7-Dream

441 33 3
                                    

;

Taehyung merasa tempat ini terlalu familiar. Taehyung menghampiri tempat itu dia rasa tempat ini sangat nyaman. Bahkan dia tak pernah jumpa tempat seperti ini sebelum ini.

Taehyung melihat semuanya. Adakah ini yang dinamakan sebuah syurga. Tempat ini terlalu cantik. Taehyung rasa ingin terus berada disini tanpa beranjak kemana pun.

Tak lama selepas itu, taehyung nampak seseorang yang kini membuatnya sedikit tertarik. Tapi taehyung tak dapat lihat lelaki itu dengan jelas.

Taehyung cuba mengejar lelaki itu.

"Maaf!"
Taehyung memanggilnya. kemudian lelaki itu memberhentikan tubuhnya. Taehyung turut berhenti mereka sama sama diam. Taehyung nak sangat tengok muka dia.

"Maaf, boleh saya tahu—"
belum sempat taehyung bercakap lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap taehyung. Taehyung terkejut dengan lelaki itu. Ternyata lelaki yang berada dihadapanya itu ialah..

Jungkook.

"J-jungkook?!"
Ucap taehyung yang terdengar lirih itu. Lelaki itu tersenyum kearahnya. Taehyung ingin memeluk tubuh lelaki ini. Tapi sesuatu seakan sedang menghalangnya.

"J-jungkook.."
Taehyung memanggilnya lagi dengan sedikit lebih keras, malahan sosok jungkook pergi jauh darinya. Taehyung hanya diam di tempatnya. Jauh dilubuk hatinya bahawa dia begitu rindukan namja itu. Dia tahu jungkook mengalami masa-masa sukarnya. Disaat ia tidak berada disisinya.

Tak lama selepas itu, taehyung merasakan ada sesuatu yang memeluk tubuhnya dengan erat dan lembut. Taehyung terdiam, lalu menghirup auroma tubuh badan yang memeluknya itu.

Berbau maskulin.

Perfumenya Jungkook..

Taehyung ingin sekali memutar tubuhnya melihat dibelakangnya sesiapa orang yang memeluknya itu. Adakah itu Jeon Jungkook. Taehyung berharap begitulah.. Siapa lagi yang selalu menganggu fikiranya dari dulu hinggalah sekarang.

"Tae, maafkan aku.. kita kembali seperti dulu. Kita bina kehidupan yang baru bersama." Itu suara jungkook. Nafas lelaki itu masih lagi terasa dilehernya. Taehyung sudah pasti, itu benar-benar Jeon Jungkook. Suaranya sangat familliar bagi taehyung dia kenal itu suara jungkook.

"J-jungkook?"
masih lagi tidak memutarkan tubuhnya. Dia hanya diam tidak memandang pada orang yang kini sedang memeluknya walau dia tahu yang peluk tubuhnya saat ini ialah Jeon Jungkook. Iya, sangat pasti itu.

"Taehyung, aku cintakan kau."
Akhirnya taehyung benar-benar memutarkan tubuh badanya menghadap jungkook. Benar tekaan taehyung itu jungkook. Kini ada dihadapanya dengan sebuah senyuman yang masih sama ketika mereka bersama dahulu.

"Hiks..J-jungkookie!!"
Itu suara taehyung yang kini mata sudah berair. Dia begitu rindukan sosok ini sekarang. Benar-benar rindu yang tidak dapat dinafikan. Walau dirinya selalu menolak tapi keinginanya untuk memeluk jungkook sangatlah besar.

"Sayang.."
panggil jungkook pelan sambil menangkup wajahnya. Taehyung masih lagi menangis terisak-isak lalu menghamburkan pelukan pada tubuh kekar milik jungkook.

"Aku merinduimu.."
Ucap taehyung lirih. Dia tidak berbohong. Dia benar-benar masih mencintai pemuda ini. Sampai ke hari ini dia tidak dapat melupakan Jeon Jungkook.

"Aku juga."
Balasnya. Taehyung meleraikan pelukanya. Kemudian menatap wajah jungkook yang sedang tersenyum memandangnya. Biarlah seperti ini, dia tak ingin menghancurkan moment untuk hari ini.

𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐏𝐚𝐬𝐭 • 𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now