나의 비밀

440 31 0
                                    

(3 : MY SECRET)

"Aku rasa kan~" Jina mengerutkan dahinya, begitu juga dengan Taeyong yang duduk di sisinya itu. Mereka saling berpandangan sebelum memandang kawan mereka yang bising itu.

"Korang berdua ni macam lebih rapat lah hari ni!" kata perempuan yang bernama Joeun itu dengan sengihan lebarnya, mata sepetnya itu tidak kelihatan oleh disebabkan senyumannya. Teman lelakinya disiku dengan niat ingin bermain-main, tetapi disebabkan lelaki tersebut kuat marah, lelaki itu mendengus geram. "Wae!?"

"Yahh! Janganlah marah sangat! Saya main-main je!" Joeun mencebik, pipinya berwarna marah menahan marah. "Sikit-sikit marah, kalah-kalah syaitan lah awak ni!" Joeun menempiaskan kata-kata yang selalu dikatakannya ketika merajuk dengan teman lelakinya yang kuat marah itu.

Teman lelakinya, Jaehyun mengeluh. Dia mengusap rambut Joeun, pandangannya dialihkan ke arah lain. Wajahnya merona merah kerana terpaksa memujuk teman wanitnya di hadapannya kawan-kawannya, Taeyong dan Jina itu. "Mian."

"Hmph!" Joeun mengembungkan pipinya, dia tidak mahu memandang teman lelakinya itu buat sementara waktu.

"Oh by the way," Joeun kembali ceria, matanya memandang kedua-dua kawannya yang bernama Taeyong dan Jina dihadapannya itu, tidak menghiraukan Jaehyun yang ingin mengucapkan maaf kepadanya itu.

"Korang semakin rapat, siap berpegang tangan lagi tadi! Are you guys by any chance..." dia tersenyum sinis sambil memandang Taeyong dan Jina bersilih ganti. "Are dating!?"

"Yah, you're too noisy!" marah Jaehyun kepada Joeun yang mengganggu beberapa pelajar yang sedang mengulang kaji sendiri di kelas itu. Joeun menjeling Jaehyun, masih merajuk dengannya. Dia tidak menghiraukan teguran Jaehyun dan memandang dua orang kawannya yang kelihatan ragu-ragu itu. "So?"

"Well- argh! Sakitlah awak!" Taeyong mengusap pahanya yang dicubit kuat oleh Jina itu. Jina tersenyum manis, buat-buat tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Taeyong itu. "Em? No. We're not dating." Kata Jina membuatkan Taeyong terkejut. Dia ingin membuka mulut namun pantas Jina membawa dia keluar dari kelas itu, tidak menghiraukan panggilan Joeun yang agak kuat dan nyaring itu.

Jina mendekatkan wajahnya ke wajah Taeyong yang mulai merah itu. Taeyong meneguk air liurnya. "Hey, what's that before?"

"Awak kan dah janji taknak bagitau sesiapa that I LOVE YOU. That's my secret! Awak dah lupa ke?" Kata Jina membuatkan Taeyong terdiam seketika sebelum melempiaskan tawanya. Jina mencebik dengan riaksi Taeyong itu. "Apa yang lawak?"

"We're still not done with your 'secret' yet?" Taeyong mengesat air yang mengalir kerana terlalu ketawa itu. Dia memandang Jina yang mencuka itu. Dia mendekati gadis itu lalu mengangkat dagu Jina agar dia dapat melihat mata Jina yang semula jadi bersinar itu. Dia menyentuh bibir merah jambu milik Jina dengan menggunakan ibu jarinya membuatkan wajah Jina merona merah. "Then let me tell you MY SECRET."

"I love you. This is my secret but you can tell anyone." Taeyong mencium bibir lembut itu sesaat sebelum mencapai tangan Jina dan membawanya ke kelas semula.

Jina tunduk memandang kasutnya sepanjang perjalanan mereka ke kelas. Dia berasa malu dengan kata-kata Taeyong itu. Bukan malu kerana kecewa, tetapi malu kerana kata-kata itu terlalu manis buatnya.

Perlahan-lahan, hujung bibirnya terangkat. Dia tersenyum. Bibirnya digigit sedikit untuk mengelak dirinya dari tersenyum agar tidak kelihatan seperti orang gila yang tiba-tiba tersenyum tanpa sebab dihadapan mata pelajar-pelajar yang berada di sekitar kawasan itu. "Babo..."

.

.

.

to be continued

Ⓒ shhh ↬ taeyong nctWhere stories live. Discover now