17. Penunggu

465 4 0
                                    

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya.

Penunggu ialah roh penjaga yang ada pertalian dengan Puaka atau Jin. Penunggu ialah istilah longgar untuk apa-apa roh alam ghaib, sama ada secara sukarela atau sebaliknya dan yang tinggal di satu tempat spesifik lalu menjaga kawasan tersebut. 

Kewujudan penunggu ini bergantung kepada cerita-cerita rakyat yang selalu berkaitan dengan kelahiran roh-roh selepas kematian yang terbentuk sebagai entiti halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Roh orang mati akan terus mengekalkan satu bentuk perhubungan dengan jasad atau entiti dan jasad ini boleh di jadikan satu kenderaan di mana perhubungan dengan roh seseorang boleh dihubungkan. Orang yang mempunyai ilmu batin yang kuat akan merasa kehadirannya dan boleh berkomunikasi.

Penunggu sebenarnya sangat garang dan menjengkelkan, sentiasakan mahukan manusia menurut perintahnya. Jadi jangan kencing sesuka hati di celah-celah pokok atau belukar tanpa terlebih dulu meminta kebenaran secara beradat, dan jangan sesekali bercakap besar kerana roh-roh ini boleh menjadi sangat kejam.

Mengikut pendapat orang tua-tua, penunggu ini biasanya berada di tempat di mana ada kerapnya berlaku kematian, atau lokasi yang memakan korban nyawa yang banyak. Biasanya penunggu ini kerap didengar berada di kawasan jalan raya yang jarang dilalui atau kerap kemalangan berlaku, hospital, sekolah, asrama, hutan,kebun tanaman dsb. Kewujudan penunggu ini mungkin disebabkan oleh belaan manusia untuk tujuan menjaga harta benda dan merupakan hantu bertuan dan diwarisi turun-temurun.

Ada yang mengatakan penunggu ini adalah korban kemalangan yang belum sedia untuk mati dan rohnya tidak aman dan berkeliaran.Contoh dilanggar kenderaan di jalan raya hingga mati. Ada pula korban dari pemujaan syaitan yang memerlukan darah yang baru dan dibunuh ketika korbannya itu masih hidup. Setengahnya kerana perbuatan membunuh diri dan rohnya sentiasa berada di tempat sama seperti menggantungkan diri di atas pokok/kipas/tiang rumah.  Melukakan diri dengan memotong urat lengan sehingga darah keluar dengan banyak. Terjun dari bangunan yang tinggi atau mati lemas di sungai.

Hantu Di MalaysiaWhere stories live. Discover now