5-Middle Night

445 36 5
                                    

;

Malam sepulang dari kerja jungkook tidak terus pulang ke rumah. Justeru itu, dia terus menuju ke sungai han tempat yang sangat disukai.

Disini terdapat banyak kenangan yang indah ketika ia bersama taehyung. Jungkook mengingati taehyung bukan kerana dia rasa bersalah pada taehyung.

Cuma dia hanya rindukan suara taehyung. Gelak tawa taehyung. Semua tentang taehyung dia rindu. Entah kenapa hari ini dia ingin sekali bertemu dengan Kim Taehyung. Walau dia tahu untuk mengapai Seorang Kim Taehyung bukanlah mudah.

Kerana dirinyalah yang membuang taehyung jauh dari hidupnya. Jungkook tidak pernah membuang taehyung. Sedikit pun tidak pernah.

Andai masa itu dapat diputarkan jungkook akan putarkan kembali saat ketika mereka bersama dahulu. Andai jungkook tahu hal ini akan terjadi dalam hidupnya. Mungkin dia akan bunuh diri daripada hidup tapi tidak ada makna.

Kerana hansol, jungkook bertahan. Dia bertahan, kerana dia tahu hansol sangat memerlukanya. Lebih memerlukanya.

Jungkook melakukan semuanya demi taehyung dan hansol. Jungkook berada ditengah-tengah. Dia berasa sangat tersepit disitu. Dia butuhkan taehyung dalam masa yang sama dia harus bertanggungjawab. Jungkook tidak ingin menjadi lelaki yang pengecut. Dia tidak mahu menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Jungkook kini berada tepat dihadapan sungai han. Dia duduk bersila disitu hanya menatap ke arah sungai itu tanpa ingin berbuat apa apa.

Jungkook rindukan suasana seperti sekarang ini. Walaupun ditengah malam ini tetapi masih banyak pengujung datang ke sini. Lebih tepatnya pasangan yang bahagia akan datang ke sini menjadikan sungai han sebagai saksi cinta mereka.

Iya..

Jeon Jungkook sedang merindui Kim Taehyung. Cinta pertamanya.

Orang orang selalu mengatakan cinta pertama itu tidak wujud, tapi tidak pada jungkook. Dia sangat percaya bahawa cinta pertamanya wujud. Bahkan dia sukar untuk melupakan cinta pertamanya.

Setiap hari, setiap saat bayangan taehyung sentiasa bermain dalam mindanya. Jungkook semakin tidak bisa melupanya. Tidak, dia tak boleh melupakan taehyung. Walau sudah berusaha sebanyak mana pun kalau tuhan tidak mengizinkanya untuk melupakan taehyung, dia tetap tidak boleh melupakanya.

Kim Taehyung..

Kim Taehyung..

Kim Taehyung..

Hanya itu sahaja yang mampu di katakan. Tiada nama lain melainkan Kim Taehyung. Dia tidak butuhkan yang lain, melainkan Kim Taehyung.

Kenapa melupakan sesorang yang kita cinta itu susah. Jungkook ingin melupakan kisah dahulu dan hidup bahagia dengan nayeon. Tetapi, tuhan tidak mengizinkanya bahagia setelah Kim Taehyung jumpa kebahagiaanya.

Kenapa susah, untuk jungkok dipertemukan kembali dengan Kim Taehyung. Tuhan, berhentilah mengujiku.. Berhenti memberikan aku ujian seperti ini. Ini terlalu berat bagiku. Apakah dosaku masih banyak sehinggakan kau pisahkan aku dengan Taehyung.

Aku mencintainya..

Taehyung aku mencintaimu.. Adakah kau mendengarnya taehyung! aku selalu mengatakan pada sungai han ini yang aku benar-benar menyintaimu.

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now