KYD 10 ¦

4.9K 441 76
                                    

My heart keeps bleeding
If I could turn back the clock
Make sure the light defeated the dark

¥¥

Haziq membuka pintu rumahnya perlahan-lahan dan menjenguk ke dalam. Rumah tersebut masih sunyi sama seperti waktu dia keluar dari situ dua malam yang lepas.

Setelah mendapatkan pelepasan doktor kerana demamnya yang sudah surut, Haziq segera bergerak pulang.

Jujur dia merasakan sedikit terkilan apabila selama dua hari dia menghilangkan diri, tiada sedikitpun isterinya itu bertanya khabar. Apabila Haziq sendiri yang menelefon, semua panggilan dibiarkan tidak berjawab. Apa dirinya langsung tidak bermakna untuk wanita itu?

"Iris?"

Haziq memanggil lembut saat kaki menjejaki lantai ruang tamu itu. Penghuni rumah ini memang hanya ada dia dan Iris memandangkan ibu mertuanya itu sedang berada di rumah saudaranya selama seminggu. Ketiadaan ibu mertuanya itu telah membuka ruang pergaduhan dan jurang yang lebih besar antara dia dan isterinya.

Haziq bergerak menaiki anak tangga dengan harapan isterinya sedang berada di dalam bilik.

Pintu bilik dikuak namun keluhan hampa dilepaskan apabila bilik itu juga kosong dan sunyi, tidak ubah seperti hatinya saat ini.

Anak matanya lebih cepat tertancap pada sekeping kertas yang terletak elok pada meja solek di sudut bilik.

Saya tidur rumah Ayra for three days. I need time.

Haziq tertawa perit dan direnyukkan kertas tersebut sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah. Dia merasakan perkahwinan yang baru berusia dua bulan ini seolah satu sumpahan derita buat dirinya.

'Jika betul awak rasa tidak dihargai, lebih baik awak menarik diri terlebih dahulu sebelum awak semakin terluka. Awak tak perlu terlalu mencuba jika awak sendiri tak mampu'

Kata-kata Haura kelmarin kembali menganggu fikirannya. Haziq menggeleng laju dan mengeraskan hatinya kembali. Dia tertawa kecil lagi dan lagi namun kali ini kedengaran lebih pedih dan penuh keterlukaan. Ketawa yang cuba dibuat-buat untuk menutup rasa perit yang sebenar.

"Terlalu awal untuk aku mengalah. Come one, Haziq"

Haziq cuba mengukir senyuman dengan rasa semangat yang begitu berkobar-kobar. Dia tidak akan berputus asa begitu sahaja dan apa jua dia sanggup lakukan agar wanita itu membalas cintanya.

___

Haziq membelek telefon bimbitnya buat entah keberapa kali. Dia masih mencuba untuk mendail nombor isterinya walaupun masih tidak berangkat sejak petang tadi. Jika diikutkan hari ini isterinya akan pulang setelah tiga hari bermalam di rumah Ayra. Perasaan risau mula menerpa hatinya apabila waktu sudah menginjak ke angka 12 malam.

Haziq cuba mendail nombor adiknya pula namun masih juga tidak berangkat.

Haziq mula mundar-mandir di ruang tamu. Dia sudah berkira-kira untuk ke balai polis untuk melaporkan kehilangan isterinya namun cuba disabarkan hatinya agar menunggu sedikit sahaja lagi.

Jemarinya dibawa ke bibir sebelum digigit cemas. Satu tabiat yang sering dia lakukan jika ada sesuatu yang begitu mengganggu fikirannya.

Riak wajah Haziq serta-merta berubah apabila bunyi pintu rumah dibuka dari luar kedengaran.

Sebaik sahaja tubuh Iris menjelma disebalik pinti itu, tanpa teragak-agak Haziq segera menerpa ke arahnya dan menarik tubuh itu ke dalam dakapan.

"Sayang" bergetar suaranya menahan rasa. "Iris pergi mana? Abang risau"

Kalam Yang Dinanti [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now