17

2.2K 380 28
                                    


Dalam diam, Jungkook mempunyai rancangan untuk diberikan kepada sahabat baiknya pada lewat malam itu.

Dari ekor mata, Min Hee sedang berdiri sambil tersenyum kecil. Keindahan Sungai Han benar-benar mengasyikkan.

Wanita itu ralit menikmati deruan nafas menghembus sisi pipinya sehingga dia tidak sedar kedudukan Jungkook sudah beralih di belakangnya.

"Jangan buka mata, bestie. Aku ada kejutan istimewa khas dari London."tutur Jungkook lembut dan sopan.

Berbeza daripada kebiasaan, cuping telinga Min Hee membahang dengan sentuhan dan suara garau Jungkook yang bergema di belakangnya.

"Aku sayang kau, Min Hee sebagai sahabat.."

Pipinya disinggah kucupan bibir basah Jungkook. Lama sentuhan itu menempel dan ianya terus membuatkan jantungnya ligat mengepam darah.

"Sebagai seorang lelaki kepada seorang wanita yang dia cinta..Terima kasih kerana wujud dalam hidup aku."

Lengan Jungkook memeluk bahunya dari arah belakang. Deruan nafas hangat itu menyebabkan rona pipinya memerah.

Sisi berbeza Jungkook mengusik hati.

"A-aku...a-aku sayang kau, Min Hee."

Tutur suara Jungkook yang tersekat-sekat mendebarkan Min Hee.

Liurnya ditelan kesat. Pelukan Jungkook melonggar tatkala telinganya menangkap bunyi sedas tembakan yang berbunyi kuat.

Suara lelaki celaka itu datang mengirim salam.

"Kasihan dia. Baru confess dah mampus. Alahai sendunya hidup seorang Jeon Jungkook."

-tbc-

[C] Him • kthWhere stories live. Discover now