Bab 18

7.6K 597 33
                                    

Pagi itu, Nurin, Fina, Fatin, Luna dan Mia turun ke bawah sambil menguap. Tudung juga dipakai ala kadar sahaja.

"Astaghfirullahazim, budak-budak ni dengan tak mandi lagi? Dah pukul 11 pagi tau tak. Tak tau malu betul," bebel Arian.

"Chill brother, ngantuk lah plus lapar. sarapan dah siap ke?" tanya Fina selamba.

Arian menjengilkan matanya. Kecik-besar, kecik-besar je dia pandang adiknya itu.

"Eric kau tengok future wife kau ni, dasar pemalas," sindir Arian.

"Kepala hotak mu! Macamlah selama ni dia yang buat sarapan," sindir Fina sambil menjeling tajam.

"Kalau betul pun apa salahnya kan sayang ", usik Eric

"Oh my gosh, please stop. Bising tau tak?" marah Nurin.

"Dia yang start dulu. Abang dah siap masak belum?" rengek Fina manja.

"Dah sayang," usik Eric sambil tersengih.

"Oi Bangla, aku tanya Arian bukan kau, sibuk jer," sindir Fina dengan jelingan tajam.

"Abang ipar kenapa adik awak ni garang sangat, takut titew," kata Eric dengan mimik muka takut.

"Astaghfirullahazim, orang gila mana yang baru keluar dari hospital ni?" sindir Syazwan sambil membawa semangkuk mee goreng ke meja makan.

"Yeaaaaa makanan," sorak Luna persis kanak-kanak kecil.

Alex dan Arian menepuk dahi sebelum menggelengkan kepala. Pening dengan perangai tak semenggah 5 orang gadis itu.

"Wahai adik-adik ku yang comel lagikan cantik, pergilah mandi dulu," perli Alex.

"Taknak, dah lapar," balas Luna lalu duduk di meja makan dengan selamba.

"Suka hatilah, nanti lepas makan mandi. Aku nak bincang pasal map tu. Nurin kau simpan dekat mana?" tanya Arian.

"Ada ni dalam kocek, even pergi tandas pun aku bawak. Hahahaha," jawab Nurin sambil tergelak.

"Fuhhhhhhh, bau apa la yang ada dekat sampul tu agaknya?" sindir Riz.

Riz mengangkat bahu dengan mimik muka geli. Seolah-olah geli-geliman dengan jawapan gadis itu.

"Bau dia tak leh bawak bincang kot," sampuk Dayat.

"Bodoh, fikir lain. Dasar otak blue plus yellow betul," marah Fatin dengan pandangan tajam.

"Tau takpe, Ya-Allah kau ampunilah dosa mereka, aminn..."

Nurin menadah tangannya membaca doa lalu diraup ke muka setelah selesai.

Riz dan Dayat mencebik.

"Terima kasih untuk doa yang tak berapa nak ikhlas tu, semoga semua dosa aku diampunkan," sindir Riz.

Nurin menjeling. Dia mengambil pinggan lalu mencedok mee goreng. Telan air liur dia dibuatnya.

"Malas nak layan, makan lagi bagus," kata Nurin.

"Tau pun. Kitaorang dah tambah 3 kali, kau baru habis gaduh," perli Faniq.

"Kau kan memang kuat makan, tak padan kurus macam lidi," perli Mia.

"Pembetulan, bukan kitaorang tapi kau seorang," kata Fina.

"Dah, dah, jangan bercakap. Nabi pesan makan tak elok bercakap," kata Eric.

"Yelah." 

Eric tersenyum.

5 Troublemaker cepat-cepat sarapan dan naik ke atas untuk mandi. Takut nanti ada abang singa mengamuk.
Selepas 1 jam, mereka berkumpul di ruang tamu.

"Bukalah, sampul tu," arah Riz.

Nurin membuka sampul tersebut perlahan-lahan.

Ada sekeping kertas yang dilipat.  Nurin mengeluarkan lalu membaca isi kandungan surat itu kuat-kuat.

"Buat cucu atuk yang disayangi, peta sebenar ada di suatu tempat untuk keselamatan. Pergilah tempat di mana kamu berlima meluahkan perasaan secara senyap," baca Nurin.

"Ingat, lepas dapat peta terus balik Malaysia sebab berlian tiada di sini.  Awas dengan musuh yang memerhati," baca Nurin lagi.

"Cluenya cari sesuatu yang berbeza di tempat itu, atuk percaya kamu berjaya jumpa. Goodluck SPM! Atuk sayang kamu semua," baca Nurin untuk ayat yang terakhir.

"Hermm apa agaknya?" gumam Alex dengan wajah tertanya.

Muka 5 Troublemaker kembali muram. Kini tiada lagi atuk tersayang untuk membebel di sekolah. Semuanya akan berubah.


Done Bab 17 🌈🍰

Don't forget to vote and comment 💕😁

1 | 5 Prince Vs 5 Troublemaker ✔️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα