6. Hantu Raya

688 6 0
                                    

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya.

Permulaan wujudnya hantu raya ini dipercayai berasal dari orang yang meninggal cara tidak sempurna samada kematian misteri atau pembunuhan negeri yang tidak diketahui orang dan  jasadnya dibuang ke hutan tanpa ditanam atau ditanam tapi tidak mengikuti cara yang betul. Ada pula yang dikatakan orang yang meninggal tapi belum rela menerima kematiannya. Hantu raya juga boleh terjadi apabila lelaki atau perempuan yang gila seks dan tidak dapat menahan nafsu telah mengeluarkan air mani secara sengaja, maka air mani keluar kerana bercampur nafsu akan hidup dan berkembang. Makhluk ini diberi nama sebagai hantu raya kerana saiznya yang besar. Hantu raya gemar berada di pohon-pohon besar seperti beringin, sukun, sawo, nangka dan rumpunan buluh.

Hantu raya hampir sama dengan jembalang tanah atau hantu air, ianya di anggap dari golongan jin atau syaitan yang dipelihara untuk tujuan tertentu.  Pemiliknya dikenali sebagai saka kerana menyimpan jin atau syaitan untuk kepentingan diri sendiri. Ada yang menggunakan hantu raya untuk menakut-nakutkan dan menyakiti musuh tuannya serta melakukan kerja berat yang tidak boleh dilakukan oleh makhluk lain. Hantu ini juga boleh merasuk orang lain dan boleh menjelma seperti manusia biasa atau haiwan termasuk menyerupai tuannya samada lelaki atau perempuan walaupun tuannya sudah tiada di dunia atau meninggal dunia. 

Makanan hantu raya adalah telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan tidak diberi makan, ia akan mengamuk dan menyerang tuannya sendiri.

Keburukan mengenai hantu raya adalah diwajibkan mencari pengganti atau diwarisi.  Sekiranya tiada waris, tuannya sukar mati dan terseksa atau menjadi bangkai bernyawa. Selepas ada waris kemudian tuan lamanya dapat mati tapi tubuhnya akan berbau busuk.  Apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, hantu raya akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya. Kedatangan hantu raya dapat diketahui dengan adanya bau ubi kayu terbakar.

Orang tua-tua dahulu pernah mengatakan hantu raya ini terkenal dengan kemahiran dalam penyamaran dan menggoda wanita agar ada keinginan berbuat hubungan seks dengannya. Setiap wanita yang pernah ditiduri oleh hantu raya ini akan sentiasa merasa kepuasan kenikmatan dalam hubungan seks. Wanita yang selalu kerap menjadi sasaran adalah wanita yang kesepian atau janda. Benih daripada hantu raya juga boleh menyebabkan wanita itu menjadi hamil.

Ada beberapa kelemahan dan petua yang boleh kita gunakan untuk menghalau atau mengelak dari dimasuki oleh hantu raya contoh seperti menyimpan selipar diluar rumah supaya hantu raya tidak masuk dan akan membersihkan rumah kita. 

Penggunaan lada kering, garam dan arang dengan melakukan beberapa ritual dan bacaan mantra.  Penjelasan penggunaan tiga bahan seperti berikut. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan ke atas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini.

Kita sentiasa tidak mengetahui orang yang menyimpan atau memelihara hantu raya ini. Di sini, ada beberapa petanda untuk kita mudah ketahui pemiliknya. Tanda-tandanya ialah bila berbicara tidak pernah bertentang mata, rasa tidak selesa atau gementar bila berjumpa dengan orang alim, hati tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh, suka makanan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam jumaat, mempunyai tenaga seperti orang muda walaupun sudah berumur serta kerap keluar rumah secara senyap terutama yang sudah beristri, ada yang suka membawa telur rebus yang begitu banyak sekali hingga berpuluh-puluh masuk ke dalam hutan, suaranya sentiasa menjadi ikutan setiap kali bermesyuarat, tenaga yang luar biasa dari normal bila main dan terakhir sekali gila seks.

Hantu Di MalaysiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora