사랑해

1K 41 2
                                    

(1 : I LOVE YOU)

Semuanya bermula sejak remaja lelaki yang bernama Lee Taeyong menjejakkan kakinya ke atas tanah tasik yang luas perkampungan 'Yoosae Village'.

"Jina." Taeyong memandang perempuan yang bernama Jina itu dengan pandangan tertanya-tanya. Jina tersenyum sahaja. "Saya nak tenangkan fikiran." Taeyong menganggukkan kepalanya.

"Awak memang pandai baca fikiran orang, as usual." Jina ketawa dengan pernyataan Taeyong itu. "Saya bukan baca fikiran orang, saya baca air muka orang." Taeyong melabuhkan punggungnya ke atas tanah yang berdekatan dengan tasik yang jernih airnya itu. Jina memandang Taeyong melalui hujung matanya tanpa menolehkan kepalanya.

"Hey." Jina mula bersuara, memecahkan kesunyian di antara mereka. Taeyong menolehkan kepalanya untuk memandang Jina yang sedang memerhati tasik di hadapan mereka itu. Perempuan itu mengukir senyuman nipis membuatkan sebahagian pipi Taeyong berubah warna, warna merah jambu.

"Can you keep a secret?" soalan itu membuatkan dahi Taeyong berkerut. Dia menolehkan pandangannya ke arah tasik. Dia mengangguk perlahan. "Of course."

"Then, kalau saya bagitau awak rahsia saya ni..." Taeyong memandang ke arah Jina semula. Matanya terbuntang luas tatkala wajah Jina sangat dekat dengannya. Satu gerakan, bibir mereka akan bersentuh.

Nafas Jina yang dihembus lembut membuatkan jantung Taeyong berdegup. Matanya memandang bibir Jina yang semula jadi berwarna merah jambu itu. Wajah remaja lelaki itu merona merah. Dia meneguk air liurnya sebelum memandang mata Jina yang sedang memandangnya dengan pandangan serius itu. Taeyong menjauhkan kepalanya dari Jina sedikit sebelum mengangguk. "Saya takkan bagitau orang lain, I promise."

Jina melabuhkan punggungnya di sebelah Taeyong. Dia menghela nafas sebelum membuka mulut untuk meluahkan rahsianya kepada lelaki tersebut. Dia menundukkan kepalanya, memandang pahanya yang ditutup oleh skirt paras lututnya itu. "I-I..."

"You what?" Taeyong menanti suara Jina untuk menyambung kata-kata yang tersekat itu. "I... love you."

"Eh?"           

.

.

.

to be continued

Ⓒ shhh ↬ taeyong nctWhere stories live. Discover now