05

2.7K 454 3
                                    


Aku mengurut sendi-sendi tubuhku yang lenguh. Akibat penangan hujan lebat malam tadi, aku hanyut dilamun mimpi di atas sofa.

Perlahan aku membuka kelopak mata. Kakiku melangkah malas ke arah tingkap.

Zzap.

Langsir diselak sambil mataku memandang ke arah pintu.

Hatiku diserang rasa kurang enak. Aku menghela nafas berbunyi berat seraya badan dipusingkan ke arah sana.

Taehyung tak mungkin segila yang aku jangka.

Tombol pintu dipulas lalu aku kuak daun pintu dari arah dalam.

Hampir menjerit kuat aku tatkala anak mata ini jatuh tertancap pada sekujur tubuh yang terdampar di depan pintu.

Lembik dan bermaya. Rona kulitnya pucat lesi tidak berdarah.

"T-taehyung, jangan takutkan saya!"

Bahunya aku goyang berkali-kali. Air mata yang galak mahu turun aku seka kasar.

Jangan menangis sekali lagi kerana lelaki ini. Never Joo Min Hee.

-tbc-

[C] Him • kthDonde viven las historias. Descúbrelo ahora