17. Darkness

307 43 11
                                    

"Siapa Jeon Jungkook."

Saat sehun menyebut nama itu membuatkan taehyung terdiam seribu bahasa. Taehyung menatap wajah sang suami. Macam mana sehun kenal jungkook.

"Kenapa dengan dia."

"Aku tahu dia first love kau. Dan dia juga yang dah rosakkan rumah tangga kita." Jerkah sehun.

"Watch your mouth! Jungkook tak ada kene mengena pun dengan rumah tangga kita."

"Kalau macam tu kenapa kau susah nak cintakan aku taehyung!"

"Kenapa!" teriak sehun.

"Apa yang dia ada sampaikan kau tak boleh lupakan dia." Taehyung lagi lagi terdiam. Sehun menghampiri isterinya mengenggam bahu sang isteri.

"Kenapa taehyung! apa yang ada dekat jungkook tu sampaikan aku dapat tempias dia."

"Kau ingat aku tahu siapa jungkook."

"Aku dah siasat semua ni terlebih dahulu. Kalau kau betul cintakan dia kenapa kau terima aku dahulu! kenapa kau terima untuk jadi isteri aku taehyung!" Tengking sehun dengan nada yang tidak puas hati. Taehyung dah agak mereka pasti akan bergaduh seperti ini.

"Ye, memang jungkook cinta pertama aku. Tapi apa yang jadi semuanya tak ada kaitan dengan dia. Dia tak ada kene mengena pun dengan hal ini sehun."

"Kau kata dia tak ada kene mengena. Habistu kenapa sampai sekarang kita tak bahagia. Cuba kau bagitahu aku taehyung! kenapa kita bahagia. Sebab apa? sebab kau asyik teringatkan dia.. Aku dah buat everything! Why mesti dia juga yang kau pandang." Bahu taehyung digoyah-goyahkan oleh sehun. Taehyung masih berdiri seperti patung. Dia tak mampu nak jawab pertanyaan dari suaminya. Kerana semua yang terjadi bukan keinginanya. Dia tak mahu rumah tangganya berantakan seperti ini.

Siapa yang tak nak hidup bahagia. Siapa je yang tak nak. Semua orang nak hidup bahagia apalagi bila dah berumahtangga.

Grep!

"Please, lupakan jungkook.. i masih cintakan you sayang.. please just lupakan dia. i tak sanggup kehilangan you sayang.." Sehun memeluk tubuh taehyung dengan erat. Air mata taehyung mengalir deras. Dia tak boleh nak bertahan, dia tak ingin menyakiti sehun dengan lebih dalam. Dia ingin semuanya berakhir, kerana ia lelah dengan semua ini.

"Sehun,"

"Yes, sayang.." Pelukan itu terlerai. Sehun menatap taehyung dengan penuh makna.

"i nak kita bercerai."

Sehun terdiam saat perkataan itu keluar dari mulut taehyung. Sehun tidak percaya. Bahkan perkahwinan mereka belum sampai setahun. Kenapa taehyung mengatakan hal seperti ini.

"Oh Taehyung.." gumam sehun tidak percaya.

"Sayang, you tahu tak apa yang you cakap ni tak masuk akal. You dah hilang kewarasan ke? kenapa tiba tiba you nak bercerai. Tell me ! beritahu i apasalah i dengan you sayang!" Jerkah sehun. Tahap kesabaranya sudah tidak dapat ditapisi. Dia tak boleh kawal kemarahanya. Dia begitu give up dengan taehyung.

"BERITAHU AKU TAEHYUNG! APA SALAH AKU.. APA SALAH AKU.. APA YANG JUNGKOOK ADA SAMPAI KAU RELA BERCERAI DENGAN AKU!" Teriak sehun tidak terima dengan semua ini. Pelan-pelan sehun menjauhi taehyung. Bahunya terlihat bergetar keran menahan kemarahan. Taehyung tahu kalau sehun marah akan terlihat lebih menyeramkan.

"BERI AKU SEBAB KENAPA KAU NAK BERCERAI DENGAN AKU." Tengkingnya lagi.

"Hiks.. i'm sorry sehun. Tae tak dapat nak teruskan perkahwinan kita. Tae tak nak terus-terusan menyakiti hati hyung. Tae dah cuba hyung.. tae dah cuba belajar untuk mencintai hyung dan lupakan jungkook. Tae dah cuba banyak kali, tapi hasilnya tae tak berjaya mencintai hyung. tae tak boleh walau hanya sekadar melupakan jungkook. Semakin tae belajar untuk mencintai hyung. Semakin sulit untuk melupakan jungkook. Hanya ada bayangan jungkook dikepala ini. Tae tak nak, tae takut.. tae tak nak semakin buatkan hyung tersiksa dengan perkahwinan tanpa cinta ini."

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now