15

2.3K 386 6
                                    


Kedua-dua telapak tanganku berada dalam genggaman Jungkook. Iris matanya leka memandang aku bersama sengihan lebar di bibir.

"Kenapa pandang-pandang? Nak aku sepak bontot kau?"

Jungkook memuncungkan bibir. Matanya berkedip berulang kali. Sungguh gelagat dan mimik mukanya begitu comel dan mencuit hati.

Rindu aku terhadap sahabat baik sejak sekian lama terubat jua. Aku lepaskan tanganku daripada genggaman tangannya.

Jari telunjukku dihalakan tepat ke arah Jeon. Perbuatan mengejutku mendapat tindak balas Jungkook.

Lelaki itu tersenyum sumbing seraya keningnya terjengket suka.

"What do you want, Mr Jeon?"

Jungkook merapatkan kedudukan kerusinya. Tangannya menongkat dagu sambil matanya tidak lepas meneliti wajahku.

"Kita keluar date lewat malam. Sebab aku rindu kau tak habis lagi. Kau kena luangkan masa. No bantahan!"

Bebelan Jungkook meleret-leret. Selagi aku tak bersetuju, gigih dia membebel panjang lebar.

Mulutnya aku tekup kuat. Sempat aku berdecit kuat sebelum kepalaku mengangguk setuju.

Geng ajak lepak, date. Risau pula nak menolak. Bukan selalu dia ada di bumi Seoul.

Satu perkara mengganggu aku. Jujur aku rasa kurang enak. Tak sedap hati lain macam.

Semuanya akan baik-baik sahaja kan?

-tbc-

[C] Him • kthWhere stories live. Discover now