Bab 22

7.2K 510 39
                                    

Keesokan paginya, mereka mengemas pakaian untuk pulang ke Malaysia. 4 kereta BMW berwarna pink menunggu di depan rumah.

Dragon Killer tercengang. Masing-masing terlopong mulut melihat kereta BMW yang berwarna merah jambu itu. Sudahlah terang bakhang!

"Jangan kata kena naik kereta ni," kata Riz.

Nurin tersenyum sinis.

"Malangnya, ye Encik Riz Aiman," balas Nurin.

"Weiiii... kenapa pink? Banyak lagi warna lain," rengek Faniq dengan wajah cemberut. Pink? Ish, habis jatuh sahamnya!

"Tulah, kata mafia tapi hati lembut suka warna pink," perli Eric pula.

Devil Queen menjeling tajam sebelum masing-masing mencebik.

"Mafia ke tak mafia jantina kitaorang tetap perempuan. So what? Comel apa warna pink, tak boleh buat boyfriend lah korang ni," kata Fina.

"Eh, awak nak saya jadi boyfriend awak? Terharunya," usik Eric.

"Eh titew pun nak jugak jadi boyfriend awak," usik Syazwan pula.

Luna tersenyum lebar dengan penuh maksud yang tersirat. Sebelum senyuman itu bertukar sinis.

"Boleh, tapi lepas kau masuk kubur," sindir Luna.

"Awak tak baik doakan kita masuk kubur, kalau nak doa, doa dua-dua masuk. Barulah cinta till jannah," usik Syazwan lagi.

Luna menjeling tajam.

"Siapa je nak cinta kau till jannah, perasaan," perli Luna.

"Sampai hati awak tak sudi, kita nak lari lah. Hiks," usik Syazwan sambil pura-pura nangis.

"Bila nak habis drama korang ni? Aku dah mengantuk," sindir Fatin yang sedari tadi memerhati.

"Tulah, aku pun menyampah. Nak sweet-sweet pergi kahwinlah," sokong Dayat.

"Apa, kau nak khawin dengan Fatin?" jerit Faniq tiba-tiba dengan wajah selamba.

Dayat dan Fatin menjeling tajam. Dayat pula sudah menunjukkan penumbuk sulungnya.

"Dah jom naik kereta, aku penat tunggu," kata Nurin.

Dragon Killer mengeluh nampaknya kenalah mengalah naik kereta warna pink, huarggg!

Lambaian terakhir buat Arian dan Alex juga turut diberikan.

"Bye abang!" kata Fina.

"Bye, hati-hati dekat sana," balas Arian sebak.

Kereta BMW mereka meluncur laju membelah jalan raya menuju ke lapangan terbang.

Sampai sahaja di sana, mereka terus ke laluan khas untuk naik personal flight.

"Wei duduklah ikut partner, tak adil lah," kata Luna dengan wajahnya yang masam.

Masing-masing berpandangan sebelum akhirnya akur dengan Luna. 

"Fine."

Nurin and Riz pov

Nurin mendengus geram sebelum kakinya dihentak sedikit.

"Eeeee, Riz aku nak duduk tepi tingkaplah," marah Nurin.

Riz menjeling.

"Do I care? Suka hatilah bukan flight bapak kau pun," perli Riz selamba.

"Memanglah bukan bapak aku punya tapi aku nak duduk situ," balas Nurin.
Dia menjeling tajam.

"Dahlah, duduk jelah sebelah bukannya mati pun kalau tak duduk tepi tingkap," bidas Riz geram.

Nurin menjeling lalu duduk di kerusi sebelah Riz.

"Kau tau tak apa beza kau dengan matahari?" tanya Nurin tiba-tiba.

Riz mengangkat keningnya. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman mengejek.

"Kau nak ngorat aku dengan pike up line tu ke? sorrylah tak cair," jawab Riz sinis.

Nurin tersenyum sinis.

"Jawablah. Ke.... kau tak tau," kata Nurin dengan nada menyindir.

Riz menjeling tajam, terasa tercabar dengan ayat Nurin.

"Tau, matahari menerangi bumi tapi aku menerangi hati aku," jawab Riz dengan senyuman manis. Matanya juga sempat dikenyitkan.

Nurin terpaku tetapi cepat-cepat dia mengawal perasaannya tika itu. Tidak mungkin dia akan jatuh hati hanya dengan senyuman tu.

Nurin tersenyum penuh makna.

"Salah. Jawapannya takde beza dua-dua bikin panas," jawab Nurin selamba.

Riz tercengang.

Biar betul, gila dingin!

Minah ice betul!

Luna dan Syazwan pov

Luna mengeluarkan coklat di dalam begnya lalu makan dengan penuh selera. Mata sampai tertutup kerana menikmati rasa coklat itu.

Syazwan di sebelah menggelengkan kepala, kemudian timbul idea jahat di benak fikirannya.

Coklat yang tinggal sikit itu dirampas oleh Syazwan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya dengan selamba.

Luna tercengang sebelum wajahnya bertukar bengis.

"kau kenapa setan? Aku tak kacau kau kan," tengking Luna tiba-tiba.

Mujur sahaja mereka naik personal flight. 5 Troublemaker sudah menelan air liur kesat manakala 5 Prince berkerut dahi dengan perangai Luna yang berubah secara drastik itu.

"Kau asal nak marah? Coklat je kan," tengking Syazwan pula.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Syazwan.

Syazwan terkedu.

"Kau kata coklat je? Kau tau tak coklat tu dari..." kata-kata Luna terhenti.

Tangan yang menampar Syazwan tadi dilihat sekilas. Tangannya menggigil.
Matanya berair.

"Aku... aku minta maaf ," kata Luna lalu terus berlari ke bilik air.

5 Prince masih lagi tertanya manakala Syazwan keliru dengan keadaan sekarang. Apa dah jadi sebenarnya?

Done Bab 22 🌈🎈

Don't forget to vote and comment 💕😉

Apa terjadi pada Luna? kenapa dia marah sangat?

Nak tau? Next chapter okey ✨

1 | 5 Prince Vs 5 Troublemaker ✔️Where stories live. Discover now