19

2.3K 382 23
                                    


Sebulan selepas itu

Bunyi sudu dan garfu berlaga antara satu sama lain kedengaran di ruang dapur. Sekali-sekala jemari Taehyung menenyeh lubang hidung.

Bau tengik kesayangan hatinya sedikit mengganggu fokus makan malamnya.

"Sayang, makan bagi kenyang. Nanti aku kasi kau mandi."ujar Taehyung disusuli gelakan dalam bicaranya.

Senyuman lebarnya mengendur tatkala matanya tertancap pada susuk tubuh Min Hee yang kaku di kerusi berhadapan dengannya.

Kepala wanita tersebut siap berbungkus plastik hitam. Busuk bau mayat mendorong Taehyung melakukan kaedah tersebut.

Sayangnya, wajah cantik Min Hee terlindung dek kegelapan plastik hitam itu.

Lagi menarik, jasad wanita itu diikat pula di kerusi. Taehyung takut juga.

Sudah beberapa hari dia tersedar akan sesuatu perkara aneh.

Salahkan matanya barangkali. Dia nampak jasad Min Hee meronta-ronta ingin tanggalkan ikatan plastik di muka malam hari.

Taehyung husnuzon. Dia bercadang ikatkan sahaja mayat min Hee di kerusi.

Kalau sayang dia lari, semput dia mahu mengejar.

"Sayangku Min Hee, nakal eh asyik mogok tak nak makan?"usik Taehyung apabila kepala Min Hee bergerak-gerak perlahan.

Bunyi rengusan nafas Min Hee langsung tidak mematikan selera lelaki itu.

"Aku rindu Min Hee yang dahulu. Sekarang, agresif!"

Tawanya pecah di situ. Sakan dia menatap jasad Min Hee yang menunjukkan tanda hendak rosak.

-tbc-

[C] Him • kthWhere stories live. Discover now