14

2.2K 387 3
                                    


Mask hitam di wajah ditarik kemas menutupi kawasan mulut dan hidung.

Sepasang matanya dilindungi kegelapan kaca mata. Rahangnya bergerak-gerak. Amarahnya memuncak pada malam itu.

"Kau palau aku. Tapi, kau ada masa untuk anak Jeon lahanat tu?"ujarnya dengan suara bisikan yang ditekan dalam.

Gelagat Min Hee sedang asyik bergurau senda di kafe bersama Jungkook menambah luka baru di dalam hati.

Jika diikutkan hati, habis lunyai wajah Jungkook dia mahu kerjakan.

Semakin bertambah bara kemarahan tika lengan kekar Jungkook menarik bekas isterinya rapat ke sisi.

"Aku sayang kau, Min Hee!"jerit Jungkook dalam nada suara berlagu riang.

Taehyung gagal mengawal amukannya. Cawan berisi kopi ditolak ke bawah lantai.

Tubuhnya beredar dari kawasan menyakitkan mata dan hatinya itu.

Dia bersumpah Min Hee sendiri akan mengalami rasa sakit hatinya pada saat itu kelak.

-tbc-

[C] Him • kthWhere stories live. Discover now