TR64

8.7K 236 11
                                    

"Aidil sedih mommy langsung tak kisah pasal Aidil. Masa dia pergi pun, dia tak pandang Aidil langsung." Cerita Aidil bila Aza tanya keadaannya.

"Tak apalah Aidil. Yang penting, jangan pernah lupa doakan kesejahteraan dia. Macam mana pun, Aidil tetap anak dia. Sampai mati pun, syurga Aidil diatas keredhaan dia." Balas Aza.

Dahlia dan Mikail yang turut ada disitu, memeluk Aidil. Mereka tahu kesedihan Aidil. Tapi tak mampu nak buat apa-apa. Hanya menjadi pendengar. Dan memujuk dengan pelukan.

Seperti yang selalu bapa dan bonda lakukan.

Aza turut sama memeluk mereka. Bukan tal tahu batas tapi dia anggap Aidil seperti anaknya sendiri. Sama seperti Dahlia, Mikail dan Indah. Tak lupa anak-anak buahnya.

Sebenarnya, semua anak orang dianggap seperti anaknya. Sifat keibuannya tak mungkin boleh dihakis. Cumanya, dia tal sukakan komitmen dalam sesebuah perkahwinan. Itu yang selalu buat dia tolak semua lelaki yang mahu masuk ke dalam hidupnya.

Anak orang, dorang yang jaga. Bukan Aza.

Saleh yang memandang dan mendengar dari tangga rumah, hanya memandang. Perasaan sedih dan rasa Aznah kejam makin membuak.

Astagfirullah.

Apa yang jadi ni, adalah yang terbaik. Aidil kini tak lagi asyik terperap dalam bilik. Dia bebas bermain dan dia tahu bila masa untuk belajar. Dia lebih ceria berbanding dulu. Tapi, hatinya. Masih sedih.

"Anak. Macam mana pun, tetap nak mak dia. Mak tu, segala-galanya bagi seorang anak. Aidil tu, baru nak masuk 15 tahun. Masa ni, dia paling perlukan mak dan bapa. Untuk berkongsi perasaannya, masalah dia dan bantu dia untuk buat keputusan. Sebab masa ni, dia akan ada macam-macam isu dalam hidup dia." Kata Intan yang baru tiba disebelah Saleh.

Saleh angguk.

"Sebab tu, abang bersyukur sangat ada Alia. Sekarang, Intan pun dah rapat dengan Aidil. Dah boleh bersembang dengan Aidil. Aidil pun dah selesa dengan Intan. Alhamdulillah." Kata Saleh.

Intan senyum.

"Tapi takkan sama dengan mak dia sendiri. Aidil sendiri cakap. Kalaulah Alia boleh peluk dia macam sebelum dia baligh dulu. Sebab Alia memang dia anggap mak lebih dari Aznah. Kita sendiri tahu. Apatah lagi Intan. Yang baru nak mesra dengan dia. Aidil masih kekok dengan Intan. Dan dia pun hanya anggap Intan ni, makngah dia je. Tak lebih dari tu." Balas Intan.

Dia memandang Saleh.

"Tapi dia anggap Aza macam mak dia." Kata Alia yang baru keluar dari dapur. Kebetulan dia dengar perbualan Intan dan Saleh.

Saleh angguk. Kemudian kepalanya segera memandang ke arah Alia dan Intan yang sedang tersenyum.

"Tempoh edah pun dah habis. Abang bila nak make a move?" Tanya Intan.

"Intan pun tahu?" Tanya Saleh.

"Obvious la abang. Kau ingat Intan tak nampak ke cara kau bila dengan Aza? Kita ni, kerja bawah satu bumbung. Pejabat kita bukannya bertingkat-tingkat macam Berwaja Holding." Jawab Intan.

"Korang berdua bila nak masuk Berwaja Holding? Nak Iman uruskan semua ke? Tak nak tolong adik korang ni?" Tanya Iman yang baru turun dari bilik bacaan Tan Sri Ilyas.

Tan Sri Ilyas yang turut mengikut Iman, turut sama angguk.

"Intan tak nak. Intan suka kerja dekat Falia." Tolak Intan.

"Iman ada Alia. Papa pun ada." Balas Saleh.

"Papa nak bersara. Papa nak duduk rumah main dengan cucu-cucu." Balas Tan Sri Ilyas.

"Selama ni pun, papa duk rumah juga. Tapi, papa still ambil tahu hal office." Kata Intan sambil tersenyum menyakat.

"Tak. Kali ni, papa tak nak. Papa nak spend time dengan mama. Tak nak ambil tahu hal syarikat. Korang adik beradik pakatlah macam mana. Papa pandang saja dari jauh. Company tu, korang yang punya. Apa-apa hal, korang berempat, uruskanlah." Balas Tan Sri Ilyas.

"Berlima lah, papa." Kata Intan sambil memuncungkan kearah Aza.

"Jangan usik ya. Aza milik Falia." Kata Alia.

"Falia kan Alia punya." Balas Intan.

"Tetap. Aza yang akan uruskan. Suami Alia suruh Alia fokus pada rumahtangga. Hal lain, sambilan saja." Kata Alia sambil menjeling manja kepada Iman.

Intan senyum. Dia suka melihat kemanjaan Alia dan Iman.

Iman yang tadi berdiri disebelah Tan Sri Ilyas, turun ke bawah. Mendekati Alia. Berdiri disebelah Alia dan memeluk pinggang Alia. Dia memandang Alia.

"Kalau tak ada Alia, siapa nak uruskan rumah ni semua?" Tanya Iman sambil mencuit manja hidung Alia.

"Mama." Jawab Alia.

"Mama tak nak. Mama nak rest. Goyang kaki." Kata Puan Sri Kalsom yang baru keluar dari biliknya. Dia berdiri disebelah suaminya. Digenggam erat tangan suaminya.

"Intan nak keluarlah. Jealous tengok orang ada pasangan. Abang nak ikut?" Tanya Intan.

"Tak payahlah. Abang pun tak lama lagi joij dorang." Jawab Intan kepada soalannya sendiri tanpa memberi ruang untuk Saleh menjawab.

"Intan nak ke papa carikan?" Usik Tan Sri Ilyas.

"Tak nak! Serik." Tolak Intan. Pantas.

Yang lain hanya ketawa mendengar jawapan Intan. Mereka tahu, Intan akan menolak. Tapi dalam hati, mereka mendoakan kebahagiaan untuk Intan. Jika bersendirian boleh buat Intan bahagia, maka, bahagiakan dia. Andai berpasangan itu terbaik untuk Intan, maka temukan dia dengan jodoh yang akan membuat dia bahagia didunia dan akhirat.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now