24

4K 151 15
                                    

"No. Iman tak setuju. Not just as your husband but also as a leader in the company. Yes. I agree. She is talented. Tapi selain talent, we need people with sound mind. She is totally out of mind. She know, Iman dah ada Alia. Ada anak-anak. Tapi, dia still nak kejar cinta dia. Tetap nakkan Iman. And that's bad attitude." Balas Iman.

Alia tarik nafas dalam.

"Cuba pandang dari sudut lain. Beri peluang pada dia untuk buktikan kemampuan dia. Jangan buruk sangka sangat." Pujuk Alia.

"How am I gonna look that as a positive view? Tell me? Apa guna ada pekerja yang talented tapi otak dia letak kat lutut?" Tanya Iman. Suaranya sedikit tinggi.

Dia marahkan Alia.

Bukan kerana Alia ingin membawa masuk Azwa tapi kerana Alia langsung tak fikirkan hal lain.

Betul. Sebagai seorang ketua, seorang pekerja yang berdedikasi dengan kerja, pantas dan cekap serta bijak adalah yang dicari. Tapi, Iman memikirkan hal masa depan.

Azwa punya sokongan dari Puan Sri Kalsom. Dan mamanya itu, sangat sukakan Azwa. Dengan perangai Azwa itu, dia tahu, pekerja-pekerja akan merana.

Pasti Azwa akan mempergunakan pengaruh yang ada untuk mengarah dan menakut-nakutkan pekerjanya. Pasti dia akan membuli pekerja-pekerja yang lain. Dan akhirnya, dia akan kehilangan pekerja yang setia dengannya.

Dia lebih rela punya pekerja yang biasa tapi tetap mampu buat kerja mereka dengan baik dari pekerja yang agresif tapi tidak mampu untuk bekerja dalam kumpulan.

Dan dari pemerhatiannya selama Azwa menyiapkan majlis Mesyuarat Agung Tahunan syarikat, dia hanya bukan pemimpin tapi ketua. Ketua yang mengarah itu dan ini. Tapi dia tak bimbing pekerjanya untuk buat kerja seperti yang dia inginkan.

Dia sendiri nampak Azwa tengking pekerjanya bila mereka melakukan kesalahan. Sedangkan apa yang dia nampak, Azwa sendiri tak memberi arahan yang jelas.

"Please look at how she will bring company forward. Dia pun muda. Fresh. Pasti ada idea yang lebih baik dari kita." Balas Alia sambil memeluk Iman.

Iman menolak Alia. Dia tak mahu dipujuk. Dia kecewa kerana Alia hanya memikirkan tentang keuntungan syarikat dan bukan aset syarikat yang paling utama. Pekerja.

"Iman, Alia yakin. Iman tak akan terbawa dengan perasaan Iman. Alia yakin, Iman akan pelihara cinta kita. Sebab tu, Alia nak bawa Azwa masuk dalam syarikat. Untuk tolong kita bangunkan syarikat. So, kita boleh naikkan gaji pekerja. Hire lebih ramai pekerja." Pujuk Alia sambil memandang wajah Iman yang tidak langsung memandangnya.

"As pekerja, bukan sekadar gaji yang jadi ukuran. Tempat kerja yang convenience dan leader yang baik tu lagi baik. Sebab tu, minda dan hati yang ikhlas itu penting. Bekerja kerana Allah. Bukan bekerja sebab nak dapatkan sesuatu." Kendur suara Iman. Cuba untul buat Alia faham.

"Mana kita tahu niat dia? Mana kita tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran dia. Itu semua andaian kita. Please Iman. Accept her." Pujuk Alia.

Iman geleng.

Alia tarik nafas dalam dan dilepaskan berat. Dia keluar dari bilik mereka dan turun ke ruang tamu.

"Assalamualaikum, mama." Ucap Alia sebaik saja talian bersambung.

"How?" Tanya Puan Sri Kalsom.

"Papa dan Iman tak setuju. Alia dah pujuk tapi dorang langsung tak setuju. Terutama Iman." Jawab Alia.

"Anak derhaka!" Sumpah Puan Sri Kalsom.

"Ma... Iman tak tahu pun mama yang suruh. Dia tak derhaka." Bidas Alia.

"I dah cakap, kalau you tak berjaya pujuk dia bawa Azwa masuk dalam syarikat, I sumpah dia anak derhaka. Biar dia tak cium bau syurga." Kata Puan Sri Kalsom.

"Mama. Alia dah cuba. Please mama. Jangan buat Iman macam tu. Dia taat dengan mama selama ni. Tapi, ini urusan syarikat, ma." Pujuk Alia.

Tak akan sesekali diceritakan kepada Puan Sri Kalsom tentang perasaan Iman. Seperti yang dia jangka, Puan Sri Kalsom mahu mendekatkan Iman dan Azwa. Kerana itu, dia tiba-tiba aktif kembali dalam aktiviti syarikat.

Namun, ugutan Puan Sri Kalsom sangat besar.

Dia boleh saja bawa masuk Azwa atau sesiapa pun ke dalam syarikat tanpa meminta kebenaran dari sesiapa pun. Dia punya kuasa veto itu yang diberikan oleh Tan Sri Ilyas dan Iman. Tapi, dia menggunakan alasan itu untuk melengahkan masa.

Dia perlu untuk mencari jalan. Agar Iman tak dilebel sebagai anak derhaka tapi dalam masa yang sama, dia mampu memelihara Iman dari termasuk dalam perangkap Puan Sri Kalsom.

Azwa adalah alat yang digunakan Puan Sri Kalsom. Dan dalam hal ini, dia perlu berhati-hati.

Lawan sebenarnya bukan Azwa tapi ibu mertuanya sendiri. Ibu kepada suaminya.

Tersalah langkah, Iman akan menjadi mangsanya. Sama ada dia benar atau salah, Iman tetap akan menjadi mangsa. Jadi, dia perlu berhati-hati.

Sangat berhati-hati.

Takkanku RayuWhere stories live. Discover now