11- Sehun

437 38 3
                                    

Saat jungkook menjelaskan semuanya. Membuatkan taehyung memikirkan sesuatu. Ada perasaan menyesal tak ada disisi jungkook disaat semua menyalahkanya.

Menyesal kerana tidak memberikan peluang kepada jungkook bagi menembuskan kesalahanya. Bahkan dia merasa tidak percaya dengan nayeon sahabatnya.

Dari awal dia mempercayai sepenuhnya terhadap nayeon. Bahkan usia pertemanan mereka sudah bertahun-tahun lingkungnya. Tetapi nayeon sanggup menikam dibelakangnya dengan merampas bakal tunangnya. Saat itu mereka hmpir bertunang dan dia diberikan dekat berita yang tergempar.

Nayeon mengandung anak aku tae.

Perkataan yang berjaya membuatkan taehyung jatuh terduduk. Begitu terkejut dengan berita yang membuatkan dia tidak percaya dengan semuanya.

Dia terlalu kecewa dengan jungkook. Bahkan jungkook melebihi nayeon dibandingkan dirinya.

Ketika itu nayeon tersenyum kemenangan dihadapanya. Taehyung tidak percaya bahawa nayeon merampas bakal tunangnya. Kerana nayeon adalah satu satunya kawan baiknya.

Taehyung teringat dengan kata kata jungkook tadi.

"Dia bukan anak aku tae. Iya, hansol bukan anak kandung aku. Aku hanyalah lelaki yang dijadikan kambing hitam."

"Nayeon gunakan aku demi memisahkan kita berdua."

"Tapi aku sayangkan hansol seperti mana aku menyayangimu tae." Taehyung terdiam dengan kata kata jungkook. Kenyataan bahawa hansol bukanlah anak kandung jungkook membuatkan dia terkejut dengan hal itu. Bahkan dia sanggup mengorbankan cintanya demi menjadikan jungkook seorang yang bertanggungjawab terhadap kesalahanya sendiri.

Dia tak mahu jungkook menjadi lelaki yang tidak berguna kerana lari dari masalah. Disaat taehyung mengambil keputusan buat lupakan jungkook. Hari itu adalah hari yang paling sulit bagi kim taehyung.

Bayangkan sahaja jika berada diposisi taehyung. Kerana melupakan sesuatu itu bukanlah hal yang mudah. Terlebih pula kepada orang yang kita sayang dan cinta.

"Tae!" bahunya ditepuk perlahan membuatkan lamunanya terhenti. Taehyung memandang wajah seokjin yang nampak penuh kerisauan. Sejak jungkook pulang kerana anaknya memerlukanya dihospital, taehyung asyik diam sahaja. Tak banyak bercakap dan lebih banyak termenung.

"Kau okay tak?" tanya seokjin terhadap keadaan taehyung yang nampak memang tak okay.

"Eh, okay jelah.." balas taehyung sedangkan dia sebenarnya tak okay pun. Pemuda berbahu lebar itu pun duduk disebelah taehyung mengosok bahunya bagi menenangkan namja manis itu.

"Sudahlah jangan banyak fikir, aku tahu mesti kau sedang memikirkan keputusan yang bakal kau buat. Tapi jangan sampai menjejaskan kerjaya kau sebagai seorang idol. Ingat kau kene selalu fokus sebab kita akan pulang ke amerika tak lama lagi. Bulan depan kau akan dipenuhi dengan konsert-konsert yang besar. " Seokjin menenangkan taehyung. Namja manis itu mengangguk kemudian tersenyum lembut ke arah lelaki yang menjadi managernya itu.

"Terima kasih,"

"It's okay, take your time.. maybe korang boleh jumpa untuk kali terakhir."

"Jin-hyung.." Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, taehyung memanggil namanya.

"Hm.." balas seokjin.

"Hyung rasa tae perlu ke berikan peluang untuk jungkook. i mean beri peluang pada dia untuk kejar dan dapatkan tae."

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now