주저하지 말고

524 39 0
                                    

(2 : DON'T HESITATE)

"Eh?"

"Don't 'EH?' me! It's so embarrassing!" Jina menjerit kecil, tangannya menampar bahu lelaki yang bernama Taeyong itu lalu menutup wajahnya menggunakan kedua belah tapak tangannya.

Taeyong masih kaku, tidak mampu berkata apa-apa. Matanya memandang Jina yang masih menutup wajahnya itu. Mulutnya masih terbuka sedikit akibat terkejut dengan luahan kawan perempuannya itu.

"I... love you." Luahan Jina itu berkali-kali bermain di otaknya seperti kaset rosak. Dia meneguk air liurnya. Dia tidak mahu percaya apa yang telah terjadi pada waktu itu kerana ianya terlalu tidak masuk akal.

Jina, perempuan yang diminati banyak orang kerana kepintarannya, kecantikannya, tingkah lakunya yang baik, dan banyak lagi nilai murni yang positif ada dalam diri perempuan serba sempurna itu mencintai lelaki biasa sepertinya?

"Si-siapa yang cabar awak untuk-"

"-nobody! I truly like- no. I truly love you, Lee Taeyong!" marah perempuan itu. Sakit hatinya apabila Taeyong tidak mempercayai dirinya. Dia mengetap bibirnya, skirtnya digenggam kuat. Matanya mula berair sambil memandang mata lelaki yang bersama dengannya di tasik itu.

"Mianhae, Jina. Saya tak bermaksud untuk sakitkan hati awak." Kata Taeyong lembut. Dia tersenyum nipis membuatkan hati Jina sedikit lega namun tidak memberhentikan air matanya dari mengalir ke pipi. Dia mengesat air matanya, tetapi agak sukar untuk menghentikan air mata tersebut.

"Shhh, jangan menangis." Taeyong mencapai pipi gadis itu lalu mengelap air matanya yang mengalir ke pipi dengan menggunakan ibu jarinya. Perempuan itu memandang mata lelaki yang dicintainya itu, lelaki tersebut tersenyum manis ke arahnya membuatkan hujung bibirnya terangkat sendiri, membentuk segaris senyuman. "Thanks sebab dengar rahsia saya."

"But, kalau awak tak boleh terima saya, saya faha-"

"I rather call it a confession than a secret." Kata lelaki itu lalu menarik Jina ke dalam satu pelukan yang hangat. Jina teragak-agak untuk membalas pelukan tersebut namun sebelum sempat Jina mengangkat tangannya, tangan kanannya diangkat oleh seseorang dan diletakkan ke belakang badan Taeyong. Jina memandang Taeyong yang sedang memejamkan mata sambil tersenyum tenang itu. "Don't hesitate to do anything on me, I'm your boyfriend from today on so tak perlu ragu-ragu."

Perlahan-lahan, Jina tersenyum lebar lalu menganggukkan kepalanya. "Eung!"      

.

.

.

to be continued

Ⓒ shhh ↬ taeyong nctWhere stories live. Discover now