26. Sang Kelembai

408 3 0
                                    

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya.

Sang Kelembai dalam cerita-cerita rakyat sering diceritakan mempunyai kuasa sakti dan kebolehannya menyumpah manusia atau haiwan menjadi batu sekiranya dia sangat marah. Makhluk ghaib ini sering digambarkan dengan fizikal yang bersaiz gergasi, berwajah hodoh, berperwatakan bengis, berambut merah dan panjang. Ia juga adalah makhluk ghaib yang menghuni hutan belantara berhampiran sungai atau gunung. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai. Makanan kegemaran ialah pucuk buluh. 

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya. Batu gajah.

Sang Kelembai tidak suka bunyi bising dan akan menegur tidak kira manusia atau binatang. Batu-batu yang aneh yang menyerupai manusia dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang larang orang tua-tua. Ada juga yang mengatakan Sang Kelembai ini mampu terbang dan hanya memakan pucuk-pucuk buluh sahaja.

 Ada juga yang mengatakan Sang Kelembai ini mampu terbang dan hanya memakan pucuk-pucuk buluh sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya. Batu gajah.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya. Tapak Kaki Sang Kelembai.

Dalam masyarakat Melayu tradisional, Sang Kelembai amat ditakuti oleh kanak-kanak. Oleh sebab itulah orang-orang tua melarang kanak-kanak membuat bising atau melarang mereka daripada bercakap banyak kerana takut disumpah oleh Sang Kelembai.

Dalam Versi lain, sang kelembai berasal daripada manusia yang tinggal di daerah hulu negeri Pahang, Semenanjung Malaysia. Ada dua orang adik-beradik iaitu bernama Tak Ong dan adiknya Tatang. Mereka selalu bertarung kerana Tak Ong sentiasa cemburu terhadap kelebihan Tatang. Pertarungan selalu dimenangi oleh Tatang. Dalam cerita ini sentiasa diperlihatkan kegagahan dan kepintaran Tatang. Antaranya, dia dapat mengubati luka dan penyakit mata abangnya. Dalam perlawanan memanah pula, kedua-dua telinga Tak Ong putus terkena panah Tatang.

Tatang mempunyai sifat gagah seperti badang. Seluruh di sekitar dicabutnya kerana anak lelakinya mati termakan buah perah. Sehingga kini dikatakan Pulau Raya tiada pokok perah. Anak perempuannya juga mati kerana memakan buah perah, dan mayatnya dikebumikan di Gunung Tahan. Isteri Tatang meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam ketika melalui sebuah titi untuk menyeberang.

Setelah kematian keluarganya, Kelembai menjadi seorang yang selalu berdukacita. Dia tidak gemar melihat orang bersuka-suka. Dia sering sahaja menegur dan menyumpah sesuatu yang dilihatnya.

Hantu Di MalaysiaWhere stories live. Discover now