4-Concert

445 35 8
                                    

;

Jungkook pulang ke rumah. Hal yang pertama ia cari adalah anaknya. Matanya kini meliar mencari sosok sang anak. Sesekali ia memanggil nama itu.

"H-hansol?!"
panggil jungkook pelan. Dia masih mencari keberadaan anaknya. Jungkook melangkah masuk ke dalam biliknya. Mungkin, hansol sudah tidur. Maka jungkook putuskan untuk membuka bajunya.

Clerk..

Jungkook menolak pintu biliknya perlahan. Mungkin nayeon sudah tidur, Jungkook menghidupkan lampu bilik. Bertapa terkejutnya jungkook dengan pemandanganya.

"Jungkookie.."
Sang pemilik nama terdiam memandang susuk isteri yang sedang berbaring diatas katil dengan pakaian tidur yang tersingkap menampakkan pehanya. Jungkook diam ditempatnya tak ingin mendekati sang isteri.

"Kenapa lambat balik?! hm.."
tanya sang isteri yang kini menghampiri jungkook. Jungkook terdiam, pelan-pelan dia membuka tali leher yang terpasang pada lehernya itu.

"Biasalah, banyak kerja tadi."
Jelas Jungkook. Nayeon tersenyum lalu melingkarkan kedua tanganya pada leher jungkook. Sang suami hanya diam dengan perlakuan isterinya. Dia tahu niat isterinya malam ini.

"Sayang..Jom malam ni je."
Ucap Nayeon dengan nada yang menggoda. Jungkook tidak memperdulikan isterinya. Bukan sebab dia tidak selera tapi untuk malam ini dia tidak menginginkan isterinya.

"Nayeon, aku penat letih sangat."
Kata jungkook, sang isteri memasang raut yang masam. Dah tahu sangat kalau dia pakai macam ni sengaja nak goda jungkook. Tapi entahlah, hanya sahaja dia tidak ingin melakukan itu untuk malam ini.

"Alah.. kita dah lama tak bersama-sama apasalahnya untuk malam ini sahaja. Saya betul-betul nak kan awak malam ini." Jelas Nayeon dengan nada yang mengada-ngada. Jungkook menolak tubuh nayeon dengan lembut.

"Maaf, mana hansol?!"
tanya jungkook. Wanita itu mendiamkan dirinya merajuk. Tidak mahu mengatakan apa apa. Jungkook menghela nafasnya panjang.

"Kenapa awak tak nak?! awak dah bosan dengan saya? macam tu?!" Wanita itu mula bersuara. Jungkook sebenarnya memang malas nak bergaduh, tapi see, dia sendiri yang nak ajak bergaduh.

"Bukan macam tu--"

"Habistu? kenapa awak dah ada perempuan lain. Ke awak teringatkan Taehyung huh!" Jungkook menatap ke arah nayeon dengan tatapan yang tajam. Selama ini memang dia selalu menurut kata kata isterinya. Tapi untuk tidak hari ini, dia bahkan muak mendengar apa yang selama ini dikatakan oleh nayeon. Terlebih lagi kalau wanita ini menyebutkan nama taehyung.

"Jangan sebut nama dia!"
Pemuda bermarga jeon itu cuba menahan kemarahanya. Dia tidak mahu menyakiti isterinya, walaupun dia tidak sepenuhnya menyintai isterinya.

"Kenapa? awak tak suka bila saya cakap pasal bekas kekasih awak yang dahulu?!"

"Dia tak ada kene mengena dalam hal ini. Sudahlah nayeon aku penat nak bergaduh dengan kau. Penat sangat!" Kata jungkook baru sahaja nayeon ingin membuka suara, pintu bilik mereka terbuka secara perlahan menampakkan sang anak yang kini berdiri dihadapan pintu bilik mereka.

Nayeon berdecak kesal, dia tidak sukakan budak ini bahkan jika jungkook selalu memanjakan hansol dibandingkan dia. Padahal hansol itu cuma anak cacat dan dia ialah isterinya.

"H-hansol?!"
Ucap jungkook segera menghampiri sang anak lalu memeluk tubuh anak kecil itu. Hansol menatap ke arahnya dengan mata yang berbinar-binar.

"Sayang, kamu dah makan?!"
Jungkook bertanya kepada sang anak. Hansol mengeluarkan nota kecilnya lalu menulis kemudian di tunjukkan kepada ayahnya.

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now