18. Mambang

303 5 0
                                    

Note: Gambar di atas sebagai contoh dan bukan dimiliki saya.

Mambang merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat di suatu tempat tertentu. Mambang adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia, dikatakan sama seperti bunian, atau pari-pari kerana mempunyai sistem masyarakat yang lengkap, atau juga dikenali sebagai orang halus. Mambang dipercayai berasal dari kepercayaan semangat kuno yang berasal dari pengaruh Indonesia. Mambang dibahagikan kepada beberapa kelompok, bergantung kepada ancaman mereka. Mambang dikatakan berada dikawasan tertentu dan mampu mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang menceroboh kawasannya. Kepercayaan ortodok ada mengatakan mambang ini berhubungkait rapat dengan faktor persekitaran seperti api, angin, tanah dan air yang boleh mendatangkan malapetaka seperti bencana alam.

Hantu Di MalaysiaWhere stories live. Discover now