About Past • jjk+kth•

1.4K 56 13
                                    

;

Jungkook pulang ke apartmen taehyung. Sang kekasih sudah mula terlena. Jungkook menghela nafasnya. Kenapa ini terlalu berat buatnya. Jungkook tidak tahu hendak bagaimana lagi dia ingin membuat keputusan.

Jungkook duduk diatas tilam itu melihat punggung rapuh taehyung. Dia jadi merindukan kekasihnya sebenarnya.

"Mana pergi?"
ujar taehyung membuatkan jungkook terkejut, dia ingatkan taehyung sudah pun tertidur.

"Mm.. Saya ada kerja sikit ta--"
Ucapan jungkook terpotong. Taehyung menyela pembicaraan jungkook.

"Apa salah saya pada awak!" namja manis itu tiba-tiba sahaja berubah moodnya. Cukup, dia benar-benar terluka dengan perlakuan jungkook. Sejak akhir-akhir ini, jungkook sering menjauhkan dirinya. Taehyung tahu apa alasanya. Tapi kenapa dia tak pernah terus-terang denganya. Kini, dia berasa sangat sesak dan bodoh.

Apa lagi permainan yang jungkook buat.

"Sayang, kenapa ni?"
tanya jungkook. Cuba menghampiri sang kekasih. Namja manis itu menepis tangan jungkook dengan kuat. Membuatkan jungkook terasa nyeri dihatinya.

"Please, jujur dengan saya. Why, awak berubah." Kata Taehyung tangisanya sudah mula ingin memecah, tetapi ia berusaha menguatkan dirinya. Dia sudah tahu segalanya, cuma mahukan kepastian dari jungkook sahaja.

"Sayang, I love you."
ucap jungkook. Lagi lagi, membuatkan taehyung berasa sungguh jijik dengan perkataan itu. Ya tuhan, sampai bila jungkook nak selindungkan darinya.

"Jungkook, Jujurlah dengan saya. Saya dah tahu segalanya. Kenapa masih lagi awak nak selindungkan hal ini." Ujar taehyung dengan suara yang bergetar hebat, dia sudah tidak dapat menahan tangisnya lagi.

"Tae, maafkan aku! Tapi tolong jangan pergi.. kekal bersama aku tae.. Sungguh aku cintakan kau." Cinta, mana datangnya cinta kalau sering dikhianati. Mengapa setia ini menyakitkan. Dia cukup terluka, terlebih lagi sahabatnya.

"Taehyung-ah.."

"Cukup!"
katanya dengan nada yang putus. Taehyung memejamkan matanya. Menelan segala keperitan. Dia tersakiti disini. Sakit sangat.

"Nikahilah dia Jeon! Lepaskan aku."

"T-tidak tae!"

"Jangan ego jungkook! Nikahilah dia. Bahkan Neyeon dapat berikan segalanya pada awak. Dia dah pun mengandung anak awak. Apa lagi yang seharusnya saya pertahankan." Kata taehyung lagi. Jungkook hanya mendiamkan diri. Taehyung tidak ingin disentuh oleh jungkook. Dia sungguh merasakan jijik sehinggakan membuatnya mual dan muntah.

"Aku akan cakap dengan mama dan papa untuk batalkan pertunangan kita." Ucap taehyung, dia tidak menoleh kearah jungkook. Sakit, ini terlalu sakit untuk diterima. Berdenyut nyeri didadanya.

Taehyung berjalan meninggali apartmen ini. Dia kecewa dengan jungkook. Sungguh dia mencintai pemuda itu. Jeon Jungkook seorang yang dia kagumi.

Namun, Jungkook tidak menghalang taehyung dari pergi. Namja manis itu membawa dirinya jauh dari sini. Sudah cukup terluka disini.

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now