang salut dia dengan telur. Pffffft... best pengetua! Kitaorang main masak-masak semalam," kata Fatin pula, dia tersenyum sinis.

Diva Girls mengepal tangan masing-masing dengan erat. Wajahnya merah kerana marah.

"Haah, semalam nak goreng sekali tapi tulah terlalu besar lepastu banyak sangat sotong tu buat dosa, so tak jadilah takut berjangkit," sindir Mia.

Bam!

Meja di tepuk. Semua di situ terkejut.

"Korang tau tak korang dah melampau?!" jerkah pengetua.

5 Troublemaker bereaksi selamba. Lagipun memang bukan salah mereka jadi buat apa nak mengaku salah.

"Tak tau dan tak nak tau," jawab Nurin selamba.

"Menjawab! Itu je tau, kesian betul dengan mak bapak korang sebab dapat anak yang takde adab," sindir pengetua sinis.

Berdesing telinga 5 Troublemaker mendengar hinaan tersebut. Mereka memandang pengetua dengan pandangan tajam.

Nurin yang dah berasap melipat lengan bajunya sedikit.

"Mulut tu jaga sikit. Kau yang tanya jadi aku jawablah. Ke kau ni ada penyakit nyanyuk? Ish, ish, ish kesian. Kau tak kenal kami siapa even kau abang sepupu kitaorang, ingat sikit yang jawatan kau dekat sekolah ni bukan selamanya sebab genap umur kitaorang 18 tahun, sekolah ni hak milik kami, remember that ", kata Nurin sinis

"Ouh, one more thing. Rahsia kau semua dalam genggaman aku, be careful sebab aku takut tiba-tiba boom!! Rahsia tu pecah. Hahahaha!" kata Fina sambil ketawa, mukanya creepy. Tidak ubah seperti seorang psiko.

Pengetua mengetap giginya. Wajahnya tegang dan serius. Kemudian dia juga tersenyum sinis.

"Just wait, suatu hari nanti kau akan sujud bawah kaki aku," kata Tengku Haris.

"Yeahh I'm waiting for that," jawab Nurin sinis.

"Dah aku nak blah, panas dekat sini macam dekat neraka," bidas Nurin.

5 Prince yang tak tau apa-apa mengikuti langkah 5 Troublemaker keluar.

Dhiya mencebik sebelum dia duduk di atas riba Tengku Haris Iskandar dengan senyuman menggoda.

"You! kenapa lepaskan diorang? I dahlah bengang dengan diorang," rungut Dhiya dalam nada geram.

Haris tersenyum seraya memeluk pinggang Dhiya.

"Just wait sayang, I akan buat diorang merana," kata Tengku Haris sambil tersenyum sinis. Dia mencium pipi Dhiya lembut.

Dhiya tersipu-sipu malu dengan wajahnya yang kian memerah.

"You ni, nakal," kata Dhiya lalu memukul lembut dada Tengku Haris.

Tanpa mereka sedar Nurin memerhati dengan senyuman sinis. 

"Nak buat aku merana? Huh! Kita tengok siapa menang dalam permainan ciptaan kau sendiri."








5 Troublemaker pov

"Nurin kenapa kau buat macam tu dekat diorang?" tanya Riz.

Suasana di kantin senyap sunyi kerana pelajar yang lain masih lagi di dalam kelas, belajar. Tak pasal-pasal 5 Prince pun terjebak.

"Saja, biar 5 ekor jebon tu tau langit ni tinggi ke rendah. Siapa suruh cari pasal? Padan muka," jawab Nurin selamba.

5 Prince menggelengkan kepala, kalau diberi nasihat bukannya nak dengar pun. Tak makan saman ini orang.

"So, bila kita nak cari permata tu?" tanya Faniq.

"Hermm... bila-bila korang free tapi sebelum tu ada benda aku kena settled dengan jantan keparat tu," jawab Nurin dingin.

"Ouh kalau macam tu minggu depan on tak on?" tanya Riz.

"Kau ni, ingat on tak on lepak mamak ke?" celah Syazwan.

Dayat mengerutkan dahinya. Ada banyak persoalan di benak fikiranya. Banyak betul rahsia yang gadis-gadis itu sorokkan.

"Jantan keparat? Pengetua ke?" tanya Dayat.

"Yelah siapa lagi, tak padan dengan umur 25 tahun, menggatal je tau," bebel Fatin.

"Ok lah, kitaorang ada benda nak kena uruskan, gerak lu paper roger," kata Nurin.

"Kau nak ponteng eh?" tanya Eric sambil tersengih.

"Hehehhehe sekali sekala, bye, bye," jawab Fina sambil buat peace.

Eric tersenyum. "Comel," gumamnya perlahan.

"Apa comel-comel? Ye aku tau aku comel," puji Faniq sendiri.

Eric menjeling.

"Eh Bab 1, diam! Aku mandikan kau dengan air tanah nanti," marah Eric.

Faniq menjeling. Mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.



Done bab 26 🌈🎈

Don't forget to vote and comment 💕😁

Berdebar tak lagi 4 bab nak habis?
👀👀

1 | 5 Prince Vs 5 Troublemaker ✔️Where stories live. Discover now