3

5.1K 193 4
                                    

"Kalau sayang pergi, abang macam mana? Anak-anak?" Tanya Iman. Sengaja membahasakan dirinya abang.

Dia sentiasa mahu memanggil Alia sayang dan Alia memanggilnya abang. Tapi Alia tak mahu. Alia kata, geli kerana mereka sebaya. Tapi, Alia tak pernah menghalang dia memanggil sayang. Malahan dia suka panggil Alia sayang. Nampak perubahan wajah Alia.

Tapi kata Alia, jangan selalu. Hilang seri.

"Papa saja bagi cadangan. Alia kata, Alia bincang dengan Iman. Kalau Iman bagi, baru Alia fikirkan. Kalau Iman tak bagi, tak apalah. Tak payahlah Alia fikir apa-apa." Kata Alia. Cuba mengawal suaranya. Menyembunyikan perasaannya.

"Alia nak ke?" Tanya Iman.

"Alia ikut kata Iman. Iman okey, Alia pertimbangkan. Kalau Iman tak okey, Alia tolak saja cadangan papa tu." Jawab Alia. Senyum yang cuba dimaniskan.

"Nanti Iman ambil cuti. Kita pergi honeymoon. Ya? Bawa anak-anak sekali. Tapi dorang bilik asing." Pujuk Iman.

Alia senyum dan angguk.

Jauh disudut hatinya, dia sedikit kecewa. Bila Tan Sri Ilyas memberi cadangan tersebut, dia sangat suka. Dia mahu ada masa untuk dirinya sendirian. Dia terlalu penat menguruskan rumah ini.

Mana dengan anak. Suami. Mertua. Ipar. Pekerja rumah. Itu belum lagi hal pejabat. Komuniti. Sekolah anak-anaknya. Dia mahu berehat dari semua ini.

"Alia sedih ke?" Tanya Iman.

Alia geleng.

"Alia okey saja. Bersama dengan keluarga adalah perkara yang paling bahagia. Ada dengan Iman dan anak-anak. Saat yang paling seronok." Balas Alia. Cuba memujuk hatinya.

Iman memeluk Alia yang sedang duduk. Dia sedar perubahan wajah Alia.

"Iman tak boleh tak ada Alia. 12 tahun kita nikah, tak pernah sekali pun kita berjauhan. Mana pun Iman pergi, Alia mesti ada. Kalau Alia tak ada. Iman rasa kosong. Lagikan Iman kat office pun rindukan Alia. Ini kalau Alia jauh. Tak tahulah Iman." Pujuk Iman.

Alia membalas pelukan Iman.

"Alia faham. Tempat seorang isteri sebelah suaminya. Maafkan Alia sebab terfikir nak jauh dari Iman." Balas Alia.

"Kalau Alia penat, Alia rest. Tak payah fikir pasal rumah sana. Nanti Iman bagitahu papa. Pandai-pandailah Iman nak cari pekerja untuk replace Alia." Cadang Iman.

Alia geleng.

"Alia tak penat. Alia suka. Lagipun, Alia tak percaya orang luar nak uruskan keluarga kita." Tolak Alia.

"Kalau macam tu, jangan pernah fikir nak jauh dari Iman walaupun sehari. Okey?" Pinta Iman.

Alia angguk.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now