TR46

4.7K 177 2
                                    

"Menung apa, sayang?" Tanya Iman yang baru keluar dari tandas. Dia mendekati Alia. Memegang bahu Alia sambil melihat pantulan wajahnya dan Alia.

Alia memusingkan badannya. Menghadap Iman. Dia memandang Iman. Lama. Kemudian, dia menghela nafas berat.

"Kenapa ni?" Tanya Iman.

"Alia rasa, kita buat keputusan yang salah. Kita tak patut pindah keluar." Jawab Alia bersama wajahnya yang penuh dengan rasa terbeban.

"Bila masa pula kita? Alia yang nak pindah." Balas Iman. Saja mahu mengusik.

"Ya lah. Alia yang salah. Semua pun, salah Alia." Air mata Alia mula bertakung. Rasa bersalah makin menggebu dihatinya.

"Hey, abang gurau je." Iman menarik wajah Alia ke atas. Memandangnya.

Serta merta air mata Alia mengalir.

Iman senyum dan memeluk Alia yang masih lagi duduk.

"Kita pergi klinik esok." Kata Iman.

"Buat apa?" Tanya Alia.

"Inilah perangai Alia setiap kali mengandung. Who know. Another baby for us." Jawab Iman.

Alia diam. Dia menolak tubuh Iman. Bangun dan berjalan menuju ke arah katil.

Tak masuk sangat pun apa yang dikatakan Iman. Otaknya masih berfikir tentang apa yang difikirkan tadi.

"Sayang..." Iman menuruti langkah Alia. Dia sangat yakin. Alia berlainan dari biasa.

"Hari-hari papa datang sini. Papa kata, dia serabut duduk di rumah. Serabut dengan Kak Nah yang asyik minta macam-macam. Dengan mama yang asyik push dia. Tanya itu ini. Dia jadi serabut. Aidil pun. Lepas balik sekolah, terus suruh Pak Mat hantar ke sini. Nanti bila papa balik, baru dia ikut balik. Aidil tak cakap tapi, Kak Nah mesti hari-hari marah dia." Cerita Alia.

Iman diam. Bukan sekali. Dah berkali-kali Alia bercerita tentang isu ini. Hampir setiap hari sejak seminggu yang lalu.

Iman tak nak komen apa-apa. Dia suka keadaan keluarganya sekarang. Dia suka lihat Alia yang sentiasa ada. Tanpa dibebani dengan tugas di rumah papa. Dia suka anak-anaknya yang sentiasa ceria tanpa perlu hari-hari ditegur bila berlawan cakap dengan Aznah.

Cuma, bila isu ini bangkitkan, dia jadi...

Entah. Dia sendiri tak pasti apa yang dia rasa.

Dia tahu papanya terlalu bergantung kepada Alia. Alia adalah kawan baik papanya. Jadi, pastilah papanya akan rasa sunyi tanpa Alia. Dan pastilah akan mencari Alia.

Terutama bila anak-anaknya juga tiada. Aidil juga turut siang disini. Jadi, rumah itu sunyi. Tanpa orang-orang yang sentiasa memberi makna untul terus hidup dengan aman dan harmoni.

Aidil tentu saja akan mencari bondanya. Dia tahu, Aidil lebih anggap Alia sebagai ibu berbanding Aznah. Jadi, tentu saja Aidil akan ke mari. Untuk menemui ibunya.

"Somehow, Alia rasa macam kita ni 'bercerai' dengan keluarga. Sebabkan 'perceraian' ini, papa dan Aidil kena bagi masa sama rata. Keluarga sana dan keluarga sini." Kata Alia setelah lama berdiam diri.

"Then, should we move back?" Tanya Iman. Dia kemudian bersandar dikepala katil.

Alia memeluk Iman. Meletakkan kepalanya didada Iman. Menyelesakan baringnya.

'Alia betul-betul lain. Manja terlebih ni, time dia mengandung saja.' Kata Iman dalam hati.

"Tak nak. At least, not now. Alia dan papa dah rancang. Selagi Kak Nah tak mengalah, selagi tu, kita akan disini." Kata Alia.

"But, you miss our home. Right?" Tanya Iman.

Alia angguk.

Iman senyum.

Papa hari-hari datang sini hanyalah alasan Alia. Alia cuma rindukan rumah mereka. Alia sentiasa cakap, macam mana pun, rumah sendiri yang paling selesa. Walau macam-macam masalah dan tekanan, tetap, rumah sendiri paling selesa dan membahagiakan.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now