KYD 12 ¦

4.4K 401 8
                                    

Tujuh bulan kemudian

Unggun api yang sedang marak itu direnung dengan pandangan kosong. Mungkin sama kosong seperti hatinya saat ini.

Gelak tawa manusia di sekelilingnya semakin lama semakin sayup kedengaran sebelum dia merasakan dunianya sunyi tanpa sebarang bunyi. Jiwanya seolah dibawa pergi dari jasad apabila ada sesuatu yang begitu menganggu benak fikirannya sejak beberapa hari yang lepas.

Bunyi gitar yang sedang dimainkan tidak sedikit pun menarik minatnya apabila dia lebih memilih untuk mendiamkan diri dan melayan perasaan sendiri.

"Haura, tak mahulah termenung macam ni. We are having a vacation right now. Muka tu jangan lah nak sendu sangat" salah satu suara mula menegur.

"Tahu takpe. Kita datang sini untuk lupakan semua masalah kita dekat rumah dan tempat kerja" jawab satu suara lagi.

Haura mendengus sebelum berpeluk tubuh. "Macam mana aku nak tenang lepas dengar berita korang berdua" Haura bangkit berdiri sebelum melangkah ke pinggir pantai menjauhi dua sahabatnya tersebut.

Puteri dan Dieba berpandangan sesama sendiri sebelum mempamerkan riak serba salah. Mereka mula rasa menyesal kerana menyampaikan berita yang tidak sepatutnya mereka sampaikan tersebut.

"Macam mana ni?" Puteri berbisik pada Dieba walaupun Haura sudah menjauh ke hadapan.

"Tenang. Kau macam tak biasa dengan kawan kau. Satu benda je yang boleh buat dia murung tak tentu pasal. Eh bukan benda, tapi manusia" Dieba membalas sambil menyandarkan gitar kepunyaannya pada dahan pokok yang menjalar di atas pasir. "Itulah kau, siapa suruh cerita pasal mamat tu dekat dia? Tak pasal-pasal off percutian kita ni"

Dieba yang berperwatakan seperti lelaki itu mula meletakkan salah pada Puteri.

"Alah, mana lah aku tahu jadi macam ni. Niat aku cuma nak bergosip. Aku ingatkan Haura dah move on, lepas apa mamat tu dah buat" Puteri merungut geram mendengarkan tuduhan Dieba tersebut.

"Daripada kita membebel dekat sini, baik kita pergi pujuk sahabat teristimewa kau tu" Dieba membalas selamba lalu mengatur langkah mendekati Haura.

Terkejar-kejar Puteri ingin menyaingi langkah sahabatnya itu dengan bibir yang tidak berhenti mengomel geram.

"Kau kenapa? Ceritalah pada kami, apa yang buat kau susah hati sangat ni? Takkan sebab Haziq?" Dieba memulakan bicara saat berdiri di sisi sahabatnya yang masih kelihatan murung tersebut.

Puteri yang baru tiba itu, terus mencelah. "Takkan lah kau rasa terganggu dengan cerita aku tu?"

Haura membisukan diri dan matanya masih tegak memandang laut gelap yang terbentang. Soalan demi soalan daripada dua sahabatnya itu langsung tidak diendahkan.

"Look Haura, aku faham kalau kau sedikit terkesan atas apa yang jadi tapi tak payah lah kau nak terbawa-bawa emosi sebab dia. Dia bukan sesiapa dalam hidup kau. He is only your past, babe" Puteri cuba memujuk sambil menarik tangan sahabatnya itu agar memandangnya.

Haura hanya mengeraskan tubuhnya sebelum menunduk. Dia sendiri bingung dengan mainan perasaanya saat ini.

"Tak payah lah kau nak fikir pasal mamat tak guna tu. Kau lupa ke apa dia dah buat? Dia putuskan pertunangan korang berdua macam tu je, tanpa rasa bersalah. Dia yang nak sangatkan kahwin dengan janda, jadi terimalah padahnya. Ini namanya karma, geng" selamba Dieba mengutuk bekas tunang sahabatnya itu sambil berpeluk tubuh.

"Stupid boy"

Puteri menjegilkan matanya kerana terkejut mendengarkan kutukan Dieba tersebut sebelum jelingannya itu disambut dengan riak 'what?' oleh Dieba.

Kalam Yang Dinanti [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now