KYD 14 ¦

4.9K 426 43
                                    

Sumpah tiada lagi
Kesempatanku untuk bisa bersamamu

¥¥

Khadijah merenung dari muka pintu dengan pandangan simpati. Keadaan anaknya masih sama seperti beberapa bulan yang lepas. Menyendiri untuk mengulam duka sendiri. Dia cuba mendekati anaknya itu walaupun dia tahu anaknya tidak mahu diganggu.

"Haziq..."

Haziq yang sedang berselubung di dalam selimut tindak berkutik sedikit pun saat dipanggil oleh uminya itu. Dia seolah-olah hidup di dunia sendiri tanpa mengendahkan keadaan sekelilingnya. Melihatkan keadaan biliknya yang suram dan tidak terurus cukup mengambarkan dirinya yang seperti sudah hilang arah untuk meneruskan kehidupan.

Sejak perkahwinannya yang gagal di pertengahan jalan membuatkan dirinya menjadi seorang yang penyedih dan cepat berserah pada hidup.

"Haziq, umi panggil ni. Bangun nak. Haziq tak boleh terus menyerah macam ni" Khadijah cuba memujuk sambil melabuhkan pungungnya di bibir katil. Bibirnya mengeluh kecewa saat melihatkan anak lelakinya itu masih diam tidak berkutik.

Haziq masih membisu. Dia sendiri bingung dengan perasaannya saat ini. Dugaan demi dugaan yang menimpa benar-benar membuatkan dia mengalah.

"Umi tahu anak lelaki umi kuat dan takkan mudah mengalah. Tolong nak. Jangan buat umi macam ni" Khadijah tidak dapat menahan sebak apabila sedih mengenangkan nasib anak lelakinya itu.

"Bagitahu Haziq, umi...please tell me macam mana Haziq nak teruskan hidup dalam keadaan macam ni? Perasaan orang yang menanggung takkan sama dengan orang yang memandang" setelah sekian lama berdiam diri, Haziq mula bersuara pedih dan penuh keterlukaan.

"Haziq kena redha atas apa yang berlaku. Tak baik nak, menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Umi percaya semua yang terjadi ada hikmah buat kamu suatu hari nanti"

"Umi...Haziq dah takde apa-apa. I'm nothing. Bagaimana Haziq nak teruskan hidup kalau Haziq jijik dengan diri Haziq sendiri?" Haziq mula beremosi sebelum menyelak kasar selimut yang memutupi tubuhnya.

"Haziq cacat umi! Haziq cacat!" ketawa sinis semakin kuat dilepaskan sambil memukul kuat kedua belah kakinya.

Khadijah yang mendengar hanya mampu terpejam pedih. Sebagai seorang ibu, dia turut bersimpati atas apa yang berlaku.

"Tak cukup dengan itu, pusat tuisyen yang Haziq dirikan dengan penuh penat lelah hancur macam tu je umi and everyone keeps telling me to stay postive?? It doesn't make sense umi! I lost everything in a split of second. I'm such a loser...totally a loser"

Haziq menyelubungi dirinya kembali dengan selimut sebelum menyambung. "Haziq hilang semua dalam sekelip mata dan semua orang tak faham apa yang Haziq rasa! Orang yang Haziq cinta pun langsung tak peduli pada Haziq ni, umi...and do you expec me to smile and laugh?"

"Astaghfirullah-al-azim" Khadijah mengucap panjang. "Sudah-sudah lah tu ungkit kisah lama. Iris dah pun bahagia dengan pilihan hati dia. Haziq sedar tak kenapa Haziq boleh jadi macan ni?! Ini semua sebab Haziq masih belum ikhlas dan redha. Sifat dendam tak elok nak"

Haziq hanya diam tidak menjawab. Kemalangan yang menimpanya sebulan lepas telah mengubah hidupnya 360 darjah. Perkahwinan yang gagal, kaki yang lumpuh dan kehilangan kerjaya sekelip mata begitu memberatkan beban yang terpaksa dipikul.

"Haziq, umi ada benda nak beritahu pada kamu. Umi harap berita ni mampu gembirakan hati anak umi" berhati-hati Khadijah menuturkan kata-katanya.

Khadijah tidak menunggu lama untuk anaknya membalas lalu menyambung lagi. "Umi dah selesaikan semua hutang-hutang Haziq dan pusat tuisyen yang kamu dirikan tu akan kembali semula pada kamu tak lama lagi"

Kalam Yang Dinanti [BAKAL TERBIT]Where stories live. Discover now