KYD 7 ¦

4.8K 486 78
                                    

[ Disclaimer: any medical fact written in this chapter is based on my research + experience only dan juga setelah merujuk kepada seorang sahabat saya yang sedang study in medical course. Maafkan saya jika if the content sounds ridiculous. But once again, ini hanya cerita rekaan semata-mata so don't take it too hard. Thank you. ]

Haura merenung sayu barang-barang hantaran yang tersusun cantik di sudut bilik. Kesemua barang tersebut masih elok terletak di dalam ceper walaupun sudah dibiarkan bertahun lamanya. Mungkin disebabkan dijaga rapi, barang-barang tersebut masih kelihatan cantik.

Senyuman diukir saat mengingati kembali detik dia bertungkus lumus mengubah sendiri hiasan tersebut. Betapa waktu itu dirinya merupakan gadis yang paling bahagia di dunia ini.

'I love you sayang'

'My princess...'

Bisikan itu kembali bergema di gegendang telinganya. Kalam yang begitu dia rindu. Serentak itu, air matanya gugur tanpa dapat ditahan lagi.

"I sayang you . Sangat sangat. I rindu tapi I tahu, I tiada kuasa untuk buat you ingat semula pada I"

Haura terduduk di atas katil. Dia seolah hilang harapan untuk berharap lagi. 10 tahun sudah berlalu namun tiada tanda-tanda bahawa lelaki itu akan mengingati dirinya.

Haura menekup wajahnya dengan bantal dan menjerit semahunya. Cuba dilepaskan rasa kecewa yang begitu menghenyak perasaan.

Sudah dua tahun semenjak Haziq memutuskan tali pertunangan mereka berdua.

Sehingga ke hari ini Haura masih tidak dapat menerima kenyataan pahit itu lebih-lebih lagi lelaki pujaan hatinya itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lepas.

Hampir setiap malam dirinya menangis dan terus menangis mengharapkan ada keajaiban yang berlaku.

Setiap malam dia berimaginasi bahawa Haziq akan mengetuk pintu rumahnya dan berlari kepadanya untuk mengungkapkan kata cinta dan rindu.

Namun Haura sedar semua itu sungguh mustahil untuk berlaku apabila lelaki itu benar-benar sudah melupakan dia.

Kata-kata doktor yang merawat Haziq suatu ketika dahulu kembali terngiang-ngiang di mindanya.

'He had gone through a severe depression, miss. Based on his condition, dia kelihatan sudah lama menderita dan mengalami trauma yang terlalu teruk. Dissociative Amnesia. Depressi yang terlalu teruk which might be the result of traumatic event, dan sikap pesakit sendiri yang tidak mahu mengambil ubat atas nasihat yang disarankan...has lead to dissociative amnesia. Lagi satu, menurut ahli keluarganya, ayah kepada pesakit juga telah mengalami penyakit yang sama. Ini menunjukkan penyakit yang dialami Encik Haziq disebabkan tali keturunan juga.

'Untuk kes Encik Haziq ni, kes dia boleh dikategorikan sebagai a rare case. I have never encountered this kind of case before, so I as a doctor couldn't guarantee that he will gain his memory back about you, seems like you are the only person he totally forget'

'I come to a conclusion that...I'm sorry for saying this...but I think you must be someone yang memenuhi fikiran dia sebelum dia collapsed. Banyakkan berdoa, semoga ada keajaiban yang bakal berlaku'

Hati Haura semakin luluh saat teringat kembali penerangan doktor tersebut. Siapa tidak kecewa jika hanya dia satu-satunya manusia yang lelaki itu lupa.

"You terlalu sayangkan I Haziq...tolonglah ingat I kembali. I adalah gadis yang awak cinta...bukan dia" Haura merintih dalam tangisannya.

"Haura, jangan menangis lagi nak"

Haura tersentak dan segera duduk di atas katil semula. Dilap kasar pipi basahnya dan cuba mengukirkan senyuman manis buat abahnya.

Kalam Yang Dinanti [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now